December 22, 2016

The New Digi Postpaid™ Plan - RM110 Je Untuk 25GB ! Boleh Tengok Korea Drama Sampai Fengsan ! Hihi

The New Digi Postpaid™ Plan - RM110 Je Untuk 25GB ! Boleh Tengok Korea Drama Sampai Fengsan ! | Salam ..  yang ni adalah berita baik untuk uzu.. ! Sebab uzu memang tercari-cari plan yang banyak kuota tuk tengok drama.. uzu ni kan memang sangat minat dengan drama korea. Sehari mesti habis dua tiga empat drama uzu layan dari pagi sampai bangun tido sampailah tengah malam. Perghhh lagi-lagi sekarang ni ada Lee Min Ho berlakon. Perghhhh ko rase? huhu..

Ok actually uzu ni memang penguna digi dari dulu lagi.. Biasalah kalau orang Sabah , monstly kat sabah semua pkai digi so walaupun uzu duduk di semenangjung sekarang, uzu memang pengguna digi. Kira pengguna setia digi lah ni. Hehee.. Uzu kat sini, rumah sewa uzu takde internet lagi.. tu yang uzu memang nak cari postpaid plan yang ada kuota GB banyak tapi harga murah.. Tu sebab uzu berkenan dengan new postpaid plan yang mana plan baru ni 25GB weiiii tapi harga RM110 je sebulan. Murah tak? Meh uzu explain plan terbaru postpaid digi tu..
The New Digi Postpaid™ Plan

Plan ni yang paling bestnya boleh transfer GB yang tak sempat digunakan untuk bulan ni, boleh transfer ke bulan depan.. Means bulan ni uzu ada 25GB kuota kan, tapi bulan ni uzu pakai 15GB je, so baki 10 GB kuota boleh transfer ke bulan hadapan. Haaaa amacam best tak? Hihi  kekadang ada plan tu, lebihan kuota kena mansuhkan... Yang tu tak best tu.. Tak fair lah rasa..so plan baru ni memang serius besttt weii hihihihihi..

Kelebihan The New Digi Postpaid™ Plan

  • Total Internet Quota: 25GB All Day
  • UNLIMITED 4G Weekend
  • Unlimited Calls: To all networks
  • Internet Rollover: 3GB
  • FREE roaming in 5 countries(5GB + 60 mins) in Singapore, Myanmar, Indonesia, Brunei.
FREE UNLIMITED 4GB Weekend Internet

Okay plan baru ni, bukan setakat 25GB, bukan setakat boleh transfer kuota tapi setiap hujung minggu, sabtu dan ahad Digi akan bagi FREE UNLIMITED 4GB Weekend internet..Waktu ni lah paling best nak online pun.. Nak tengok drama korea ke, nak tengok tv online ka, nak bawak Uber sepanjang hari ke kan, boleh lah guna plan ni. 

Haaaa pdriver uber ke grab car ke boleh guna plan ni sebab ni unlimited call to semua network. Kan selalunya driver uber and grab car memang ramai sekarang ni, diorang kan kena call customer, so memang sesuai lah juga kepada pelbagai jenis pekerjaan. Hihi..

Kalau untuk blogger pulak, uzu boleh buat update entry blog dengan kerap, alaa nanti buat lah hotspot kat laptop, boleh buat kerja kat handphone dan juga laptop.. Apadehal kan 25GB ni.. dapat 4GB lagi setiap hujung minggu..  Total dah 16GB + 25 GB = 41GB setiap bulan ! Wahhh seronoknya ya ampun... ! hehehe :)

Bukan tu je, uzu ni jenis takde transport, uzu kan blogger yang sangat aktif so nak ke event tu malas pula nak naik LRT, penat dengan high heel bagai, sakit kaki tu yang selalunya uzu akan ambik UBER dari rumah uzu ke event-event.. Hujung minggu ramai orang dan sangat sesak ni uzu memang nak senang memang guna UBER je sebab sangat murah.. Tapi kalau takde internet, macam mana nak guna UBER kan? Semua kena guna internet…


Baru-baru ni uzu ada task kena live 2 jam setiap hujung minggu selama sebulan ! Bayangkan kalau takde plan ni, uzu akan sangat rugi sebab kalau pakai data biasa memang akan habis kuota. Tu sebab uzu guna plan digi postpaid ni.. Memang sangat membantu ! 4GB setiap minggu. Yang bestnya lagi, uzu juga dan kerap streaming video dengan encik tunang yang di tengah on trip selama sebulan di Europe. Selalu face time tu nak berjam-jam haa..Bayangkan betapa jimatnya? Betapa untungnyaaa ada plan ni J

BERITA BAIK UNTUK KAKI TRAVEL !

Yess uzu ni bukan nak kata kaki travel , tapi suka travel.. Kalau boleh setiap 2 bulan tu mesti p luar negara.. Biasa kalau orang Malaysia ni ramai travel di asia tenggara dulu kan? Lagi-lagi tempat yang flight murah tu, contohnya indonesia, myanmar, brunei, singapore memang negara-negara yang flight murah..so memang ramai ke negara-negara tersebut then op kos lah kan memang plan digi postpaid baru ni memang sesuai untuk roaming 5 negara. Macam travelmate uzu yang kerja lawyer tu, walaupun dia tngah bercuti, memang selalu on call kat Malaysia sebab nak buat bincang hal kerja katanya.. So lepas ni uzu boleh suggest dia plan digi postpaid ni memandangkan dia pun kaki travel.
 Gambar kat atas masa uzu travel kat Japan. Gambar kat bawah masa uzu travel kat Korea.
So kepada korang yang dah baca entry ni, kalau ada yang minat dengan plan baru ni, korang boleh tengok website Digi ni http://bit.ly/2g1Iurl tuk matlumat lanjut.


Share:

1 Sila Komen:

anzra rizal said...

sama lah saya pun pakai digi sebulan rm 80 utk 20gb , main internet sampai muntah heehe