✿Baca Entry Yang Lepas✿

Monday, May 30, 2016

Pakej Murah Ke Pulau Perhentian Kecil - Perhentian Kravers


Pulau Perhentian Kecil  | Salam. Nak kata murah tu tak taw lah tapi not bad lah. Pakej ground kiterang around RM350 . Ni termasuk Resort , breakfast, lunch, dinner, aktiviti snorkeling dan guide. Haa yang membezakan harga tu cuma kat tempat tinggal. Kami stay kat Shangrila Resort. Memang best resort ni sebab dekat ngan jeti. Sampai-sampai jeti je terus jumpa resort ni. Takde lah macam yang lain-lain nak jalan kaki jauh bagai baru jumpa resort.Letihhh aihh..

Anyway flight kiterang dari KL- KB dalam sejam dah sampai. Kenapa kalau nak g pulau perhentian orang akan fly ke KB? Kenapa tak fly ke KT? Jawapanya ialah, lagi dekat lah.. Kalau KB ke jeti dalam 45 minit dah sampai kalau dari KT ke jeti dalam sejam setengah. So thats why lah org nak ke Pulau Perhentian akan ke KB dulu. Lagipun murah. Uzu punya flight RM70 return je.

Day 1 : 

Memandangkan check in kat resort jam 3 petang, so kami decide nak g kincir angin. Uzu pon tak tau sangat ape benda lah diorang ni beriya nak g kincir angin.. Kalau ikutkan uzu, malaih yang amat tapi terpaksa jugak. Nak ke kincir angin tu, kena kuat mental dan fizikal. Penat giler weii. Kami hiking dengan panas lagi. Air pulak bawa sebotol je.. Tapi bila sah sampai atas tu rasa.. Arghh best giler!
Lawa tak gambar kat kincir angin? Lawa memang lawa tapi nak mencapai ke atas tu macam-macam dugaan. Tinggi sangat nak hiking. I gerenti ramai yang banyak kali stop tuk rehat. Memang penat. Haha.Dalam sejam lah sampai atas... Alaang-alang dah sampai atas lepak lah 2 3 jam sementara tunggu resort dah boleh check in.. Lagipun kat kincir angin ni lah ada line tenet tauu. Kat bawah takde sangat. Nak mengharap wifi tu.. kirim salah je. Uhukk..

Dinner tuk hari pertama bayar sendiri.. Tak masuk dalam pakej. Kami diner kat mana ntah nama kedai tu. Kena jalan kaki masuk dalam tapi yang penting ada wifi. Harharharhar.

Day 2 :

Aktivti skorkeling bermula..Tapi gambar kat bawah ni tak tersusun..Pepandai lah korang tengok eh. Snorkelling ni ada banyak point. Ada fish point, ada nemo point, ada shark point, ada penyu point, dan apa ntah tak ingat lagi.. Yang penting rasanya da 7 point kot..
Pakej kami ni under Perhentian Kraver dan Perhentian People (dua-dua sama je).. Uzu puji diorang sebab antara banyak-banyak pakej, memang gambar kat instagram diorang semua lawa-lawa.. Fuhhh tergugat iman bila tengok.. Gambar kami guna gopro diorang. So apa-apa gambar kami snorkeling ni , RM50 je.. Boleh tong-tong ngan member kalau nak gambar lawa-lawa macam ni. Diorang memang pandai ambik gambar... Boleh tengok ig @perhentiankravers dan @perhentianpeople ^^v

Tu je nak update. Hihihihi Salam :)

3 comments:

Normi Nieza said...

subhanallah..cantiknya..:)

Mommy Cici said...

affordable . berbaloi lah dapat gambo macam tu <3

Eeca Shyaa said...

duhhh teringin nak ke sini!

Copyright © ✿Emas✿Putih✿Blog✿ Designed by azhafizah.com