December 16, 2016

, , , , , ,

My Engagement Day Make Up Artis : YATIE MAKEOVER

My Engagement Day Make Up Artis : YATIE MAKEOVER | Salam semua. Waah baru rasa nak update entry pasal tunang.. Dah sebulan baru nak update. Uzu nak update cepat-cepat tapi gambar photographer tak siap lagi.. Ni pun dapat sikit sikit gambar je. Ok actually nak berterima kasih kepada sponser make up majlis tunnag uzu  19/11/16 lalu .. Wuuu ramai yang cakap mekap uzu cantik... Haaaa nak tau tak sapa MUA tu? Yeahhhh this one MUA YATI MAKEOVER.

Kak Yati ni dah lama uzu tengok nama dia kena tag. Asal je tengok member kahwin, MUA dia mesti kak yatie makeover ni. Asal je ada someone kahwin area sabah, bila tengok mua mesti Yati Makeover.. Memang famous kak yatie ni.. Teringin juga tengok hasil kerja mekap dia.. Memang uzu jatuh cinta. Hahaha.. Ini serius.

Masa buat servay tu kan, ada lah uzu update status kat fb sapa-sapa kenal mana-mana MUA area Kota Kinabalu, yang MUA yang lukis kening customer lawa, dan most of them sebut nama kak Yatie Makeover. Ramai juga lah yang sebut. Ada yang pernah join kelas mekap kak yati, ada yang pernah jadi customer kak yati, ada yang selalu tengok live facebook kak yati dan ada yang friend di facebook dengan kak yati.. Pergh macam-macam cerita. Uzu pun muka stalk facebook dan instagram kak yati. Start situ uzu adore dengan hasil mekap-mekap kak yatie. Yang tak lawa jadi lawa nak mampuihh. Ha macam uzu lah...Uzu ni memang jenis tak lawa.. Bila kak yatie mekap. PErghhhhhhhhh ramai puji. Hihi. Jom tengok mekap dari kak yatie.

Yang ni gambar guna iphone6s plus
Yang ni camera photographer
Amacam cantik tak? Heahehe so far uzu puas hati dengan mekap ni. Bukan uzu je yang puas hati, family, kawan-kawan yang datang sendiri ke majlis pertunangan uzu dan juga komen positif dari member di instagram mahupun facebook :) Jom baca komen mereka :)

Feedback Positive Hasil Mekap Yatie Makeover
  
  
  
 
Sesiapa yang nak caru MUA KOTA KINABALU SABAH, atau MUA SABAH, boleh lah contact kak yati. Kak yatie bukan boleh mekap tunang je, macam-macam jenis mekap boleh. Kelas mekap pun kak yatie ada buat.. Segala info, gambar hasil mekap, live mekap boleh lah terjah facebook atau Ig kak yatie makeover ye :) Btw terima kasih kak yatie kerana menaja mekap ni. Uzu bagi 5/5 bintang :) Ok bye Salam :)

Faceboook & Instagram Yatie Makeover
 
Whatsapp : 0164469172
MUA SABAH : YATIE MAKEOVER

Share:

6 Sila Komen:

Maria Firdz said...

Tahniah uzu atas pertunangan...

blasahje said...

tahniah

Jun Zie said...

=D

PeRdU cINta said...

Alhamdulillah dah jadi tunangan orang ya..tahniah Uzu..

♥♥ Cik Nur ♥♥ said...

tahniah uzu... cantik...

NORHAYATI SULAIMAN said...

Thanks dik uzu....😘😘😍😍❤️