Tetiba Tersekat Di Imigresen Sebab Tak Bayar PTPTN..Tak Boleh Ke Luar negara !

Tetiba Tersekat Di Imigresen Sebab Tak Bayar PTPTN..Tak Boleh Ke Luar negara ! | Salam. Ini memang betul-betul berlaku.. Minggu lalu uzu nak ke Medan Indonesia.. Macam biasa lah kompeiden je lah check in.. Selalunya kalau uzu ke luar negara, kan ada kaunter imigresen yang scan passport tu? Tetiba bila uzu scan.. Aikkkkkkk tak dapat lak.. Oh mungkin rosak.. Uzu try lagi sekali scan kaunter lain.. Wuu pun tak boleh.. Katanya sila ke kaunter imigresen tuk bantuan..

Uzu pon p lah kaunter iimgrsen tu. Bagitau yang tak boleh scan.. Pastu terus dia tanya.. Ada pinjam PTPTN tak? Haaa ni kes mesti tersangkut sebab PTPTN .. Uzu pun jawab.. "ada" Wu berdebar rasa hati ini... pastu dia cek itu cek ini.... hmmmm 

" cik.. ikutkan dalam sistem, cik memang tak boleh keluar."

" tapi saya baru habis belajar 2 bulan lalu.."

" nama cik dah 10 hari dalam sistem"

"alaaaaaaaaaaaa....macam mana ni :( ?? "

"Macam ni lah cik... cik kalau nak lepas, kenal call orang-orang dalam senarai ni. Mereka boleh bagi pelepasan semenatara.."

kalau tersekat di imigresen pasal PTPTN, sila call atau whatspp je senang no ni
Dalam hati uzu, weii dah jam 11.30 malam kot.. Diorang angkat ke? Pastuuu uzu 30minit lagi nak fly. Sempat ke? Hmm so dngan kelam kabut lah uzu call semua nama yang tertera. Memang semua tak angkat... Lama juga lah uzu duk call call tak jawab... Pastu abg kaunter tu kata, baik whatsapp je..

Hisss boleh ke whatsapp? Dia layan ke kalau whatsapp ? urusan rasmi pulak tu.. Then uzu try whatsapp.. Ehh online pulak dia.. Call tak nak angkat. Huhuhu..

Wuuu dah habis whatspp uzu tunjuk conversation ni dengan abg kaunter. Pastu uzu dapat perlepasan sementara. Yeahh alhamdulillah.. Boleh g Medan. Hmmm pengajarannya? Walaupun baru habis belajar, kena rajin check nama blacklist ke tak. Lepas ni uzu kena cari cara nak setel benda ni.. Sebab uzu ada trip bulan feb ni.. Huh.. Risau..  Ok lah tu je salam :)

9 Sila Komen:

Husein Rider said...

ok. noted. kita pun ada mintak ptptn. lepas ni kena berjaga-jaga la sket.

Fhatin Amelia said...

huuu risaunyaaa ,
mellyacrayola.blogspot.my

YB Shehan said...

Sblm travel mmg kna check blacklist online tu. Huhu. Xpe.. g buat ujrh trus.. utk byrn..

Sunah Sakura said...

akak pun baru2 ni dapat email dari ptptn, then check kat website memang nama da tersenarai dalam yang AKAN di blacklist...hurmm..padahal belum habis belajar lagi ni... dah la bulan 3 taun depan nak keluar negara...

Bro Framestone said...

Cepat gila kena blacklist hahahahah

Bagus PTPTN sekarang nie. Masalah betul, orang yang lama pinjam PTPTN, tapi liat nak bayar sampai sekarang. Menyusahkan adik-adik yang baru 2 bulan habis belajar.

Amanda Suria said...

Nama dalam sistem dh 3 hari...mak oiii cepat giler

Fieza Sani said...

amboi..baru habis belajar 2 bulan..pantas betul update nama untuk blacklist..uiii..tak agak2 ptptn ni...

Sheila Adziz said...

bulan pertama habis belajar dh kena bayr ke?

Mama Kembar 3 said...

Nasib baik boleh whatsapp diorang je mintak pelepasan