✿Baca Entry Yang Lepas✿

Wednesday, October 12, 2016

Day 5 : Muslim Trip in Kyushu Japan (Kumamoto - Fukuoka)


Day 5 : Muslim Trip in Kyushu Japan | Salam. Ni lah hari terkahir kami jalan-jalan kat Kyushu. Esok hari dah balik Malaysia dah. So untuk hari terakhir ni, cuaca tak berapa baik sangat sebab musim typhoon. So hujan rintis-rintis mengiri perjalanan kami.

1) Suizen-ji Joju-en Garden
Suizenji Taman (水 前 寺 成 趣園, Suizenji Jōjuen) adalah, Jepun taman landskap gaya yang luas di Kumamoto, terbaik dinikmati oleh berjalan di sepanjang jalan yang bulat. Ia dibina oleh keluarga Hosokawa pada abad ke-17.

Taman ini mengeluarkan semula 53 stesen jawatan sebagai Tokaido, jalan raya penting, yang menghubungkan Edo dengan Kyoto semasa Tempoh Edo, dalam bentuk kecil, termasuk Mt. kecil Fuji.

Cantik pemandangan kat sini. Semua pun menghijau. Hijau dia bukan macam daun hijau kat malaysia. Hijau dia macam hijau pucuk pisang yang muda. Gitu lah kekdahnya. Kalau musim bunga mesti banyak bunga mekar di kawasan ni. Sonok kalau berphotoshoot bagai.
 Cantik tak?
 jambatan adalah seperti jalan menuju pintu kejayaan 
 cuaca tak berapa baik. nak hujan..
Kami tak lama kat sini sebab hujan dah mulai turun. Tak sempat kami nak keliling kawasan ni so insyaallah nanti nakk datang lagi ke sini. hehehehe.

2) Kumamoto Castle
(Kumamoto-jo) adalah salah satu daripada istana yang paling terkenal di Jepun, bersama-sama dengan Himeji dan Castles Nagoya. Ia dibina oleh daimyo Kato Kiyomasa yang memerintah rantau ini, pada awal abad ke-17. Istana sebelumnya telah kecil, dan ia mengambil masa kira-kira tujuh tahun bermula pada 1601 untuk disiapkan. Tapak langkah-langkah kira-kira 1.6 km timur ke barat dan 1.2 km utara ke selatan, termasuk struktur seperti menara utama dan bangunan lain. Dinding batu menara istana adalah 13.5 m tinggi dan menara utama itu sendiri adalah 30.29 m. menara utama itu adalah daripada pembinaan kompleks dan kukuh. Struktur dinding batu dipandang sangat tinggi. 
ni lah gambaran keseluruhan kumamoto castle
 pertama kami pakai kimono. Terujaa
 Naik kuda. Meletop tak hakak?
 Lepas setel je lepak kat kedai-kedai mi
ter-beli ais kacang yang berharga RM20

3) Nikko Hotel “Le Celebriti
Beralamat di 2-1 Kamidouri, Chuo Ward, Kumamoto. Untuk tempahan boleh hubungi +81-96-211-1663. Harga bagi Full Course Menu adalah 3,800 yen atau lebih kurang RM150 seorang.

Kat sini camera tengah cas. So takde banyak gambar sangat ambik. Ni pertama kali makan kat hotel jepun. Hotel ni pun bertaraf 3 bintang. Terujaa sangat-sangat dapat merasai macma-macam makanan semasa lunch kat sini :)

4) Kumamoto Masjid
Pusat Islam Kumamoto adalah masyarakat Muslim cuba untuk menganjurkan aktiviti-aktiviti Islam seperti solat Jumaat, solat Hari Raya dan sambutan Ramadan, di Kumamoto, Jepun.

Disini adalah satu-satunya masjid di Kumamoto. Yang banyak stay kat sini ialah pelajar-pelajar dari universiti yang beragama islam.Pelajar malaysia juga ada menginap disani. Bangga sangat bila jumpa dengan orang sendiri.
 terserempak pelajar muslim tengah solat
 keadaan di tempat solat perempuan,
Bila dah setel, kami berborak dan berjumpa dengan pelajar-pelajar malaysia dan indonesia. Mereka sangat ramah dan alhamdulillah salah satu pelajar malaysia tu, dialah yang menguruskan masjid kumamoto ni :) 

5) Tosu Premium Outlet
Mana-mana outlet pun reka bentuk bangunan sama , sama ada kat malaysia mahupun jepun atau korea. So mesti korang dah dapat banyangkan mcm mana Tosu Premium Outlet kat sini. Uzu tak guna duit banyak sebab nak save duit nak beli jam Gshock. Tapi tapi tak jam Gshock sangat mahal harganya kat sini. Ada member beli jam Gshock original kat jepun, maybe kat Osaka, dalam RM100 lebih gitu je.. Tapi takde rezeki nak jumpa jam murah so balik !

Kalau nak jimat masa, tengok peta ni dan cari brand yang korang nak. Agak besar TPO kat sini
 Sama ja kan macam kat JPO, MPO ?
 Cafe kat TPO ni..
 Tour guide belanja kami aiskrim hehehe.

6) Nabi San Restuarant
Bertempat di 6-11-37 Hakozaki, Higashi Ward, Fukuoka City, Fukuoka. Restoran ni menyediakan makanan halal sepenuhnya. Harga menu sekitar 900 yen sehingga 1,600 yen. Hubungi +81-90-4484-4020 untuk sebarang tempahan dan pertanyaan lanjut.

Last dinner kat jepun. hehhe sedihnya rasa.. Kali ni kami makan makanan arab. Wohaa dah lama tak makan masakan arab. Selalunya nasi kat jepun, sikit je kan? kali ni ambik kauuu ! Penuh nasi . Haa kan tak habis.

7) Check in di Washington Hotel
Macam-macam hotel kami menginap. Yang kat sini pun best juga tapi bilik dia sempat sikit. Hehe tapi apapun sangat selesa.

What???Dah sampai ke akhit trip..?? Ohmaigadd! Tak puas lagi jalan-jalan kat Jepun ni terutamanya kawasan Kyushu. Ohmaigaddd. Nak datang lagi please.. Heheheheh. Berakhir suda perjalanan kami di Kyushu Japan. Esok nya takde pape nak update sebab esok pagi p airport je untuk balik KL. Fuh sedihnya rasa :(

Terima kasih untuk blogger-blogger sepanjang trip ini, Nisa Kay, Shea Rasol, Lan Careno dan Sohoque. Macam-macam kita lalui bersama-sama sepanjang trip ini. Bergembira, berduka (adeke?) berpanas, berhujan, berlapar, berkenyang pun bersama. Gelak ketawa semua memang akan dikenangan sebagai trip blogger paling best sepanjang hayat ini *chewahhh* .

Terima kasih yang tak terhingga kepada Japan National Tourism Organization (JNTO) sponser utama trip muslim kami di Kyushu Japan. Kalau takde trip ni, sampai bila-bila pun uzu tak tau wujudnya Kyusju di Japan. hehehe. Thanks JNTO :)


Special Thanks to :
Tourism Japan For Muslim Trip at Kyushu Japan

4 comments:

ejulz said...

Untung la dpt g japan.. hehe

Mrs. A said...

Taman tu cantik dan bersih aje nampak takde satu sampah pun

Yanty Lee said...

Speechless..

Cr. Siti Hazreen Shahrom said...

cantiknya, bila lah giliran saya pulak nak jejakkan kaki kat sana huhu

Copyright © ✿Emas✿Putih✿Blog✿ Designed by azhafizah.com