Pengalaman Review All New Honda CIVIC by Honda Malaysia

Pengalaman Review All New Honda CIVIC by Honda Malaysia | Salam. Selasa lalu uzu terpilih dalam satu short trip untuk review kereta-kereta honda civic keluaran terbaru. Short trip honda civic adalah di Pulau Carey . Tema trip bersama honda kali ini ialah Sporty.

Day 1 : Le-Gardenz Cafe

Short trip ini selama 2 hari 1 malam dan kami menginap di Amverton Cove Gold Island Resort. Short trip kami bermula di Le-Gardenz Cafe di Seri Kembangan untuk sesi briefing untuk para-para blogger dari pihak Honda Malaysia.
Pihak Honda malaysia telah pun memberi taklimat ringkat mengenai ALL NEW CIVIC baru, ciri-ciri Honda Civic yang terbaru serta taklimat keselaman semasa perjalanan nanti. Kami akan bermula dari satu point ke satu point dan berakhir di Cove Gold Island Resort untuk hari pertama.

HONDA LANCAR CIVIC GENERASI KE-10 – TAWAR “NILAI SEGMEN D” PADA “HARGA SEGMEN C”
• Harga bermula RM113,800, Honda sasar untuk menjual 1,200 unit sebulan
• Pengeluar kenderaan Jepun untuk pasaran massa pertama yang memperkenalkan enjin turbo ke dalam segmen C 
• Sistem keselamatan terbaik dalam kelasnya untuk semua varian (6 Beg Udara, Vehicle Stability Assist) 

Kereta yang uzu dapat ialah Honda Civil kaler White Orchid Pearl . So jom kita tengok gambar dan baca apa yang best sangat pasal Honda Civic yang baru ni..

Enjin 1.5L VTEC Turbocharged baharu yang dibangunkan di bawah “Earth Dreams Technology”Honda menawarkan “Keseronokan Untuk Memandu” (Joy to Drive) dengan prestasi dinamik dan penjimatan bahan api yang cemerlang. Honda Malaysia merupakan pengeluar kenderaan Jepun untuk pasaran massa yang pertama memperkenalkan enjin turbo ke dalam segmen C. Selain dari enjin 1.5L VTEC Turbocharged, Honda juga memperkenalkan enjin 1.8L i-VTEC. Kedua-dua enjin itu dipadankan dengan kotak gear “Continuously Variable Transmission” (CVT) untuk pengalaman pemanduan yang lancar dan menjimatkan bahan api. Kedua-dua varian Civic serba baharu ini diiktiraf sebagai “Kenderaan Cekap Tenaga” (EEV). Honda nyata selari dengan hala tuju kerajaan yang berhasrat untukmenawarkan kenderaan EEV kepada orang ramai. 

Honda Civic yang baru dari Honda Malaysia ni menawarkan “Teknologi Maju Terhubung” (Advance Interface) menerusi Paparan Audio Terkini bersaiz 7” yang pasti menarik perhatian generasi muda. Ia telah direka semula sepenuhnya untuk menjadi Civic yang paling mudah dan terhubung. Antara ciri yang pertama kali ditawarkan pada Civic ialah:

  • Remote Engine Start
  • Walk Away Auto Lock
  • Electric Parking Brake 
  • Auto Brake Hold

Tidak lupa juga beberpa aspek keselematan yang sangat-sangat secure dan uzu percaya dengan adanya aspek keselamatan ni, maka akan mengurangkan lagi impact kecederaan bila berlaku kemalangan dan saebagainya. Antara ciri-ciri keselamatan tersebut ialah :

  1.  6 Beg Udara (Dua Beg Udara Hadapan, Beg Udara jenis “Curtain” dan Beg Udara  pada bahagian sisi) 
  2. Vehicle Stability Assist (VSA) 
  3. Anti-Lock Braking System (ABS)
  4. Electronic Brake Distribution (EBD)
  5. Brake Assist (BA)
  6. Hill Start Assist (HSA)
  7. Emergency Stop Signal (ESS)
  8. ISOFIX 
Civic serba baharu ditawarkan dalam lima warna iaitu Merah (Dark Ruby Red Pearl), Kelabu (Modern Steel Metallic) dan Hitam Mutiara (Crystal Black Pearl,disamping dua warna baharu iaitu Perak (Lunar Silver Metallic) dan Putih Mutiara (White Orchid Pearl). Dua warna baharu pada Civic ini akan digunakan pada model-model lain keluaran Honda Malaysia. 

Waktu malam pula selepas dinner kami test lampu-lampu untuk Honda Civic baru ni dan ternyata sangat beza dengan Honda Civic yang lama.. Uzu suka sangat-sangat lampu Honda Civic pada waktu malam ni. Mengamcam okay :)

Day 2 (Sporty Activities)

Pepagi lagi kami bersiap-siap untuk aktivi yang seterusnya iaitu sporty. Tema kami kali ini kan sporty so kami pun bersukan lah kekdahnya . Ada 3 aktiviti yang ditawarkan iaitu, memanah, paintball dan ATV. Uzu lak ambik paintball je lah.. Lama tak main..
 Group kedua-dua team , merah dan biru.
 Haha lebih 10-15 minit team kami menang ! Round kediua pun team kami menang ! :)
 Team kalah dan team menang :)
 last sekali kami bergambar dengan kerata honda civic !
Kereta Honda Civic ni memang sesuai untuk yang jenis bersukan sebab bonet dia yang sangat besar dan luas. Tengok ? Boleh masuk 3-4 orang dalam bonet.. Kalau kita bersuka pula kan, kita kan berpeluh, atau basah tapi takut kereta jadi basah, so dont worry sebab tempat duduk dia jenis yang kalis air so takde istilah basah.

Ataupun waktu tengok bersukan, badan kita jadi panas kan? yang besnta Honda Civic baru ni sebab sebelum nak masuk kereta, korang boleh ON aircon dalam jarak jauh.. So bila dah masuk kereta kereta automatik sejuk. Tapi walupun enjin korang tengah ON, tapi pintu masih berkunci... So keselamatan masih terjamin. 

Ok nect kiterang check out dari penginapan dalam jam 1. Kami kembali condo ke tempat yang seterusnya ialah restoran di seri kembangan untuk lunch..

Setel lunch kami ke MIECC untuk ke Showcar Honda Malaysia. Antara yang menarik minat uzu ialah UNI CAR iaitu the newest way through the exhibition for hospitak and so on. Best try... Uzu dah try .. Guna bahasa tangan je pandai bergerak sendiri pusing , kekiri dan kekanan..
Yehh setel dah short trip kiterang. Lepas g show car kami ke Le-Gardenz semula dan berakhirlah short trip kami kali ini. Terima kasih kepada pihak-pihak yang terlibat dalam ALL NEW HONDA BLOGGER DRIVE - SPORTY ! Thanks a lot bagi pengalaman yang sangat awesome :)

Harga Honda Civic 2016
RM113,800 untuk 1.8S (Di atas jalan termasuk insurans)
RM127,800 untuk 1.5 Turbocharged (Di atas jalan termasuk insurans)
RM135,800 untuk 1.5 Turbocharged Premium (Di atas jalan termasuk insurans)

Maklumat lanjut mengenai Civic serba baharu, pelanggan boleh mengunjungi mana-mana pengedar Honda; hubungi nombor Tol Percuma Honda di talian 1-800-88-2020 atau layari laman web www.honda.com.myatau www.ridethedream.my untuk meneroka ciri-cirinya yang menarik. 

4 Sila Komen:

MG schmidt said...

honda mmg smart keta dia !

Cik Tie said...

Smart betul keta tu.. kalaulah dapat

Normi Nieza said...

terbaiklah honda..:)

Nadia Johari said...

smart betul kete dia..