Pelamin, Dulang Hantaran & Gubahan Majlis Pertunangan Uzu

Dulang Hantaran & GubahanMajlis Pertunangan Uzu : KITA REKA | Salam. tadi buat entry pasal mekap. Ni buat entry pasal pelamin dan dulang-dulang uzu. Yang ni bukan sponser tapi self sponser. Sponser ada tapi tak available last minit sebab kami tukar tarikh tunang. So sponser dulang dan pelamin takde, jadi self sponser. Bayar sendiri. Hihi. Takpe lah bukan rezeki :) Next time ok ?

Btw untuk dulang uzu ni, haaa kerlass. Terima kasih sebab ramai yang puji dulang ni. Op kos uzu cari dulang cecantik.. Walaupun ada yang kata sewa dulang ni mahal sikit, tapi uzu tak kisah sangat sebab janji nampak cantik. Uzu sewa RM25 1 dulang. Dia siap bagi dulang, dia hias sekali, dia bagi stand dan dia hantar sampai rumah. Uzu sewa 12 dulang tuk pihak perempuan dan pihak lelaki sekali. Ye lahh tak kan lah pihak lelaki nak pegang dulang dalam flight. Ye dak? So better sewa sekali lah.

Barang-barang hantaran, ada yang beli sendiri, ada yang sponser . Terima kasih pada yang sponser. hehehe. Semoga dimurahkan rezeki kalian :)

Hantaran Untuk Pihak Perempuan( 5 Dulang)
1. Cincin Merisik + Cincin Bertunang
2. Kain Pasang
3. Buah
4. Coklat
5. Mary Kat Skincare Set

Hantaran Untuk Pihak Lelaki ( 7 Dulang )
1. Cincin Bertunang
2. Sejadah + Kain Songket
3. Buah
4. Coklat
5. Skincare
6. Jam Tangan
7. Kek

Dulang Hantaram & Gubahan : KITA REKA
Harga Sewa Dulang : RM25 x 1
Yang ni gambar overall dulang-dulang hantaran tu. Ada stand . CAntik stand dia. Photographer takde ambik gambar dulang sekali ngan stand. Tak terfikir agaknya . hihi.


Untuk pelamin pulak. Susah nak cari yang uzu berkenan di hati. Ada yang berkenan tapi mahal. Ada yang tak berkenan tapi murah. at last uzu pilih atas recommanded dari BFF uzu. Uzu pun malas nak fikir. Semua uzu berserah dari tukang hias pelamin tu. Apa yang uzu.. apa dia terhasil. Maka dapatlah pelamin macam ni.. hehehe.
Cantik tak? Haa gila tak cantik? Terkejut uzu bila hasil mini pelamin macam ni. Nak tau tak harga dia mini pelamin tunang ni berapa? RM350 je. Area Sabah terutama kota Kinabalu. Sangat cantik mini pelamin ni.. Ohmaigaddd.. Apa yang uzu belajar pasal pelamin ni, lampu pelamin sangat main peranan. Kalau salah pilih colour, memang hitam muka. Korang kena tanya photographer kaler mana sesuai. Uzu lak pilih lampu purple. Its natural. Jangan ambik lampu pink nanti muka jadi hitam bak kata photographer. Hehe.
Mini Pelamin Kota Kinabalu : https://www.instagram.com/zuzuerabitt/
Harga : RM350

Alhamdulillah bajet tunang tu nanti uzu update. Memang akan update untuk rujukan sesiapa yang bakal bertunang. Uzu akan sekali update sekitar majlis pertunangan uzu. Bukan nak menunjuk tapi blog ni lah tempat menyimpan pelbagai kenangan. Hihi. ok lah assalamualaikum :)

2 Sila Komen:

PeRdU cINta said...

Cantik..semua cantik...kombinasi warna2 tu..kak PC suka la Uzu..

Arabgroup Ofcompanies said...


Do you need a Loan?
Are you looking for Finance?
Are you looking for a Loan to enlarge your business?
I think you have come to the right place.
We offer Loans at low interest rate.
Interested people should please contact us on
For immediate response to your application, Kindly
reply to this emails below only:
muslimgroupofcompany@gmail.com
call or add us on what's app +1 647-489-4414
for further inquiry contact us