✿Baca Entry Yang Lepas✿

Saturday, February 6, 2016

Tempat Menarik Di Barocay Philipines Day #2

Tempat Menarik Di Barocay Philipines Day #2 | Hari kedua kat Boracay barulah ada aktiviti. Sebab day #1 memang ambik masa untuk perjalanan je. Sama macam balik nanti. Habis masa untuk balik je. So hari kedua dan hari ketiga ni lah aktiviti-aktiviti yang sangat penting nak buat.

Hm actually day #1 tu agak menyesal dalam hati, sebab tengok suasana macam tak best je. Bila bangun pagiii....
Tudiaaaaa.. Bila pepagi nampak laut yang awesome, terus senyum kambing sampai luse. Yelah.. Kite sampai malam. Mana dapat tengok pantai boracay macam mana. Sekali tengok. Kan uzu dah macam beruk ambik gambar tak henti2. Yang member lain dah bengang, sikit-sikit minta ambik gambar. Hahahaha sabar je lah..

Pakej yang kiterang dapat ni dalam RM200 sorang. Aktiviti tersebut termasuklah :

1. Boat renting
2. Snorkelling
3. Lunch at Private Island
4. Magic Island
5. Crystal Cove

Pakej kami dalam 3 4 jam je. So memang terhad. Actually kami sempat snorkeling dan lunch je. Sebab nak p Magic Island dan Crystal Cove memang cuaca tak mengizinkan. Memang tak berbaloi sangat-sangat.Walhal Magic Island n Crystal Cove lah tempat yang paling cantik sekali .

Ready to Island hopping.. Nak jalan dari hotel ke tempat naik bot tuk island hopping tu agak jauh juga dari station 3 ke station 1. Patah kakii. Pepagi lagi dan cramp kaki tu. Bot tu kat depan Starbucks. Situlah bot-bot berkumpul. Pepagi tu belum ada matahari lagi so redupp redupp sayu je suasana..

Memula kiterang berhenti kat 1 point tu. Agak rendah sampaikan boleh nak terpijak coral-coral kat bawah. Yazid ambik peranan check kat bawah tapi katenye memang tak boleh lompat dan waktu tu banyak landak laut. Haaa bahaya tempat ni so kite berpindah ke tempat lain.
  
Waktu nak snorkeling ni, nak hujan kat sana so kitepun tak lama snorkeling sebab laut mulai bergelora. Ada bot yang terbalik waktu tu. Hmm nasib baik semua penumpang takde dalam tu. Penumpang tengah snorkeling tapi terfikir juga. Macam mana barang2 diorang. Handphone? Wahhh habislah kalau tak guna dry bag. Kat sini pentingnya dry bag. Laut kat boracay ni bukan macam laut kat Malaysia atau krabi and so on. Laut dia bergelora dan ombak kuat. Waktu uzu snorkeling pun, even pakai life jacket tapi kena berpaut pada bot. Kalau tak memang hanyut. Tapi takde lah deras sangat sampai tak boleh nak swim. Cuma berombak2 je.

Ok lepas snorkeling, plan nak p Magic Island dan Crustal Cove tapi memandangkan cuaca tak berapa nak baik sangat terpaksa batalkan . Rugii duit kat situu. Menyesal ok sebab tu kira trademark kalau ke Boracay.

And then. Kiterang dibawa ke private island untuk lunch. Sementara tunggu lunch tu kiterang meroyan dan jalan-jalan serta buat photoshoot sikit kat private island tu.
Lepas je lunch, kiterang balik ke hotel untuk membersihkan diri dan solat. Sementara balik tu sempat lagi jejalan pantai dan ambik gambar. Happeningg giler..
Maca on the way balik tu, kami terjumpa dengan benda ni. Macam best je kan nak ambik gambar. Rupanya tak boleh ambik gambar saja-saja. Kena bayar. Uzu pun macam sangat terujaaa nak buat nama sendiri kat pasir Boracay ni dan harga pun murah je dalam RM10 tuk1 nama. Boleh ambik gambar banyak-banyakkk sampai pengsan. Hehehe..
Entahlah waktu tu terujaa giler dan gambar kat atas ni dapat 400likes. bangga jap. Hahaha tak sia-sia bayar RM10 kan. Memang nak bagi u ols jeless. Hehe..

Selesai mandii manda, kiterang keluar jalan-jalan semula. Pantai yang sama je tapi kali p Willy Rock. Hujunggggggggg sekali. So nak jalan kaki dalam setengah jam juga.. Tapi nasib baik jalan sekitar pantai, takde lah terasa sangat kan.. Hehehe..
Subhanallah. Cantik giler wei pemandangan kat sini . Tengok sunset bagai.. Ramai berkunjung kat sini ambik gambar. Free pulak tu takde bayaran so datang banyak kali pun takpe . Hehe..

So next is.. mencari aiskrim..! Sepanjang pantai banyak jual aiskrim tapi non halal. Ni lah aiskrim yang terliur bila tengok dari jauh. Banyak aiskrim yang terjual ada pork so yang ni kita dah tengok dalam menu takde pork so ape lagi kiterang makannn la laju-lajuu.! Terus terang uzu cakap eh, aiskrim ni memang sedap. Macam nak jual kat Malaysia je. Ya Allah sedap giler. Sekejap je habis .. Nampak sangat kiterang tekak kering. Hahahaha.. Snagat lah most recomanded ok ! Must try.
And then takde pae yang menarik lepas tu. Jalan-jalan cari syampoo kat kedai je. Then balik tidur. And next day pulakk ade juga aktiviti paling awesome. So nantikan lah eh uzu update. Hmm btw gambar-gambar kat sini tak sempat nak edit bagai so ini original photo , main upload je. Sibuk dengan exam waktu tu tu sebab tak sempat nak update apee apee kat blog. k byeee !

Baca :
Percutian Bajet Ke Barocay Philipines Day #4
Initerary & Bajet Keseluruhan Boracay Philipines

6 comments:

YB Shehan said...

Menarik sangat2.. bila la nak dpt jejak jugak..

http://shehanzstudio.com

Munirah Mustafar said...

bila la dapat bercuti ke sana

iffah hussin said...

Waaaa nages tengok sebab masa pergi hari tu tak dapat pi lautnye tengah ribut.

Aisyah Sukor said...

Subhanallah cantiknya tempat tu.......

Nurul Baidurah said...

wahhh..cantik nya tempat tu...

Hafiz Hafizol said...

Lawanyaaaaa... yang ukir pasir tu memang kreatif betul la diorang. pandai cari duit kan..

Copyright © ✿Emas✿Putih✿Blog✿ Designed by azhafizah.com