Itinerary & Bajet Percutian Murah 3Hari 2 Malam Di Medan Indonesia

Itinerary & Bajet Percutian Murah 3Hari 2 Malam Di Medan Indonesia | Salam. Maaf sebab uzu lambat update entry pasal Medan ni. Tak sangka banyak yang berminat nak g Medan selepas tengok gambar-gambar uzu. Hehehe thank you korang. So uzu share itinerary dan bajet ye.

Untuk ke Medan Indonesia ni, uzu takde lah excited sangat sebab tengok review kat blog pun macam hambar je rasa. Hehe. Uzu pergi pun sekadar nak bercuti ke luar negara pada hujung tahun. Memandangkan tiket semua memahal, tiket g Medan je antara yang takde lah mahal sangat tapi takde lah murah sangat sebab kami beli pun last minit. Dalam 2-3minggu sebelum.. Harga tiket flight RM430 return. Kalau korang beli awal, boleh dapat RM200 ke bawah.
FLight kami 16hb jam11.30 malam waktu malaysia, sampai ke Medan Indonesia jam 11.30 waktu Indonesia. Flight sejam je. Kat Medan lambat sejam dari malaysia. Sebab nak jimat kami tido di surau tapi takde lah lena sangat sebab dengar ornag berdengkur. Nahareeeee  ! Haha.

Hari pertama 17 Disember 2016

Kami dijemput oleh pak supir jam 8 pagi .Dari airport ke ofis dalam 10minit. Kami kesana untuk buat pembayaran pakej RM300 tuk 3hari 2malam. Pakej boleh bayar guna RM .Beli simkad internet (RM38 - duit sendiri) , Beli plug indonesia RM6 . dan perjalanan bermula dari ofis ke Lake Toba selama 4 jam. Sedia bawak minyak angin sebab jalan kat Medan memang memeningkan.

1. Lake Toba

Lake Toba ni tasik toba yang besar di Medan. Nak g lake toba ni 4 jam dari airport. View kat sini memang cantik giler giler. Sampai ke lake toba kami terus naik feri ke pulau samosir. Pulau yang dikelilingin tasik.
Naik feri ke pulau samosir
Dari jeti nak ke pulau samosir dalam 45 minit.

 Sampai pulau samosir. Kat sini ada tempat nak shopping. Murah juga baju-baju sini tapi mls beli.
 Melawat rumah raja-raja batak. 
 Ada macam-macam jenis rumah kat sini.  apa yang best kat sini ialah ukiran batu makam raja batak, cerita patung si gale-gale dan persembahan tarian batak.
Ukiran batu makam raja batak. Sini kubur raja batak. kena pakai kain ni kalau nak masuk makam. 
Tips di Pulau Samosir
Tak banyak benda pun kat pulau samosir ni. Sekejap je kami kat sini. tak sampai sejam terus balik. Haaa tapiiiiiiiiiiiiii kalau korang p pulau samosir ni sila beli ikan masin lake toba ! Haa yang ni sangat penting. Hahaa bukan penting pun tapi ikan masin ni memang sedap. Kiterang beli sikit je lepas tu dinner tu kami minta restoran tolong gorengkan, memang sedap then nak cari lagi tapi tak jumpa. Cuma ada kat pulau samosir je..Menyesal uzu sampai hari ni. Hehehe.

Tempat Menarik Hari Pertama
- melawat rumah raja raja batak.
- ukiran batu makam raja batak.
- cerita patung si gale gale.
- persembahan tarian batak.


Makan Tengahari di Lake Toba

Penginapan Hari Pertama Di Lake Toba (Danau Toba International Cottage)
 Ni bilik kami malam hari pertama. lain-lain hotel tuk malam esok.


Hari Kedua 18 Disember 2016

Pagi ni kmai breakfast di cafe hotel kami . Pilihan makanan tak banyak sangat tapi view cafe tu memang cantik.  Lepas breakfast kami terus checkout.. Perjalanan kami bermula untuk ke Simarjarunjung puncak tertinggi kawasan lake toba, air terjun spiso piso. Perjalanan mengambil masa 2 jam..

Otw kami nak ke Simarjarunjung , kami berhenti-henti untuk singgah menyinggah. Ada nak ambaik gambar tepi jalan sebab view lake toba dari atas memang cantik. Suruh je supir berhneti tepi jalan.

view tasik lake toba dari atas
 aktiviti memetik buah limau/oren
 air terjun sipiso-piso
Aktiviti menunggang kuda. RM17 tuk 15imint jejalan bandar. Ni tidak termasuk dalam pakej




memula geng mak mak ni tak nak naik kuda hehehe..  akhirnya semua naik kuda
melawat pasar buah segar
Lepak kawasan puncak tuk tengok view gunung dan makan jagung bakar. Tapi tak dan makan jagung sebab hujan turun.. 

puteri gunung beru patimar (berastagi)
Makan Tengahari Hari Kedua 
 Penginapan Hari Kedua
 lobby
 free wifi hanya di lobby. Di bilik takde wifi
 bilik tido. takde aircorn tapi sejuk nak mampuihhh weii.
swimming pool betul2 depan bilik. Tapi sejuk pool ni haha.

Makan Malam Hari Kedua
Malam tu kami makan ayam penyet dan ikan bakar sebab tengah hujan . Gamba takde lak,

Tips Hari Kedua
- Bawak minyak angin sebab perjalanan jauh
- bawak jaket sebab kawasan berastagi sangat sejuk .. wuu

Hari Ketiga 19 Disember 2016
Hari terakhir kami jejalan. Sesudah breakfast di hotel. Kami bergerak dari hotel ke Medan. Memandangkan flight kami malam, so kami ada masa jejalan sekitar Medan. 

Tempat Menarik Hari Ketiga
- melawat istana maimoon peninggalan raja melayu
 - shopping

Melawat istana maimoon
 shopping telekung
 Telekung sini takde lah murah sebab tapi dalam RM50 ke atas cam tu hehe.
Lama juga kami lepak kat kedai telekung ni. Masing-masing borong nak bawak balik KL.

Makan Tengahari Hari Ketiga (Bayar Sendiri)
Pakej yang kami ambik ni tak termasuk lunch sebab sampai breakfast je tadi.So ni bayar sendiri. Dalam RM30 sorang. Makanan kat sini sedappp !

Setel makan, kami terus ke airport. Perjalanan Medan ke airport dalam dua jam.

ok dah setel pakej.

Hehehe.

Ringkasan Pakej 3 Hari 2 MalamRM300

3day 2night RM300/pax
4day 3night RM400/pax
5day 4night RM500/pax
(min 4pax)

Termasuk
*hotel 3 n 4 star
*van/car
*ferry for visiting tomok island
*breakfast,lunch,dinner
*entrance fee (for all visiting place)
Medan Package
-lake toba-brastagi-medan.
Kanak kanak umur 0-2 thn free.
Umur 3-9thn bayar separuh.

Aktiviti :

1. LAKE TOBA
*pergi pulau samosir,view tasik.
*melawat rumah raja raja batak.
*ukiran batu makam raja batak.
*cerita patung si gale gale.
*persembahan tarian batak.
*simarjarunjung puncak tertinggi kawasan lake toba(tempat ni sangat sejuk) air terjun spiso piso.
*kebun strawbery dan limau,boleh petik sendiri.
*melawat gunung berapi sinabung.
*pergi pasar buah segar.
*boleh tunggang kuda (kawsan ni sangat sejuk).
*pergi kawsan puncak sambil makan jagung bakar.

2. BRASTAGI
*free hotspring(masuk kwsn hotspring dan mandi)

3. MEDAN
*melawat istana maimoon peninggalan raja melayu
*melawat masjid raja.
*shopping

Total Bajet: RM930
Flight KL - Kualamanu = RM430 return
Pakej 3 Hari 2 Malam = RM300
Extra tuk shopping dan jajan = RM200

Thank you semua kerana sudi baca. Assalamualaikum :)

5 Sila Komen:

Amanda Suria said...

Salam Uzu..eh..murah pulak kos travel ke Medan ni....

Jun Zie said...

=D

Amira Mohd Nor said...

salam..tq for sharing. boleh pegi lepas ni.

anyway..jemput singgah blog saya tintamoden.blogspot.com

Hasliynda Umairah said...

bestnya

Syuhada Salleh said...

bestnyee!