November 27, 2016

Travel Seluruh Dunia Dengan Bajet Murah Jerrr Weii Dengan TOURISTGUIDE.COM.MY

Travel Seluruh Dunia Dengan Bajet Murah Jerrr Weii Dengan TOURISTGUIDE.COM.MY | Salam.. Lama rasanya uzu tak p travel. Hihi sejak sejak bertunang ni, memang tak plan nak travel luar negara sebab nak simpan duit nak tunang, kahkahkah rasa macam bosannya jejalan di dalam negara ni.. Tetiba keciknya Malaysia sampai tak tau nak jalan-jalan p memana.

Bila balik kat Sabah kan, mula lah orang kata, wahhh bestnyaa kau tu kan p bercuti je kerja.. Banyaknya duit kauu uzu.. Wah bestnya travel .. Wahh bestnya p negara orang.. Macam macam wahh wahh lah uzu dengar.. tak tau nak senyum ke tak sebab uzu ni baru p beberapa negara je pun.

Actually, banyak lagi blogger travel yang dah p banyak negara tu sebab uzu rasa macam, aik biasa je..uzu rasa macam nak berlagak pun tak boleh sebab kat facebook uzu ni memang banyakkkk blogger yang travel ke negara itu ke negara ini, uzu hanya mampu ber-huhuhuhu je tengok diorang ni.. Terfikir juga macam mana eh diorang ni travel setiap bulan? Hahaha tak kerja ke? Banyak pulak duit diorang kan.. Haa actually memasing ada cara memasing..

Uzu pulak? Uzu nak bagi tips? Hahahah tak layak lagi sebab uzu baru je mula travel-travel ni sejak 3 tahun lalu. Sejak datang KL ni sonok lah jejalan kesitu kesini sebab tiket dari KL memang murah berbanding flight dari Sabah.. Uzu travel pun, tunggu promo Air Asia. kah kah kah.. Tu pun promo bukan selalu ada promo kan. Kena tunggu beberapa bulan baru ada promo.. Tu pun kekadang tak sempat grab dah habis.. Haaa nak buat camna??

So disini uzu penyelesaiannya iaitu.... dengan TOURISTGUIDE.COM.MY .. Beberapa hari lalu uzu telahpun dijemput oleh ke GRAND LAUNCHING sempena Websites TouristGuide,com.my iaitu dengan bertemakan, BUILDING WORLS'S LARGEST TRAVEL NETWORK. Majlis perlancaran website yang baru ni berlansung ni The Westin Hotel, Bukit Bintang KL yang dirasmikan oleh Datuk Seri Mirza Mohammad Taiyab iaitu Director General of Tourism Malaysia.
Datang-datang je terus nampak mascot Tourist Guide yang comel kat depan pintu masuk. Haaa apa lagi ku peluk ku rangkul tangannya untuk mengambil gambar. Hehehe.. Asal comel sangat ni wei?
 
Grand Launching ni diadakan secara besar-besaran untuk memperkenalkan website terbaru yang dihadiri oleh para VVIP, VIP, artis-artis, penyanyi antaranya yang paling famous ialah Akim dan Lee Chong Wei . Semua duk tunggu-tunggu Lee Chong Wei tapi LCW tak dapat menghadirkan diri so Akim pun not bad ape ! Lama tak jumpa Akim.. Dah makin berseri sejak kahwin ni. Heheh.
Majlis dimulakan dengan tarian pembukaan iaitu tarian tradisional dari Nyala Dance Theatre. Persembahan tarian yang sungguh rancak dan berirama menjadi pembuka yang sangat meriah dan bertenaga.
Seterusnya ialah ucapan sepatah dua kata dari Encik Devan Kumar, pengurus syarikat TouristGuide.com.my beserta persembahan video tentang syarikat mereka.
TOURISTGUIDE.COM.MY ialah website yang menyediakan pakej pakej yang sangat-sangat murah, sama ada flight, hotel, mahupun ground pakej..kalau korang nak pakej murah, travel free korang kena daftar menjadi ahli then macam-macam benefit yang korang dapat. TOURISTGUIDE.COM.MY adalah satu cara untuk memudahkan lagi para-para melancong di dalam negara kita atau pun memudahkan dan menjimatkan bajet kita kalau nak travel..

Website Launching ni adalah perasmian global website means seluruh dunia website ni ada pakej-pakej seluruh dunia so korang tunggu apa lagi? Semuanya telah disediakan di dalam website.. Diskaun pula sehingga 90% ! Murah tak? Murahhhh weiii..

Korang nak g mana? Sebut je.. Macam-macam pakej ada kat website ni, so uzu nak ajar macam mana nak jadi member TOURISTGUIDE.COM.MY ni..

Cara-Cara Daftar Jadi Member TOURISTGUIDE.COM.MY

1. Pi website http://touristguide.com.my/


2. Tekan LOGIN. Yang belum daftar boleh REGISTER HERE.
Nak register tu kena cari passport korang. Sebab dia ada minta no passport. Uzu malas isi bab passport tu tapi tak boleh nak skip , tak boleh nak sumbit kalau tak isi semua yang dia minta. So untuk memudahkan kerja, ready your no passport. Ok uzu dah setel register ! Hihi.

Good news you alls ! Ada beberapa pakej yang tengah diskaun sekarang , antaranya p Hongkong, Kerala Tour, Taj Mahal, Mauritius, dan Maldives ! Harga ? Perghhh diskaun sehingga 50% !! Ha boleh tengok gambar-gambar kat bawah ni..
Kalau uzu, rasa macam nak honeymoon kat madives , tak pun kat Mauritius atau pun Taj Mahal. Antara tempat-tempat hot kalau nak honeymoon. Siapa yang bakal kawin tu kan,plan lah korang punya honeymoon pakej.. Mesti wow meletopp ! Hiihi.. 

Ok lah... So yang nak jadi member tu, boleh jadi member. Macam-macam kelebihan bila jadi member, boleh dapat TRAVEL FREE haa ! Tapi ada syarat-syarat tertentu lah kan yang kena follow.. Apa pun jom ramai-ramai jadi ahli ! 


Share:

7 Sila Komen:

aswaleyla said...

best travel . tapi ekonomi makin gawat mnyebabkan poket makin nipis

Irda Garmin said...

hi uzu...thanks for sharing

husna zahidi said...

travel blogger atau yg teringin nak travel mmg tak patut lepaskan peluang menarik mcm ni..:)

Syuhada Salleh said...

mcm menarik je ni..

sheAYANG said...

Memang best dapat travel merata. Thanks uzu utk sharing ni.

Nadia Johari said...

haishh tertarikdengan promosi maldive dua orang rm 4 ribu je weii..

padin no said...

Wah bestnya jenjalan...
tapi plan dalam Malaysia jelah dulu.. tak abes round lagi :D