Sunday, October 30, 2016

Review : Idaman Villa Homestay Melaka

Review : Idaman Villa Homestay Melaka | Salam.. Bagi sesiapa yang ingin bercuti ke Melaka dan tengah mencari rumah yang besar macam ni? Yeahhh uzu cadangkan korang menginap di Idaman Villa Homestay Melaka  sebab villa sesuai untuk keluarga yang besar sama ada tujuan untuk bercuti, ataupun penginapan untuk keluarga pengantin yang datang dari jauh, ataupun family day kat ofis ke, atau pun gathering atau macam-macam tujuan boleh asalkan skalanya adalah besar, Idaman Villa Homestay Melaka adalah sangat sesuai untuk percutian anda..

Bulan lalu uzu ke Melaka, alkisahnya uzu g kenduri kahwin belah pihak lelaki kat Melaka.. Family dari Sabah datang semata-mata untuk ke majlis tersebut.. Tahu tak berapa ramai orang datang? nak nak 20orang.. Kami duduk dalam satu homestay sebab nak jimat.. Tapi tau tak homestay tu kami berebut bilik? Tapi tak muat.... Terpaksa yang bujang tido kat luar.. Sedih tak? Tu sebab lah penginapan yang sesuai adalah penting untuk keseleasaan kita..

So ceritanya kat sini ialah, Idaman Villa Homestay Melaka adalah villa yang sangat besarrr gilerrr weii baq hang.. Serious ni.. Uzu menginap kat Idaman Villa Homestay Melaka bersama kakak-kakak serta sepupu2 yang kebetulan datang ke KL dan memang rezeki diorang lah kan dapat menginap kat villa yang besar ni.. Masing-masing excited !!

Apa yang istimewanya tentang Idaman Villa Homestay Melaka ni??

Villa yang terletak di bandar Melaka. Rumah yang berkonsep moden mempunyai 3 tingkat keseluruhannya.. Setiap tingkat mempunya 3 bilik yang boleh memuatkan lebih dari 8 orang. Dalam rumah ada 7 bilik dan serumah boleh muat dalam 18orang.. Ada 6 bilik air. Kemudahan internet yang sangat laju dan 50+siaran tv. Semua bilik tidur dilengkapi penghawa dingiin dan hot shower. Dapur yang lengkap dengan peralatan memasak seperti dapur gas, peti sejuk, periuk nasi, dan kelengkapan memasak. Tidak lupa juga ada BBQ pit.. So korang boleh BBQ memalam.. Syok kan?

Ruang Legar

Ok jom layan gambar dalam rumah pulak..

Tingkat 1(bawah) - Ruang Tamu, Bilik Tidur, Tandas, Ruang Makan
 Ruang Dapur . Ada bilik dan tandas kat sebalah kiri gambar.. Boleh lah tuk maid tido. Hehe.

Tingkat 2 - 3 bilik tidur, Tandas, Ruang Tamu
 Gambar atas ni ruang tamu tingkat 2 
 Bilik tidur Queen x 2
 Bilik tidur - Single x2
 Bilik tidur Single x 2

Tingkat 3 - Master room, Bilik , Toilet, Ruang Tamu
Uzu menginap kat bilik ni so uzu suka sangat-sangat bilik master room ni.. Hehe nampak tak master room ni ada bersambung ngan katil sebelah? Haa katil sebelah tu gambar kat bawah..

 Ruang Tamu
Sonok kan tak yah turun tingkat bawah kalau nak tengok tv??
 Bilik Queen x 1
 Yang bestnya ada tempat lepak kat tingkap.. Boleh borak-borak sambil tengok bintang waktu malam.
Bila petang duduk lepak tengok sunset dari bilik jer..
Ada bilik yang uzu lupa ambik gambar, nanti uzu edit dan upload semula kat sini..  Gambar bilik ketiga tingkat 3 uzu takde gambar dan bilik tingkat bawah sekali yang konon-konon bilik maid tu..

Kesimpulannya, 

Untuk tingkat 1, ruang tamu yang besar, tv yang besar, internet yang laju, kemudahan memasak lengkap, tandas yang bersih , siap ada bbq bagai kat luar, ruang legar yang sangat bersih dan luas memang uzu puas hati semua benda.. Bayangkan dalam villa ni semua lengkap.. Takde benda yang takde.. Tu yang speechless habis.. Puas hati lah..

Tingkat 2 pulak, uzu suka suasana bilik tingkat 2 sebab semua menghijau je.. Dengan cuaca panas kat luar, dalam runah kenalah kaler yang sejuk sejuk, yang mendamaikan macam bilik-blik di tingkat dua ni.. Uzu suka bilik yang ada katil besi kaler putih tu.. Cantik katil tu.. Beli mana? Hahaha Btw sangat advantage sebab rumah ni kat corner lot so view bilik semua cantik-cantik.. Nasib baik semua bilik ada aircon... Takde lah rasa panas kan??

Tingkat 3 lagii lah uzu suka... master room besar giler.. Meroyan bila masuk bilik tu.. Ada 1 king bed dan 1 queen menjadikan bilik boleh muat 4 orang, kalau ada anak-anak tu boleh ambik extra tilam letak kat bawah.. Lagi meriah ye dak? Sonok duduk master room ni.. Terasa macam orang kaya kejap hahaha... Selama ni tidur kat katil single je mampu wakk.. mana pernah nak tido kat katil King.. Memang tak nak keluar bilik jawabnya.. 

Untuk kemudahkan orang Islam, ada sejadah disetiap bilik, arah kiblat pun ada. yang best ada extention kat semua bilik. Hahahahaha yang extension memang wajib ada tau , of coz ramai yang happy tengok extention ni.. Terbaiklah kepada team Idaman Villa..

Untuk Idaman Villa Homestay Melaka , uzu bagi 10/10 bintang !! Semua perfect cuma ada beberapa perkara yang kurang dan uzu telah usulkan kepada Encik Bari, alahh takde benda negatif yang serius, benda kecik-kecik je.. Hehehe teringin nak datang lagi lah bawak family dari Sabah reramaii datang sini.. Family hari tu kata dia jeles tengok kami stay kat Idaman Villa Homestay Melaka ni. Dia pun nak datang jugak nanti.. Uzu sangat-sangat recommanded korang datang sini yer...Serius uzu cakap.. Ok lah tu je lah Salam  :) 

Untuk Matlumat Lanjut/ Tempahan:

Contact : Encik Bari ( 012-2118246 )


*Thank You Idaman Villa Homestay Melaka*


12 comments:

NinaAz said...

Bestnya klu dapat rumah mcm ni. Hehe

Nina Mirza said...

Bestnya... besarnya... cantik nya...
Nak book gak laaa tuk family gathering nanti.
Thanks Uzu
Muahhhxx

Qiya Saad said...

Nampak selesa je kan...luas tu da tentu...berbaloi kot rm1000/per day...

PCL said...

Kalau selesa macam ni memang berbaloi la bermalam beramai2. Teruja nk tidoq Villa Idaman..

Sue Izza said...

subhanallahhhh lawa giler umah....huhuuu.nasib la nak terberanak dah,kalau tak terjah gak,lepas2 ni la kot,kannn lawa giler katil putih tu...berkenan weh....

Ummi Nani said...

menarik. tapi tulH xder date lagi nak p jalan2 ni

Cikk Mimin said...

Serious best !!! Buat familyday kat sini sangat beebaloi baloi

Rozita Abdul Rahman said...

menarik ni.. dah la mmg tgh mencari..tq uzu..

Nur Husna said...

Seronoknyaaa kalau dapat buat family gathering ramai ramai. Confirm meriah. And homestay ni pun perfect nak tampung ramai orang :)


Anyway, kalau rajin singgah lah baca blog. Thank you in advance and have a good day :)

http://husnawho.blogspot.my/

Que Achmad said...

wah, berbaloi2 klu amik homestay ni jika kuarga besar mcm abe. Tq Uzu, Abe dh savekan detail Homestay ni dlm diari. InsyaAllah, bila ke melaka

yanie yusuf said...

cantik nya... nampk selesa..

Mommy Cici said...

luas dan cantiik. berbaloi lah rm1000 kalau dibahagikan baru berapa ratus je kan.

kalau nak bayo sorang, pengsan. hehehe

Copyright © ✿Emas✿Putih✿Blog✿ Designed by azhafizah.com