✿Baca Entry Yang Lepas✿

Monday, August 29, 2016

Review Bayou Lagoon Park Resort Melaka

Review Bayou Lagoon Park Resort Melaka  | Salam. Alhamdulillah perancangan nak menghabiskan cuti hujung minggu berjalan dengan lancar di mana kami berempat ada blogger jemputan yang bertuah review Bayou Lagoon Park Resort ni.. Thanks pihak Bayou Lagoon Park Resort Melaka !

Ini adalah kali keduan uzu menjejakan kaki ke resort ini..  First time datang dengan geng blogger dan media bersama wakil tourism kl/selangor beberapa tahun lalu. Rasanya dah 2 tahun lebih dan uzu perhatikan banyak improvement yang dinaiktaraf di Bayou Lagoon Park Resort ni dan ini membuatkan uzu rasa sangat berpuas hati menginap di Bayou Lagoon Park Resort Melaka ni..
Waktu check in adalah pada jam 3 petang so kami ter-datang awal so sempat lagi cari makanan sedap terutama asam pedas melaka dan melawat beberapa tempat menarik di sekitar Bayou Lagoon Park Resort. Sempat lah ke pasir putih klebang, beli air kelapa klebang , dan macam-macam lagi..

Selepas check in, kami berehat beberapa minit untuk beri laluan untuk solat dan mengambil gambar sekitar dalam bilik.. Ada 2 jenis bangunan untuk penginapan iaitu Amari Villa dan Tahiti Villa dan kami menginap di Tahiti Villa..
Bilik Tidur
 Ruang Tamu
 Dapur
 Bilik Member Sebelah
 Ruang tamu member sebelah bilik
 Ruang dapur dan tandas
 Dalam tandas..
Bila keluar je dari balcony, inilah pemandangan dari atas. Nampak waterpark rasa macam nak terjun dari bangunan tingkat 9 tu haa.. Rasa macam sonok dengar diorang jerit jerit kat waterpark tu.. Adakah seram sangat slide nye? Haaaaaaaaa kalau seram tobat nak naik.. Hahahaha
Bila dah siap-sial tukar baju.. Kami bergegas turun sebab tak sabar nak mandi.. Waktu tu dah jam 6 kot rasanya.. Tu yang kelam kabut nak turun bawah mandi-manda main gelongsor air..Wehuuu..

Waterpark Bayou Lagoon Resort

Gambar Waterpark Dari Go-Pro Hero +
Ok bagi uzu lah kan.. Semua games kat waterpark ni boleh dimain oleh bebudak kecik dan juga dewasa. So takde lah seram sangat sampai nak gugur jantung kalau main-main waterpark ni.. Memang sesuai lah tuk family day kat sini.. UZu bagi 5/5 bintang untuk waterpark kat sini. Bukan tu je tau, rate untuk penginapan uzu bagu 4/5 bintang. Parking rate dalam 3/5 bintang.

Kalau nak habiskan hujung minggu kat Bayou memang sesuai lah lagi-lagi waktu cuti sekolah.. Atau nak buat family day tuk company pun agak sesuai sebab waktu kiterang p kan, memang ramai orang sebab ada family day dari Petron.. Sonokk nye tengok diorang bergumbira dengan anak memasing.. Walaupun penat, tapi sonok.. InsyaAllah uzu akan datang lagi kat sini sebab ingat nak bawak family dari Sabah datnag sini... Berbaloi harga dengan apa yang disediakan.. Ok lah tu je lah. Salam :)

Entrance Fee Water Park

Weekday
Adult : RM22.00
Children : RM16.00
Senior Citizen:  RM11.00
(55 years old and above)

Weekend, School & Public holiday
Adult :RM28.00
Children : RM20.00
Senior Citizen : RM14.00

Admission is FREE
for children under 3 feet tall

Contact

Email :
reserve@bayoulagoon.com.my

Tel:
+06-233 0888
+6013-286 8750

Fax:
+06-253 3876

Alamat

Bayou Lagoon Park Resort, Jalan Wakaf 75450 Melaka


3 comments:

Sue Izza said...

bestnyaaaaa gi jalan2 huhuuu

atiehilmi dot com said...

wah !! memang kena pegi nih.. lagi2 anak kakak kecik2 lagik.. kalau main air dari pagi sampai petang pon dorang tak kisah ni.. hee~

Ar Eirza Japar said...

eh boleh nmpak rumah akak dr situ..eheh..nape x habaq awai2...leh bwk jenjalan..hihihihi

Copyright © ✿Emas✿Putih✿Blog✿ Designed by azhafizah.com