Jejak Selangor "Nafas Nadi Bumi Kami" Part #2


Jejak Selangor "Nafas Nadi Bumi Kami" Part #2 | Salam. Well part #2 ni memang sangat menarik ceritanya. Pagi-pagi lagi kami ke Dewan Kg Budaya , Taman Botani Bukit Cerakah di Shah Alam. Sememangnya uzu tak pernah tahu kewujudan taman botani di Shah Alam.. rasa bersyukur menyertai trip ini kerana masih banyak tempat di Selangor yang belum diterokai.

Tarian bugis adalah tarian berasalah daripada Jawa Selangor. Tarian-tarian bugis ini terdiri daripada Tarian pooja, tarian zapin cemara, tarian pattennung, tarian maduppa bosara. Tarian ni adalah kali pertama uzu tengok selama hayat ini. Hahaha. jakun tak?
Seterusnya ialah tarian memanggil spirit ! nama tarian di URUMEE MELEUM di Batu Caves . Uzu tak pernah lagi ke batu caves dah tarian ini daripada masyarakat India. Haa ni mmg satu pengalaman yg best sebab selama ni tarian india tengok kat tv2 je. Tu pun skeadar lalu je, kali ni berjam-jem layan tarian calling for spirits ni !
Hari seterusnya adalah yang sangat uzu tunggu sebab kami akan ke kampung orang asli di Meh Meri : Unmasked di pulau carey.. Dapat tengok tarian, budaya orang asli adalah satu pengalaman paling berharga bagi uzu... Ni bukan orang asli buatan tau, ni betul-betul orang asli. 

 orang asli tengah sembahyang ke nenek moyang
 ketua kampung orang asli
 unmasked orang asli
 Penari orang asli
 yang ni best tengok. Kelakar je unmasked ni.
 Wuuu jangan terkejut orang asli ni pakai mekap cantik
 kak mazanah pakai mekao brand maybeline ok.
 rumah orang asli. nak tido sini?
 tempat orang kuat. Tempat sembahayang dan perayaan
 keras tempat ni..
 serigala. anak kepada orang itu.
 seram
 berani tak datang sini?
 cara orang asli berniaga
 kreatif tak?
 orang asli ajar menganyam
Seharian kami menghabiskan masa di Mah Meri. Di sini memang tak semua islam. Adalah dapat 5% islam.. yang lain takde agama. Diorang hanya menyembah nenk moyang. Best dapat tengok tarian, budaya, cara hidup, sejarah orang asli, cara perkahwinan, perniagaan dan macam-macam lagi yang uzu belajar dari orang asli ni.. 

Thank you kak maznah..
Malam terakhir kami di hotel ada hi tea session. Semua kena pakai tema putih atau batik. Memang segak bergaya semua orang di dalam hi tea tu. Ada VIP yang datang, ada iringan muzik keroncong, makan-,makan dan nyanyian. Memang seronokk lah rasa hi tea kiterang tu sampai kenyang.. Balik-balik hotel je terus tido. Hehehehehe.

Last but not least, thank you Gaya Travel magazine sebab sudi jemput para media dan blogger dari pelbagai negara, indonesia, malaysia, brunei dan singapore. Terima kasih juga buat PUSAKA dan Tourism Selangor :)

0 Sila Komen: