✿Baca Entry Yang Lepas✿

Sunday, April 17, 2016

PERCUTIAN JIMAT SAYA | Singapore Day Trip RM135 Sahaja !

PERCUTIAN JIMAT SAYA | Singapore Day Trip RM135 Sahaja ! | Salam. First at all uzu nak berterima kasih kepada abam hensem founder Percutian Jimat Saya atau Percutian Murah Saya kerana sudi menjemput uzu untuk join sekali Singapore Day Trip 2 miggu lalu. Alhamdulillah trip ni berjalan dengan lancar seperti mana dalam itinerary. Sharp dan tepat pada waktunye.

Sebelum tu nak bgtau apa itu Singapore Day Trip. Memula uzu dapat offer, uzu blur. Tak faham mana day trip ni.. Rupanya day trip ni tak tido hotel pun. Jumaat tengah malam bergerak dari KL dan sampai rnr gelang patah jam 5.30 pagi. Kat situ breakfast dan mandi manda serta solat. Lepas tu jam 7 pagi masuk Singapore. Lepas tu seharian kat singapore. Tak check in mana-mana hotel.. Jejalan beberapa tempat dan jam 8 malam terus bergerak balik KL. Ngee faham tak? so kita tido dalam bas. Sampai KL jam 3 pagi. Gituuuu...Pastu bersurai !

Kita akan p 6 tempat Merlian Park , Bugis Street, Garden By The Bay, Arab Street, Kampung Gelam dan Pulau Sentosa. Jom layan gambar uzu kat setiap tempat ! Ngee..
1. Merlion Park
    
2. Garden By The Bay
 
 
 

3.Pulau Sentosa
 
 
4. Universal Studio Singapore 
*Tak Masuk USS. Kat Luar Ni Je*
 5. Arab Street
 
 
6. Bugis Street
 
7. Kampung Gelam
Singapore Day Trip Bersama Afiq Shazwan dianjurkan oleh Percutian Jimat Saya telah pun berjalan diadakan dengan jayanya ! Uzu pun berpuas hati sangat dengan servis dari Percutian JImat Saya serta artis yang terlibat, Afiq Shazwan yang mana uzu pon actually tak kenal sapa sbb sejak stay hostel 3 tahun ni tak taw dunia luar, takde tv so tak kenal sapa. 

Bila Afiq Shazwan join trip ni memang meluaskan lagi nama dia dan mengenal lebih dekat dengan peminat-peminatnye. Eh peminat ke? Hehehe. Best wei se trip ngan Afiq sebab dia happening !! tak sombong, dia lepak dengan we ols ni biasa-biasa je ni.. Sembang kemain lagi macma dah kenal lama borak itu ini. Siap gosip bercinta dengan artis itu ini tapi yang tu rahsia hahahaha. Tak boleh bocor rahsia. Rasa tak puas sembang ngan dik sorang ni. Gituuuu.. 

So uzu berpuas hati dan bangi 5/5 bintang untuk trip ni! Trip Singapore rasanya Percutian Jimat Saya buat setiap bulan. Memang best! RM135 je untuk city tour macam kat gambar uzu.. Puas hati sangat . Banyak kali ke Singapore uzu trus ke USS so ini masanya uzu ke city tour pulak dan memang impian termakbul.. 
Sebarang pertanyaan mengenai trip ini boleh contact atau wasap details kat bawah je. Kalaunak tengok happeningnya trip dari Percutian Jimat Saya yang memang jimat ni boleh tengok hashtag kat instagram #percutianjimatsaya !

Info :
Instagram : @percutianjimatsaya
Whatsapp : +6010 9834622

7 comments:

adianiez AIDA said...

Tq Uzu utk entry ni.
memang nak gi spore, selain drpd uss.
pakej uss memang byk kan.
pakej gini yg kurang :-)

Syireen Halim said...

bestnya uzu...saya pernah sampai sana gak...tp tak tercoret dlm blog..hehe

Normi Nieza said...

bestnya uzu..:)

MG schmidt said...

dulu msa MG pegi ikot trip ..rm78 je /day tp xmsuk uss yg lain kat atas ni semua pergi .
paling syok tgk show kat area sentosa island tu masa last sblum balik
ade lg tak ea show based on air yg warna warni tu ea

Admin T.H said...

nice didn't got such trip until read here.

namesherry.com

Miss A said...

insyaallah..next year nak pergi Singapura pakai pakej ni..This year dah penuh jadual kami.

Eka Handa said...

nice post ^-^

Copyright © ✿Emas✿Putih✿Blog✿ Designed by azhafizah.com