✿Baca Entry Yang Lepas✿

Wednesday, February 17, 2016

Pentingnya Insurans Untuk Perlindungan Masa Depan !

Pentingnya Insurans Untuk Perlindungan Masa Depan ! | Salam. Baru-baru ni uzu berjaya dapatkan insurans untuk diri sendiri. Lama juga uzu fikir, nak ambik ke tak eh insurans ni? Sebab uzu kan student lagi, takut tak boleh bayar ke kan.. tapi fikir punya fikir, sesambil fikir tu terjadinya satu kejadian kat uzu...

Gini, hari tu ada member uzu masuk hospital sebab demam denggi. Member uzu ni bukan jenis yang berduit sangat sebab lelaki keje gomen jawatan biasa je. So uzu pun terfikir, sape lah nak bayar bill dia ni? Kena tahan wad berpuluh hari. So uzu nak tolong macam tak mampu juga lah sebab bill bukan sikit tau. Tu yang kawan uzu kata, "minn, jangan risau.. aku ada medical card" , semua insurans tanggung."

Sejak kejadian tu, uzu pelik.. Insurans cover? Macam mana tu? Boleh percaya kah insurans? Sebab uzu tak clear lagi bab insurans ni. Nak bayar macam mana? Nak apply macam mana? Bukan scam ke? Bukan penipuan nak untung? Sebab uzu selalu je dapat panggilan dari bebudak insurans ni. Tapi malas nak layan. Memang akan selalu letak call cecepat. Waktu tu uzu menyampah gila gila kat budak2 insuranss.

Tapi tu lah.. Last sekali,ramai tengok member sendiri ada insurans, uzu pun cari lah insurans.. Uzu yang terhegeh-hegeh cari insurans. Bagi uzu, insurans sangat membantu kita. Uzu cuba bayangkan, kalau uzu sakit satu hari nanti, sape nak bayar bil spital, haa bil bil bil bagai tu, buat masa sekarang pun, uzu student lagi, bapa dah pencen, haa macam mana tu? Tak kan nak menyusahkan orang tua yang dah pencen? Tak kan nak menyusahkan adik beradik kita? Diorang pun ada keluarga yang nak ditanggung. Panjanggg uzu fikir sebab tu lah uzu ambik insurans.
Survey punya survey dan atas suggestion kakak uzu, uzu pilih lah BSN PRUDENTIAL yang mana memenhi apa yang uzu nak. Sambil insurans sambil menyimpan. So bab insurans ni, banyak jenis insurans yang ada cuba yang tu ikut daripada apa yang korang nak lah. Uzu pun insurans bayar RM200 sebulan. Murah lah. Kira masih mampu bayar lah. So nanti jadi pape, bagi je medical card. Tak payah fikir nak cari duit kat mana kan? Haaa tu yang bagusnya insurans. 

Kesimpulannya, malang tak berbau.. Fikir-fikirkan lah :p Salam..

p/s : ini bukan review berbayar :p


2 comments:

Keladi Ubi said...

betul tu, insurans sangat penting, zaman sekarang perlu berfikiran terbuka dalam memiliki polisi insurans yang bersesuai, mugkin ketika sihat, tak rasa pun insurans tu penting, tapi bila sudah menerima kemalangan yang tidak dijangka, baru tau, kepentingan insurans, sekadar pandangan, www.keladionline.com

Munirah Mustafar said...

masa kerja dulu langsung takde agen insurance call/jemput sign up...
tapi bila dah xkeje ni, kerap plak agen insurance call...
nak bayar dengan apa lah ...

Copyright © ✿Emas✿Putih✿Blog✿ Designed by azhafizah.com