✿Baca Entry Yang Lepas✿

Monday, October 10, 2016

Day 2 : Muslim Trip To Kyushu Japan (Ibusuki-Kagoshima)

Day 2 : Muslim Trip To Kyushu Japan (Ibusuki-Kagoshima) | Salam. Bersambung pula di hari kedua untuk Muslim Trip di Kyushu Japan. Kami di sambut oleh tourist guide di luar airport. Kami diberi masa setengah jam untuk berus gigi dan cuci muka. Mandi? Hehehehehehe jangan cakap lah beb.. bangas kami seharian Hahahahaha. 

Tour guide kami, Mr. Ryo yang mana pemandu pelancong yang beragama islam, handsome, sopan dan agak bergaya serta kemas penampilannya membuatkan kami sangat selesa dengan Mr. Ryo. Bila ada tour guide muslim, lengkaplah rasanya muslim trip kami sebab dengan panduan dan information daripada Mr. Ryo adalah sangat-sangat membantu kami dalam bab makanan halal semasa di Jepun.

Makanan tengahari kami ialah Bento Box yang mengandungi makanan halal jepun. Lebih kurang makan sushi tapi yang macam bekalan lah kekdanya diletak dalam Bento Box.
Selepas beli makanan untuk lunch, Mr. Ryo membeli tiket bullet train dari Hakata Station ke Kagoshima yang berharga RM430 sehala. Heheheh mahal tak? Kami pun terkejut diknon.. So perjalan yang mengambil masa 3 jam by road hanya menjadi sejam lebih untuk ke Kagoshima.
 Jalan-jalan di dalam bullet train
 Bestnya seat dalam bullet train ada meja untuk makan. Ala-ala macam dalma flight
 Lunch of the day , Bento Box
Tak reti makan pakai chopstick. Hehehe.
Sampai di Kagoshima Station
Kami di sambut oleh driver dan kenderaan kami sepanjang trip ni sekitar Kyushu japan. Alhamdulillah pengakutan sangat selesan dan driver serta pemandu pelancong sangat peramah.
Pemandangan sepanjang perjalanan

1 ) Sengan-en Garden
Information mengenai Sengan-en Garden
Sengan-en sebuah taman Jepun tradisional dan rumah mewah yang telah diturunkan dalam keluarga Shimadzu selama lebih 350 tahun. Taman ini menawarkan pemandangan gunung berapi aktif Sakurajima, dan rumah itu menyediakan boleh dilihat mengenai cara hidup Tuan Feudal yang kuat.

Senganen Taman (仙 巌 園), juga dikenali sebagai Isoteien (磯 庭園), sebuah taman landskap gaya Jepun di sepanjang pantai utara pusat bandar Kagoshima. Salah satu ciri yang paling menarik di taman ini adalah penggunaan Sakurajima dan Kagoshima Bay sebagai pemandangan . Taman ini juga termasuk kolam kecil, anak sungai, tempat-tempat suci dan dusun buluh.

Senganen telah dibina pada tahun 1658 oleh golongan kaya Shimazu Clan, salah satu daripada puak-puak feudal paling berkuasa dalam Tempoh Edo (1603-1867). The Shimazu memerintah domain Satsuma (kini Kagoshima) selama hampir 700 tahun sehingga akhir zaman feudal pada tahun 1868. Mereka terus menjadi berpengaruh ke dalam era moden sebagai sebahagian daripada penerima terawal sains dan teknologi Barat.

Di tengah-tengah taman berdiri Iso Residence. Kediaman ini pada asalnya dibina pada tahun 1658 bersama-sama dengan seluruh taman, tetapi bangunan semasa kebanyakannya bermula sejak tahun 1880-an yang semula pertengahan. Selepas akhir zaman feudal, Iso Residence menjadi kediaman utama keluarga Shimazu, dan bilik dipelihara dengan cara yang mereka telah digunakan dalam tahun 1890-an. Bahagian dalam penginapan ini hanya dapat dilihat pada lawatan berpandu yang termasuk teh dan snek pada akhir. Perhatikan bahawa lawatan itu kos yang 600 ¥ tambahan dan terdapat kira-kira tiga lawatan sejam.

Waktu Operasi  : 8:30- 17:30 (All year round)
Bayaran Masuk : 
Dewasa ¥1000(Tour Guide + ¥600)
Kanak-Kanak(7-15)¥500 (Tour Guide + ¥300)

Alamat : 
9700-1 Yoshino-cho, Kagoshima City,
Japan 892-0871
TEL : 0081)099-247-1551

Fuhhh cuaca agak terik tapi takde lah rasa panas sangat. Selepas puas bergambar di Sengan-en Garden, kami ke destinasi seterusnya iaitu Masjid yang berdekatan. Di dalam pejalanan ke masjid, kami berhenti di tepi jalan untuk mengambil gambar pemandangan Gunung Berapi Ontake.
2) Masjid Kagoshima
Pusat Kebudayaan Islam Kagoshima (KICC), adalah sebuah Organisasi NPO, yang bertujuan untuk menyatukan kuasa yang membawa bersama-sama masyarakat Islam hebat pelbagai di rantau Satsuma besar, Kyushu, Jepun dan kini semakin, semua Kyushu Island.
  
Masyarakat Islam di Kagoshima adalah pelbagai. Dalam KICC seseorang boleh mencari pelbagai kemudahan yang ada kaum muslim, kaum, pendidikan dan budaya termasuk South Asia, Arab, Cina, Turki, Jepun, Afrika, orang kulit putih dan banyak lagi. The KICC Pertubuhan membawa ini orang muslim yang luar biasa bersama-sama dalam kerjasama dan kerjasama antara satu sama lain, dengan masyarakat antara agama, dengan organisasi awam, akademi itu dan sektor awam di Satsuma.


Sejak penubuhannya, KICC telah mengambil atas dirinya untuk menyediakan perkhidmatan yang amat diperlukan kepada masyarakat Muslim Kagoshima, dari penjagaan kesihatan, sokongan agama, pendidikan hujung minggu Muslim. Kepimpinan melalui perkhidmatan adalah intipati kerja kita. Nabi Muhammad, saw, pernah berkata, "Pemimpin masyarakat adalah pelayannya." (Tabarani & Daylami)

Alamat :
84-21 Masago-cho, Kagoshima-shi, Kagoshima

3) Ibusuki Iwasaki Hotel
Hotel ini mempunyai taman dengan suasana eksotik tanah selatan, dikelilingi oleh pokok-pokok tropika. Ia juga mempunyai "Sunamushi Onsen" yang terkenal air panas (onsen) dan sebuah muzium seni antara lain. sambungan Wi-Fi percuma disediakan di dalam semua bilik di (bilik-bilik gaya-Barat) Bangunan Hotel.
Access Info : 
From Ibusuki Station (JR Ibusuki-Makurazaki Line): 5 min by taxi.
From Kagoshima Airport: 110 min by airport bus.
By car: 52 km From Kyushu Expressway Kagoshima IC.

Alamat : 
Ibusuki Iwasaki Hotel 3805-1 Jyuni-cho. 
Ibusuki-City Kagoshima Japan 8910493. Ibusuki Golf Club 6660
 Kaimon Kawajiri Ibusuki-City Kagoshima Japan


4) Sand Bath
Sand bath ialah proses mengeluarkan peluh dalam badan kita, tujuannya tuk buat badan kita lagi segar, ringan, relax dan macam-macam lagi kebaikan sand bath.
  Buka kasut. Letakkan di dalam almari yang disediakan
 Tandas perempuan siap ada mekap lagi. hehehe
 Loker tuk simpan baju
 Dah siap tukar kepada Yukata.
Yang ni lah sand bath nye.. Kat area hotel yang kami menginap ni ada sand bath. Uzu pun tak tau sand bath tu apa, dalam fikiran just masuk dalam pasir je. Rupaya sand bath ada proses-proses tertentu. Yang ni kena masuk dalam pasir . Pasir tu akan rasa panassssssss . Kalau tak tahan panas boleh bagitau orang kat situ. Proses ni dalam 30 minit macam tu. Tak boleh lebih nanti badan melecur.
Lepas berpasir, berendam di dalam air suam/panas. Open pool kekdahnya. pastu siap! Tukar baju..

5) Dinner  Buffer di Restoran Ibusuki Iwasaki Hotel
Akhir sekali aktiviti kami berakhir dengan makan malam bersama-sama di restoran kat hotel tempat kami menginap. Tak banyak makanan halal yang boleh di makan so uzu just makan seafood je. Hehe.
Ini jelah entry untuk hari kedua kami.. Kami pun sangat lebih pada hari ini kedua ni sebab tak cukup tido dari dalam flight terus jejalan kan.. So nantikan entry hari ketiga uzu kat Kyushu Jepun ok ? Salam semua :)

Baca Entry Sebelum Ini :

Special Thanks to :
Tourism Japan For Muslim Trip in Kyushu Japan

5 comments:

♥♥ Nur ♥♥ said...

Assalamualaikum...
tengok gambar-gambar akak bagai terasa berada disana.. huhuhu

Rosmiza Ali said...

Wah! Cantik pemandangan di Jepun.. Panas sangat ke sand bath tu? Tapi macam syok pulak tengok.. ^^,

Nurulfatin Adiana said...

cantiknyeeeeeeeeeeeee

Syuhada Salleh said...

bestnye uzu!

Yanty Lee said...

uniknya sand bath tu...

Copyright © ✿Emas✿Putih✿Blog✿ Designed by azhafizah.com