✿Baca Entry Yang Lepas✿

Thursday, March 31, 2016

Trip Jelajah Pulau-Pulau Cantik Di Semporna Day #2 | Pulau Bohey Dulang , Pulau Mantabuan , Pulau Sibuan

Trip Jelajah Pulau-Pulau Cantik Di Semporna Day #2 | Pulau Bohey Dulang , Pulau Mantabuan , Pulau Sibuan | Salam. ok hari ni uzu nak sambung trip uzu pada hari kedua.. Hari kedua kiterang ke Bodgaya dulu.. Bodgaya ni dimana tempatnya orang asli di semporna. Yang mana diorang ni hidup diatas air je.. Gambar takde uzu ambik kat bodgaya orang asli ni sebab masing-masing takut nak keluarkan fon masing-masing. Takut kena grab ! Apapun boleh tengok video kat sini .

Lepas beberapa minit kat bodgaya, kiterang bergerak ke destinasi pertama iaitu Bohey Dulang. Uzu ingatkan, lepas hiking kat atas tu, boleh snorkelling kat situ rupanya takde masa sangat nak mandi kat Bohey Dulang  So just for hiking je.. Nak naik atas dalam sejam juga lah.. Fuhh nak kata mencabar, takde lah mencabar sangat.. Tapi penat juga lah.. Nak giveup pun ada. Hihi.. Tapi bila dah sampai atas tu.. Perghhhhhhhhh alhamdulillah.. excited dan terujaaa..

Alhamdulillah.. tercapai juga niat uzu nak ke Bohey Dulang sebab ni antara pulau yang sangat cantik dan telah pun viral beberapa tahun lalu. Fuhhh memang panas kat atas ni wei. Kalau korang naik, sila bawa air sendiri.. Kiterang tak lama kat atas sebab nak ke tempat seterusnya..

So the next place is.. Pulau Mantabuan ! Uzu paling suka dengan air laut mantabuan sebab air kat situ sangat jernihhhh sangat! membiruu. menghijauuu.. bersihhh.. memang sesuai tuk snorkeling. 
Cantik tak? Haaaaaaaaa rugi je uzu tak snorkelling kat sini sebab tak cukup google. Tapi tak yah google, tengok dari atas pun dah nampak coral kat bawah... 

So the next pulau ialah... Pulau Sibuan ! Pulau Sibuan antara pulak yang dikawal oleh tentera. Masa uzu tengh jalan-jalan kat pulau sibuan ni, uzu nampak sekumpulan tentera kat situ. Perghhh terfikir juga kenapa dan kenapa? Lupa pula nak tanya.. Tapi alhamdulillah seatakat ni pulau tu selamat lagi.
Time ni uzu tak mandi. Uzu just jalan-jalan sebab kaki injured. Luka. Pedas kalau kena air laut. So hanya mampu ambik gambar dan meratapi iphone yang still tak hidup hidup.. Fuh dugaan..

Ok.. Hari kedua ni ada 3 pulau kiterang pergi. bohey, sibuan dan mantabuan. Maybe 4 kot termasuk dengan bot gaya orang asli tadi. Mandi manda kiterang bersambung esok nye pulak pada hari ketiga. 
Untuk hari kedua ni, kami tak tido hotel tapi tido kat Kampung Bum-Bum Semporna Sabah. Bermalam kat sini takde dalam mana-mana trip just trip dari Man Je je yang ada sebab rumah kakak dia kat situ dan kami bersyukur dapat pengalaman tinggal kat situ semalam. 

Pengalaman tidur di rumah ketu akampung kampung bum-bum Semporna, perghhh takde lah neves sangat tapi macam-macam juga fikir sebab rumah tu betul-betul di tengah-tengah lautan, tempat dimana rumpai laut ditanam. Rumah tengah-tengah lautan, takde belakan air, takde elektrik just guna jenerator. Air bersih kena beli 3 hari sekali. Mandi pun ala kadar. Tandas open sangat tapi yang bestnya kuat angin. Wihuu sampai ada member tu tidur kat luar. Terbaik lah diorang.. Yang bestnya kami dijamu makanan yang sedap ! arghhhhhhhh lama tak makan makanan rumah macam ni. Rindu tetiba nak balik rumah.. Phewwwwwww..
Haaa amacam ? Ada yang jeles tak? hehehehe.. So ni lah anatra aktiviti kami yang happening ! Kalau ramai-ramai trip memang best kan? Kat sini kita kenal member baru. Yang mana nak mengorat bagai sila buang jauh-jauh.. Tak best ar situ ada hati kat sini.. Kat itu ada hati kat situ. Pening i. Fuh teringat bakal suami kite tu ha... *cubalahuntuksetia* cia cia cia.. Apa pun memang best lah ! So tak sabar nak cerita hari ketiga pulak. Nantikan ye. Salam ..

3 comments:

Noriza Rahman Momma Vogue said...

Bestnya tengok pergi Semporna, bila lah nak sampai ni..semuanya bajet berapa ni Uzu?

Farah Dafri said...

cantiknya air dia! kalau air bersih cmtu bru yakin nk mandi hehe. sbb selalu tkut ada binatang kt kaki

✿ Ina Ainaa ✿ said...

Cantiknya permandangan kat sana. Bersih je airnyaaaa wahhh

Copyright © ✿Emas✿Putih✿Blog✿ Designed by azhafizah.com