✿Baca Entry Yang Lepas✿

Tuesday, September 13, 2016

The Face Shop : The Therapy First Serum & The Therapy Moisture Blending Formula Cream

The Face Shop : The Therapy First Serum & The Therapy Moisture Blending Formula Cream | Salam. Minggu lalu uzu ada dapat sekotak produk dari The Face Shop tap tak tau ape dalam dia. Haaa so uzu nak unboxing lah kirenya.. Agak-agak ade ape dalam kotak yang cantik tu eh? Jeng jeng jeng.. Hehe..

Wah bila buka kotak ada macam ni haa.. Dah macam buku dah kotak the face shop ni. Meletopp baq hang.. yang penting ayat dia " The Face Shop bring breathe of nature under the name, naturalism."
Bila buka lagi kotak ni,  ada produk ni The Face Shop.. Ada dua jenis produk dalam ni iaitu The Theraphy First Serum & The Theraphy Moisture Blending Formula Cream. Uzu dah well known dengan jenama The Face Shop tapi tak pernah nak pakai produk ni.. Tak mampu hehhee.. 
So uzu nak explain satu persatu produk ni.. Mesti ramai yang tak tau lagi produk terbaru dari The Shop Face ni.. Uzu pon x tau juga so bila dah pakai product ni.. dah tau serba sedikit lah.. Hehe

The Theraphy First Serum
The Therapy First Serum ialah serum yang diperbuat untuk anti-aging , anti kekeringan dan kelembapan tinggi.. The Therapy First Serum  diperbuat dari high class blending formula .. Produk ni adalah sesuai untuk wanita yang berumur 30 tahun ke atas, sesuai untuk kulit kering dan sesiapa yang sedia ada memakai the therapy produk memang digalakkan pakai serum ni..


kalau yang ada jenis kulit yang kering, korang digalakkan pakai setiap hari tanpa mengelapnye. Korang dap dap dap je dan biarkan sampai kering sendiri.


So apa beza serum ni dengan serum yg sedia ada yg lain, actually The Therapy First Serum ni extra protection yg mana sangat peneting untuk kulit muka kita lagi-lagi di negara Malaysia yg agak panas ni, of coz lah kena ada extra perlindungan dan The Therapy First Serum ni ada Thalassotherapy water yg mana meningkatkan lagi effect anti aging.

Bahan-Bahan The Therapy First Serum ?
Ia mengandungi bahan-bahan utama iaitu Thalassoteraphy yang bermaksud sea-treatment yang mana menggunakan lebih banyak mineral didalamnya.. Dalam serum ni ada mengandungi air laut, alga biru , oligo fur cell a ran, palmarosa, avacado, dan sandalwood.
 
Cara nak pakai ?
Pakai selepas korang cuci muka.. Bila dah cuci muka tu, ambik The Therapy First Serum ni, picit dalam 1-2 pam dan tempek kat muka korang. Dap dap dap dap dap... Apa-apa jenis serum ni mmg terbaik sebab serum adalah mempunyai sifat yang cepat menyerap kat kulit kita.. Kita dap dap dap je dah cepat kering.. Macam uzu, sebelum nak mekap kan... mesti pakai serum ni dulu..sebelum pakai toner bagai. Serum ni korang xperlu pakai cotton bad ke ape, just pakai tangan je.

The Therapy Moisture Blending Formula Cream
The Therapy Moisture Blending Formula Cream adalah krim untuk kulit kering sebab krim ni dibuat dengan lebih moisture yang akan melembapkan kulit kita. The Moisture Menggabungkan Formula Cream terdiri daripada lapisan atas yang merupakan campuran minyak pati dan air talasoterapi dan lapisan bawah krim sangat pelembab.

Pelembap yang mewah dirumuskan mengandungi air Thalassotherapy dan 3 jenis minyak pati semula jadi (Palmarosa, Avocado yang Sanalwood). Ia melembapkan dan mengekalkan kulit yang berembun dan terhidrat sepenuhnya. Kulit tidak akan merasa kering dan melambatkan proses penuaan.

Apa yang bestnya bila pakai The Therapy Moisture Blending Formula Cream ni, muka kita tak melekit dan ianya akan membuatkan kulit kita akan lembap sepanjang masa. Krim ni adalah dari anti age, antry dry, dan high moisture top class blending formula.Formula yg terbaik untuk menghasilkan krim yang terbaik.

Cream ni adalah hand made water blending therapy yang mana Thalassotherapy water dicampurkan dengan 3 jenis minyak pati . Ianya akan jadi Rich moisture cream. So that cream akan di mix kan dan akhirnya akan hand made water blending  cream.
Apa perbezaan oil blending cream dengan moisture blending cream?
bahan-bahan untuk kedua-dua produk ni adalah sama dan yang membezakan antara dua produk ini ialah produk terbaru (moisture blendiing cream" mengandungi tholassotheraphy water yg mana air ni adalah bahan utama untuk melembutkan lagi kulit kita.

The Face Shop The Therapy Moisture Blending Formula Cream menggabungkan Formula Cream adalah pelembap yang dirumuskan yang amat sesuai untuk musim panas, tetapi tidak satu keajaiban produk anti-kedut! ianya baik untuk penghidratan, terasa menyenangkan pada kulit, manfaat anti-penuaan mungkin. Tetapi yang tak bestnya beberapa bahan comedogenic, mungkin tidak sesuai dengan semua orang..

Cara nak pakai ?
Ok lepas je basuh muka.. Pakai lah serum.. Lepas tu bila serum dah meresap. Boleh pakai cream ni. Bila buka penutup cream ni, gaulkan dengan sudip/spatula dengan gerakan membulat untuk 10saat. Boleh pakai siang dan malam. Pakai jangan melebihi had.

Bahan-bahan utama:
Air talasoterapi (terapi Eropah yang menyampaikan kelembapan jauh dan tenaga untuk kulit) yang mengandungi 100 kali daripada air mineral Evian Eropah yang terkenal
3 jenis minyak pati (Palmarosa, Avocado & Sandalwood) untuk kesan anti-kering

Kesimpulannya disini, untuk yang suka cantik atau pon pada sesiapa yang ada kulit kering, yang nak nampak muka sentiasa, nak kulit lembap selalu, kena wajib ada 2 produk ni iaitu The Therapy First Serum & The Therapy Moisture Blending Formula Cream . Dua-dua ni gabungan hebat yang memberi kesan yang baik..  Uzu dah pakai kedua-kedua produk ni.. Uzu yang jenis sangat-sangat oily ni pon dan kurang oily bila pakai mekap.. Lagi pon mekap terus jadi tahap lama...Most recommanded :) nantikan review testimoni uzu kat instagram ye :)

Harga
The Therapy First Serum (130ml) - RM148.29 (Inclusive 6%)
The Therapy Moisture Blending Formula Cream (50ml) - RM174.90

Matlumat Lanjut

#thetherapyfirstserum #FIRSTmakesbeauty


No comments:

Copyright © ✿Emas✿Putih✿Blog✿ Designed by azhafizah.com