✿Baca Entry Yang Lepas✿

Friday, January 1, 2016

Review : Restoran Fizo Mawar Kitchen Mengecewakan !

Review : Restoran Fizo Mawar Kitchen Mengecewakan ! | Salam. Kisahnya uzu ajak yaya natsumi keluar cari sesuap makanan. Tak makan langsung hari ni. Tunggu yaya sampai dalam jam 6 petang. Lagilah makin lapar. So, tempat yang selalu kami lepak kat area bangi . Then,yaya tanya nak makan mana? Lepas tu kebetulan ternampak restoran fizomawar, terus lah nak p situ. Kengkonon nak merasa makan kat situ. Nama pun blogger dan suka review, so kami decide nak p ambik pengalaman.

Sampai kat dalam restoran, kami cari meja. Duduk kat mana yang kosong. Tiba2 masa nak duduk tu rasa tak sedap je. Rupanya meja bergoyang teruk. Ok takpe tukar meja. 3x juga kiterang tukar meja tadi. Last2 redha je lah meja ape yang dapat.


Ok tiba masa nak order, lambatnya pekerja situ nak kemaskan meja yang kotor ni. Lepas tu menu pun tak sampai-sampai ni. Panas punggung kiterang tunggu. Dalam hati maafkanlah sebab restoran baru nak buka. Tak cukup pekerja kot.

Masa nak order tu, berkerut juga nak order apa. Apa benda lah dalam menu dia ni. Kalau korang, korang faham tak menu kat bawah ni? Ni menu air ni... Ni lah yang uzu mention kat instagram uzu, nak kelainanan tapi menyusahkan pelanggan.
Tak tau kenapa menyusahkan pelanggan? Kiterang dah penat tunggu menu sampai, lepas tu nak tanya menu dan makna menu ni kena panggil pekerja kat situ, nak tunggu dia explain satu persatu.. Ni menda apa bang? Yang ni yang mana 1 bang? Cha tu ape bang? Chak tu ape?  Kiau tu ape? Haaa yang pekerja dia pun kesian sangat sebab kiterang tanya2 dia macam tu.

Sepatutnya kalau nak kelainan kan, letak dalam kurungan. So kite takdelah menyusahkan abang2 pekerja tu translate tuk kiterang. Contoh  CHA KIAU YEN ( GREN TEA ICE) Haa kan elok menu kena buat macam ni.

Bab menu makan pun pelik-pelik. Sepatutnya kena ada gambar makanan , nama dan harga. Setiap menu! Ye setiap menu. Barulah pelanggan tak blur nak order ape.. Kalau kat gambar ni, bahagian nasi. Ada 2 menu. Kite pun tak tau gambar at bahagian nasi tu, Nasi rebus ke atau khau mok kai tu. Adehh nak kena tanya pekerja dia lagi..
Tak banyak menu yang disediakan so uzu pun order Nasi Kukus tu je. Yang lain menu dah habis.
Air pulak. Presentation menarik. Suka sangat sebab sekarang ni trend air macam ni tapi rasa air tu yang mengecewakan. Green Tea Ice tak kena selera. Teh ICe dia manis sangat. manis gilerr gilerrr.. Ha.
Bila makanan sampai. Hmmm ayam dia tu sedap tapi nasi dia keras sikit. Sambal dia pulak terlalu banyak minyak. Uzu pun tak tahu lah terus pening minyak banyak sangat.
Waktu tengah makan tu, orang kat meja sebelah tiba2 terus belah.. Tak tau lah sebab ape. makanan dia tak sampai lagi. Kes order tak sampai. Diorang order dulu tapi kiterang punya order dulu sampai.
Haaaa ni  lah review uzu tentang restoran ni.  Diharap pihak FizoMawar memperbaiki lagi servis di ini dimasa akan datang. Uzu bukan nak memburukkan , uzu nak buat complaint supaya restoran dibaikpulih agar ianya setanding dengan nama. Tak nak lah nama FizoMawar buruk kan sebab hal ni.

Korang yang membaca jangan lah boikot membabi buta, korang kena pergi sendiri dan rasakan sendiri pengalaman korang. Sebab uzu review melalui pengalaman uzu, mungkin citarasa kita berbeza-beza. 

So sesiapa yang nak pegi boleh ke :

Fizomawar Kitchen
No 9, Jalan 8/1 ,
Seksyen 8, Bandar Baru Bangi,
Selangor.

UPDATE 1JAN2016 :
Pihak Restoran  Fizo Mawar Kitchen telah pun memberi respon terhadap entry review ini dah telahpun memohon maaf atas segala kekurangan yang tak dapat dielakkan dan akan berjanji untuk membuat pembaikan terhadap Fizo Mawar Kitchen. InsyaAllah semoga perniagaan ini terus maju dimasa akan datang. Amin.^^v 


Sekian dan Terima Kasih.

58 comments:

Mimi Kyumi said...

hahahaha..pelik2 semua tu nma mknan bha..aduiii..

NUR RAIHANAH said...

nama kalau pelik2 ni nak order pun takut. mmg perlu kot letak dlm kurungan maksud nama makanan tu. sbb kalau sy mmg tak faham langsung hahaha

MG schmidt said...

baru buka and mcm tak prepare
mcm nk cepat open je kedai makan dia ni ..huhuhu
maybe later ok kot servis dia :)

yaya_flanella said...

Air teh dia je yaya suka! Sebab suka manis hihi

fizafantagirO said...

Sakit hati pulak bila baca nama menu tu.patut mmg kene letak la apa maksud utk setiap menu yg pelik2 namanya tu. Hurm .

DYatie ABakar said...

Menu tu mmg pening.. huuuu..

Khairul Hilmi Sidek said...

Baru nak bertatih. Lama2 ok lah tu.

Ayuni Sara said...

Mudah2an pasni restoran ni akan jadi lebih baik... ^_^

Ieka Farhana said...

tengok kedai lawa tapi kalau service tak lawa tak boleh cakap apa hehehe :D

Kim Chaa said...

Cha kiau tuu bahasa thai .. mungkin dia pnya konsep masakan thai & mggunakan istilah bahasa thai .. tapi sayang bkn semua org malaysia pandai bahasa thai

Nor Afidah Bte Che Azmi said...

Kalau boleh pihak diaorang bagilah servis terbaik lepas ni..Nak pergi gak semalam..tapi husband cakap tak payah la..Kita g makan kat tempat biasa je la..hahaha..

Nik Khazami Nik aziz said...

bab menu tu mmg kena improve. tak semua tahu masakan Thai.

✿ Ina Ainaa ✿ said...

Hopefully pihak mereka memperbaiki mana yang tak betul. Semoga terus maju jaya.

NURUL AQIDAH AZAHAR said...

bgus la kalau terima kesalahan..hope lebih baik la akan dtg

Bro Framestone said...

Service agak mengecewakan. Perlukan pemantauan berterusan untuk menjaga kualiti service.

Aja Mazlan (FAZ) said...

nak kelainan pada nama air tp pelanggan yang tanggung kalau salah order. alhamdulillah dorang dah beri respon. harap ubah kepada yg lebih baik. hapy new year kak uzu

Zuriany Mohd Jamal said...

Baru aje pegi semua habis...air choc die sedap jugak. Yg ade tinggal nasik kukus dalam jam 6 petang huhu...rating 2 bintang.

Normi Nieza said...

moga diaorn perbaiki kekurangan yng ada..

ursen cyrus said...

Haiyoo pelik-peliknya menu dia. Hahaha. Saya recomend untuk makan dekat BBB Tom Yam dekat area Bangi ni. Tom Yam dia memang pergh! 😁

Abam Korie said...

Baru plan nak try pegi makan yg kat bangi tu...harap2 dah ok lah nanti....

confdeb said...

harap dapat diperbaikkan lagi lepas ni..:)

yaya cendana said...

kita tak faham menu tu

Mek Onie said...

Bertabah la uzu ku sayam.

Ms Qiya Saad said...

ermmm nama menu memang pelik-pelik, tapi first time makan kat western food restoren dulu pun rasa pelik juga nama menu dia..sebab first time kan..benda baru mestilah orang tak berapa tau lagi..btw i like thai concept..nak juga try one day..harap mutu restoren fizomawar akan diperbaiki nanti, insyaallah..kepada uzu, keeps strong..pendapat tu hak kita, dan peniaga mesti kena ingat, customer is alwalys right!

Athirah Diyana said...

peliknya! kalau sy, maunya tengok menu terus blah

Nabyha Muhammad said...

saya rasa ok jek review restoran nih, kenapa fizo sentap sangat. saya suka, jadik takde la terkena bila pegi sana. review mesti la jujur kan, lagipun kita semua ada deria. meja goyang boleh rasa, air manis boleh rasa, lambat cepat boleh tengok jam. saya pun banyak pegi tepat makan sebab orang review bagus, jadik kita sokong bisnes yg bagus kan. yang tak bagus macam fizimawar boleh baiki lagi sampai orang review bagus, baru kita pegi.

Happy walker said...

The review looks okay to me, not sure why the artist make a big fuss about this, @.@

ciksiti tembam said...

ayo-ayo..

meja kerusi goyang pun ko review..

Ika Sufika said...

review ok je kat atas tue....suka hati dia la nk tulis apa dlm blog dia.teruskan emas putih...

Nur Khairul Azizi Mohamad said...

Bagus juga review ni atleast dapatlah sedikit info tentang restoran yang dilawati Uzu. Kipidap dongibab!

adaa hadaa said...

Sy rse semua restoren bru mmg akan experience byk masalah mse diorg mula2 buka. Sy sndiri pnh jd asst mgr kt restoren terkenal, and diorg pun stiil facing same prob walaupun dh 10 thun. Kalo nk review blh, tp lbhkan psl environment die ke, food presentation ke, or the food itself sendiri. Kalo psl furniture tu ade cacat sket tu xperlu rsenye. In term of service pulak, restoren bru, kte sbg customer xblh la ltk expectation same tinggi dgn restoren yg berjenama lain, coz diorg bru nk mula. Kalo korang xnk terima bad experience jgn la msk kt restoren time waktu puncak mcm lunch n dinner, coz time tu service mmg lmbt n table pun mmg pnuh or kotor. So byk2 kan la bersabar ye. Tp sy mmg pelik la, org m'sia ni kbykannye mmg suke duduk kt meja yg belum dibersihkan lg, even kt restoren tu ade byk meja yg bersih. Maybe diorg pk, kalo duk kt meja kotor, server akn lyn cpt kot.

mama maman aka yana said...

Xde la kutuk pun.. apasal diaorg blh melenting.... isk.. isk

any said...

tak salah nak review restoran fizomawar ni tapi review ni for me macam kasar sbb i pernah pergi juga sana dah 3 kali and service okay makanan air pun sedap pasal menu dia ada 2 menu satu yg thailand satu yg bm punya mungkin awak dapat yg thailand tu... diorang pun baru start nanti lama lama okay lah service and makanan dia tapi sampai meja bergoyang pun nak review macam memjatuhkan air muka artis tu je, harap fizo pun akan perbanyakkan menu lagi and improvekan service uolls

Kazimah Kassim said...

salam, saya pulak pergi bukan waktu peak hours.. Huhu terjumpa la artis tu.. die baru smpai.. tapi tak mesra langsung. pekerja okay alhmdullilah baik2 semua, dr tukang buat air smpai la tukang order. tapi artis ni merangkap boss je x friendly.. so no wonder la keluar citer ni, attitude die kne baiki jugak.. Well, dlm Ig & fb die mmg la review baik je. Kdg2 tak logik pun ada..

Syazwani Mazlan said...

hahaha, nama menu tu, wani pun tak faham.. hiks

wong meimot said...

nk dgr briefing nama2 makanan pun satu hal makan masa.. kena cri altenatif macam cik uzu cdangkan tu

teDD said...
This comment has been removed by the author.
Sheila Adziz said...

service ok baru costumer suka... x salah pun review utk kebaikan...

Maria Firdz said...

Kalau saya pun komen ikut pengalaman... tak kan nak tulis yang suci murni sedangkan hakikatnya sebaliknya kan..

chenta said...

Hi dear.. Lepas ni boleh datang review cafe kami pula ya... Di Dataran Jelatek.. flavours Kitchen

Mrs. A said...
This comment has been removed by the author.
Mrs. A said...

Kalau takut dilambung ombak jangan berumah di tepi pantai.
Eh! macam takde kena mengena jer... peribahasa tu
Eh! ada kot

Rahim Aim21 said...

kalau along lah..tengok menu cam tu.. mang along blah je terus.. bukan apa... Macam kak uzu kata, sebabkan nak kelainan.. menu menyusahkan pelanggan... Kan mudah law letak je nama air tu... Harga tolak tepi.. Tak kisah pun mahal ke tak.. yang penting kita tahu nama dengan jelas yang wujud dalam menu tu...

blogger2u.com said...

ok ke entry ni... tak ada plak yg berbaur tak elok... rasanya Fizo kena baca dgn intonasi "rileks" bkn baca smbil berdiri dan dlm mood yg stress...

Mrs Yatie said...

setuju dengan blogger2u. entry ni ok sahaja. tidak menjatuhkan sampai fizomawar kena tutup operasi. kena chill lah. ambik point untuk perbaiki restaurant depa dimasa hadapan :)

tiga lalat said...

nih blom chef wan yg review., ntah2 terus tutup kot., harhar2

Kyla Pearlisha said...

Salam .. Bagus blh pertimbangkan klu nak pegi. Tp klu da ade review mcm ni harap pihak rest tu baikilah kan. Hmm skng nk bnyk sgt rest ala hipster mcm cendawan tumbuh. Tp tulah kebanykkan rasa mknan nye zero. Xtawlah ape yg menarik heeheh

Syamsid Dhuha said...

Eh ok je review Emas Putih ni . Normal lah ni ... Tak sangke sampai singapore berita ni . Haha

Cik Yana said...

sabau jelah kak uzu.. We are blogger... United of Blogger

husna fakhrana said...

actually u need to clearify lah berapa lama nak dapatkan menu, berapa lama pekerja ambil masa kemas meja and berapa lama makanan sampai. yes, customer always right. ni lah problem customer bila food sampai lambat and all situation can ruin your mood. but for you as a blogger who like to make a review, why not someday you try kerja in hospitality industry as a waiter at restaurant or some other place yg super busy nak tengok ketangkasan you bekerja and how to handle that situation so you will realize the real hectic day

Lisa Nurulain said...

tak paham menu apa yang diorang jual tu >.<

Britney Hamid said...

review awok mmg jujur.. da namanye review. Mstila citer ape yg kite rasa time tuh kan?..
Fizo mmg kaki sentap. Mcm mana melayu nak maju? Takleh terima komen secara positif. Kuang3

budakbandunglaici said...

boleh jugak baca akhirnya entri ni..

Encik Irongagah said...

good review keep it up

cikmisi leen said...

nak pergi try sekali .. hehe ~ ^_^ .. betol daaa.. nama nya bloggerm review berdasarkan pengalaman ..

Raihanah Ahmad said...

banyak lagi fizo kena improve ni

yanie yusuf said...

bagi yanie review yang sgt bagus sbb ianya bgantung kpd pgalaman dan tak perlu sentap kot sbb ianya bagus utk pnambahbaikkn servs utk masa akan dtg. Teringin gak nak rasa nanti.

I love food hunter...hihihi

Mawar Assufi said...

Apa menu begituu -___-'

Copyright © ✿Emas✿Putih✿Blog✿ Designed by azhafizah.com