Jejak Selangor "Nafas Nadi Bumi Kami" Part #1

Jejak Selangor Nafas Nadi Bumi Kami Part 1 | Salam.. Alhamdulillah kali ini uzu berkesempatan dan berbangga dalam join trip Gaya Travel lagi.. Dah lama rasanya tak attend event under Gaya Travel.. Rasa excited pulak. Hehe. 

Ok trip kali ini ialah Jejak Selangor "Nafas Nadi Bumi Kami" yang mana kami akan cover kebudayaan dan tarian yang ada di Negeri Selangor. Trip ini adalah anjuran Gaya Travel Magazine dan mendapat sokongan penuh dari PUSTAKA. 

Jejak Selangor "Nafas Nadi Bumi Kami" adalah untuk memperkenalkan budaya Selangor kepada orang ramai, untuk meraikan dan menyebarkan warisan muzik dan trandisional tarian Selangor, menggalakkan Selangor sebagai destinasi pelancongan pilihan serta bagi mengukuhkan hubungan kerjasama antara Selngor Exco Pembangunan Belia Generation, Sukan, Kebudayaan dan Pembangunan Keusahawanan: UPEN dengan pihak berkepentingan yang mengambil bahagian, pengamal media antarabangsa, agensi-agensi pelancongan dan juga industri pelancongan pemain

Ini adalah diantara tempat-tempat menarik di Selangor yang telah pun kami lawat.

Muzium Alam Shah
Muzium yang berukuran 135,000 kaki persegi ini merupakan pusat khazanah warisan negeri Selangor dan mempunyai hampir 4,000 buah artifak yang ditempatkan di lima balai pameran iaitu balai sejarah, balai kebudayaan, balai warisan alam semulajadi, balai sukan dan balai Islam. Selain itu bangunan muzium ini juga turut dilengkapi dengan kemudahan lain seperti bilik repositori, makmal konservasi, auditorium, dewan dan balai pameran sementara.

Betul lah kata orang, walaupun dah duduk berpuluh tahun di Selangor, memang malu sangat-sangat kalau tak pernah pergi lagi ke Muzium Alam Shah. Uzu beruntung sebab dapat ke Muzium Alam Shah dapat melawat dan mempelajari sejarah-sejarah tentang Selangor. 

Homestay Banghuris

Aktiviti kedua kami ialah ke Homestay Banghuris iaitu untuk sesi acara pembukaan Rentak Selangor oleh YB Amiruddin Shari : Exco of Youth Generation Development, Sport, Cultural, and Entrepreneur Development dan sesi soal jawab media berlangsung d Homestay Banghuris.

Cempuling

Cempuling ni ialah dari budaya Jawa . Salah sebuah tarian yang ada di Selangor. Ianya muzik tradisional yang diwarisi dari zaman berzaman ,cempuling ini telah membuktikan bahawa warisan masih dikekalkan di Selangor. Cempuling Moden Cendana Klasik adalah nama kumpulan pemain instrument tradisonal mahupun yang moden.

Cempuling adalah muzik tradisi masyarakat Jawa yang wujud sejak 1928 di Tanah Melayu dan kini semakin pupus.

Cempuling dimainkan dalam satu kumpulan minimum seramai enam ahli diketuai seorang penyanyi dan mereka bermain instrumen seperti gendang dan rebana dikenali gendang panjang, gendang eteng-eteng, rebana gong, rebana kempreng dan rebana kempul.

Qliq Hotel Damansara
Untuk penginapan kami 4 hari 3 malam, kami menginap di Qliq HOtel yang bertempat di Damansara. Alhamdulillah penginapan kami setakat ni memang puas hati.. Roomate uzu untuk trip ni ialah Nisa Kay.
Ok untuk part #1 , dah setel. Nanti uzu update part #2 pulak.. Banyak yang menarik uzu nak kongskikan mengenai tarian dan budaya di Selangor ni.. Nantikan ye. As-Salam..

Jejak Selangor "Nafas Nadi Bumi Kami" di anjurkan oleh Gaya Travel Magazine dan disokong sepenuhnya oleh PUSAKA sempena mempromosikan Negeri Selangor.

2 Sila Komen:

Fatin Days said...

Besar jugak bilik Qliq hotel ni. Selalu lalu kat situ..

http://www.fatindays.com

Jun Zie said...

best nya ..