✿Baca Entry Yang Lepas✿

Monday, May 16, 2016

KL BLOGGERS HUNTER : LOVE FOOD HATE WASTE ! Jom Kurangkan Pembaziran Makanan Yang Diinspirasikan Oleh Alam Flora !

KL BLOGGERS HUNTER : LOVE FOOD HATE WASTE ! Jom Kurangkan Pembaziran Makanan Yang Diinspirasikan Oleh Alam Flora ! | Salam.. sebelum uzu pergi jauh lagi pasal topik ni, apa kata uzu kenalkan dulu, apa itu Alam Flora ? Mesti ramai yang tak tahu lagi.. Uzu pun baru je sekali dengar..

Apa itu Alam Flora ?

Alam Flora ni ditubuhkan pada tahun 1995 dan merupakan anak syarikat DRB-Hicom, Alam
Flora beroperasi sebagai pengurusan alam sekitar syarikat di Malaysia. Alam Flora menyediakan perkhidmatan kutipan sisa, termasuk  Rumah, taman, sisa besar domestik dan kitar semula. Perkhidmatan lain seperti membersihkan tempat-tempat awam, rumput memotong, penjelasan, tempat pembuangan sampah, sisa makanan kompos, perkhidmatan landskap dan banyak lagi.

Sekarang, Alam Flora merupakan salah satu daripada tiga syarikat konsesi diberikan pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam di negara ini. Alam Flora mengambil alih tanggungjawab bagi perkhidmatan di Tengah dan Pantai Timur, yang meliputi seluruh Kuala Lumpur, Putrajaya dan Pahang dan akan datang di Terengganu dan Kelantan.!

Uzu pernah nampak logo Alam Flora sebelum ni kat area Putrajaya. Waktu tu ada lori tengah bersihkan jalan raya. Kalau tak silap uzu lah.. Oh rupanya yang tu Alam Flora eh..

So apa yang uzu nak kaitkan disini ialah kempen Love Food Hate Waste yang mana tagline dan kempen blogger bersama Alam Flora Rabu ini ..


Kl Blogger Hunter 2016 by Alam Flora

Objektif kempen Love Food Hate Waste ini actually tuk mengurangkan pembaziran makanan kita seharian, tak kisah lah siapa dan di mana kita berada, pembaziran makanan adalah sangat serius ketika ini.

Objektif kempen Love Food Hate Waste yang kedua adalah memupuk dan mewujudkan kesedaran mengenai cara-cara plan ans store food dan untuk memberi penekanan kepada cara pengasingan makanan dalam peti ais which is concept 3R.

16 blogger yang telah di shortlisted ! Kiterang ada 4 checkpoint iaitu Pasar Tani Taman Connaught, Flat Taman Mulia, Bangsar dan Kelab Tasik Putrajaya.

Task in Kl Blogger Hunter 2016 by Alam Flora

Task bermula dari jam 8 pagi hingga 6 petang . Ada 4 checkpoint yang uzu dah bagitau tadi dan kena berkumpul kat DRB-Hicom, Glenmarie .

Check Point 1 : Pasar Tani Taman Cannought, Cheras.

Portion and plan. Kami diminta beli buah rojak dan beli keperluan dan barang-barang atau makanan untuk sebuah rumah yang terpilih untuk disumbangkan.. Ni kiranye, konsep charity ada dalam task kiterang ni. So REDUCE wastage in proper buying portion ni means jangan ada pembaziran dalam pembelian. Kalau nak beli sardin, beli lah sardin je. Jangan nak beli sardin, terbeli sardin dan jajan. Yang tu dan membazir. Kita kena plan dulu apa berapa portion nak beli pastu baru beli.

Check Point 2 : Flat Taman Mulia, Cheras

Ingat tadi ada task beli barang keperluan tu ? Yang tu tuk digunakan tuk task yang kedua. Task kami ke 8 rumah yang terpilih. 2 blogger untuk sebuah rumah.. Task kali ni tuk mengajar kita camna cara-cara yang betul tuk masukkan makanan tu di dalam peti ais.Selalunya kita main masukk je kan. Rupanya ada cara-cara yang betul macam mana nak susun makanan tu. Supaya tak basi lah, supaya sayur tak layu cepat. Haaaa semua akan ada dalam task kami ni.

Check Point 3 : Chawan, Jalan Talawi Bangsar.

Lunch kat sini. Lunch dan task sekaligus. Yakni kena ambik makanan ikut specific budget dan habiskan makanan tu . Jangan ada sisa-sisa dan yang pasti kita makan dalam container ok ? hihi. Kisahnya jangan makan guna STYROFOAM ! Maksudnyaa macam polystrin kot..

Check Point 4 : Presint 8 Putrajaya

Task paling sempoi iaitu sediakan rojak buah dan kulit dia kena sipan tuk tujuan compost atau baja. Rojak buah tu kena decorate lawa-lawa . Rasanya ada hadiah kepada yang paling cantik decorate. Hihi. Lepas tu last task kena buat hutan kecil guna terrarium.

Haa amacam ? Hihi. Menarik tak task-task kiterang? Uzu pun excited lah nak tunggu rabu ni. Dalam task kami di ada diberi hadiah so rasa macam sangat mendorang kami lah nak buat yang terbaik dalam KL BLOGGERS HUNTER yang diinspirasi oleh Alam Flora ! Yeahhh thanks sangat Alam Flora wei !

So korang nantikan RABU ini start jam 8 pagi hingga 6 petang , tengok lah kat instagram kiterang ni haaa aktiviti yang kebabomm ni. Salam :)

Find more details here:


7 comments:

yanie yusuf said...

bagus kempen ni..

Yatie Owner said...

nice :)

AyuArjuna BiGoshh said...

Gluck uzu

Muhammad Khairuddin Lim said...

nice entry

Mawardi Yunus said...

usaha yang sangat bagus dr Alam Flora

shamiera osment said...

lets support the great campaign!

Marini mat zain said...

moga kempen ini memberi kesedaran kepada semua

Copyright © ✿Emas✿Putih✿Blog✿ Designed by azhafizah.com