✿Baca Entry Yang Lepas✿

Friday, February 12, 2016

Tempat Menarik Di Barocay Philipines Day #3

Tempat Menarik Di Barocay Philipines Day #3 | Next aktiviti kiterang ialah naik ATV ke Mount Loho, Zipline dan Scuba Diving. So pepagi kita dah bangun awal dan bersiap ke Mount Logo. 1st aktiviti kami pada hari ketiga. 

Dari hotel jalan kaki 5 minit ke persimpangan jalan Talipapa dan tunggu van pick up. Lama juga kami berdiri tepi jalan. Nak 10-15 minit kot. Kalau ade kerusi takpe. Bertabahje lah dengan bunyi hon kete bas van moto tuk tuk bagai.
Van sanmpai. Oh ingat besar van dia. Van macam ni je. Hehe.

Sampai ke destinasi , kiterangg diminta isi nama kat borang dan tunggu turn. Kami tunggu turn dalam 30-45 minit kalau tak silap. Siap boleh online lagi. Memang ramai orang waktu kat sana. Semua duk tunggu giliran. ATV pulak tak banyak. Ada dua jenis, ATV dan Buggy tapi kite semua tak nak buggy, tak nak berkongsi so kita pilih ATV . Buggy banyak je kosong tapi tak best.

Ni lah laluan nak ATV dan Buggy nak naik Mount Loho. Gunung yang nampak 1 boracay tu. Phew tak sabarnya nak naik.
Naik ATV ni jangan risau, akan ada guide yang escort. Best naik ATV ni tapi malangnya uzu dapat TAV yang rosak. Yang tak balance. Tayar asyik nak p kanan. Bahaya tau kalau yang tak reti kawal. Uzu nasib lah reti bawak moto. Tau lah nak kawal ATV ni. Tapi sikit lagi nak jatuh. Perghh dah lah uzu kat belakang sekali. Nak panggil , nak giveup bawak ATV ni tapi semua orang tak dengar yang kat depan. Fuhhh tangan dah naik merah tahan . Maka berhuhuhuhu lah sesorang kat belakang. Drive je sampai atas.
ok dah sampai Mount Loho.. Nak kena naik tangga sikit. Memang penat . hehe.
Bila sampai atas. Perghhhhhh lawaaa gila weiii !!!  Kuat angin pulak tu. Uzu yang nak keluarkan hp nak selfie pun tak berani. Berani tu berani juga tapi tangan kena kuat. Boleh terbang hp we ols . Kuat angin sangattt sangatttt !
Lepas setengah jam kiterang ambik gambar kat atas ni, kite pun turun semula ke naik ATV . Memang kalau nak naik mount loho kena naik ATV. Naik van pun boleh tapi tak seronok lah kan? So next aktiviti kami ialah Zipline !

Zipline. Ni harga dalam RM80 . Zipline paling panjang di asia. Dari awal lagi uzu tak nak naik zipline. Takut sangat! Dah la open air pulak tu.. Dari bawah lagi dengar orang menjerit. Zipline ni tinggi dia 10 tingkat bangunan.

Memula uzu memang tak nak naik. Serius i tell you. Lepas tu diorang pujuk, "kau nak update ape hari ni kalau tak naik?" Haaa teruk kelip kelip mata. Orang kat sana pun kejar uzu. Uzu elak dari naik Zipline. Rela duit hangus macam tu janji tak nak naik. Pujuk punya pujuk, ok naik! Semangat nak naik. Siap nak bawa Sony Cam. Tapi yang malangnya, ya allah sony cam habis bateri. Lerrrr habis nak naik zipline sape yang nak rakam? Yang member lain tak balik lagi. Terpaksa batalkan niat naik. Sony cam tu penguat semangat. Rugi je kita naik dengan rasa takut tapi tak dapat nak rakam detik2 itu. So uzu memang tak naik! Uzu main open cable car dua kali. Sekali dalam RM80 juga.
Tapi serius menyesal lepas dengar diorang punya pengalaman naik Zipline. Best giiler katenya. Uzu jeles tengok video diorang. Arghhh naik naik juga. Kali ni nak pinjam gopro Zuan pulak. Tapi penyesalan tak berguna. Tak sempat nak Zipline tu.

Kalau korang? Korang berani tak lepas tengok video atau gambar ni? kalau uzu.. Perghhhh memula tak berani. Tengok macam tinggi sangat. Lepas tu safety macam tu je.Tapi tu lah kan. Takde pape sebenarnya. Hehehe..

And the last aktiviti kami ialah Scuba Diving !
Scuba diving adalah aktiviti paling seram sejuk juga kat Boracay ni. Yelah ini bersangkut paut dengan nyawa. So jangan risau , sesiapa yang kali pertama diving macam kiterang ni, haa ada tukang explain A-Z pasal macam mana nak buat isyarat, explain pasal safety, macam-macam dia explain. Lagi best, orang ni orang Malaysia so senang sikit. Cakap melayu je kalau tak faham. Macam Lee Chong Wei kat rupa dia? Hehehe..
 Ok lepas explain itu ini, kena suh salin baju. Tapi uzu tak salain. Lapis je baju tu. Tu yang nampak gemok walhal memang gemok kauu. Btw, sebelum naik ke bot, ada preparation fizikal dan mental. Kena testing macam mana buat pernafasan dengan betul dan bagi isyarat dengan betul. Yang paling penting macam mana nak keluarkan pressuure. Sebab dalam air ni tak sama dengan naik kapal terbang.

Dalam air laut pressure sangat kuat. Makin dalam kita diving makin kerap presure. Tu sebab dia suruh prakris dulu.. Ni uzu tengah praktis lah ni.. Tapi malangnya.. Uzu gagal. Huwaghhh uzu failed bab ape ntah nama dia. I pogot lah u . So uzu takde rezeki scuba diving. Duit yang uzu bayar RM200 dipulangkan. Kira murah ok diving kat situ. RM200. Kalau kat tempat lain mahunya RM600.
 Gambar diorang dalam air. Bapak jeless ahh!!
Amboiii korang !! Bergelak sakan lepas scuba dving. Diorang kata seronokkk sangat2! Sampai berminggu-minggu diorang cerita bab aktiviti ni. Best tak terkata. Hehehe. Aktiviti ni takde dalam bajet tapi kalau da duit lebih boleh try lah scuba diving ni.
Lepas semua selesai rehat dan mandi manda serta solat, kiterang pulak plan nak makan sedap sedap. Nak beli ikan kat pasar. Suruh kakak muslim restoran tu masak. Haaaa kan jimat kat situ. Hehe..
Lepas makan, uzu terus balik tido. Kepala dah denyut-denyut kuat. Nak makan panadol, argh lupa beli air mineral. Teruk balik Zzzzzz. Yang diorang stay up memalam borak dengan akak restoran muslim tu. Akak tu peramah tau! Memang ramai orang Malaysia makan kat situ. Terbaik akak! 

Ok hari keesoknya nak baik dah....

Sambungannya.. Next entry...

Percutian Bajet Ke Barocay Philipines Day #4
Initerary & Bajet Keseluruhan Boracay Philipines

3 comments:

AinAthirah Anuar said...

Alaaaa mesti akak sedih kan tak dapat join 2 activities at that day ? huhu next time kalau pegi you must try tau !

sharminie zainul abidin said...

wah sakan sungguh aktiviti korang. baca pun dah rasa syiok.

ZLKHZNI said...

Assalamualaikum, boleh emailkn pd kita full budget & itinerary sekali. Terima kasih. Email ikazaini94@yahoo.com

Copyright © ✿Emas✿Putih✿Blog✿ Designed by azhafizah.com