Banyak Sebab Kenapa Perlu Melawat Muzium Coklat Kota Damansara. Baca !!

Banyak Sebab Kenapa Perlu Melawat Muzium Coklat Kota Damansara. Baca !!  |  Salam. Sabtu lalu uzu berpeluang ke Muzium Coklat yang terletak di Damansara. Seramai 10 blogger dan 10 media mainstream yang hadir untuk memeriahkan lagi Muzium Coklat pada sabtu lalu.
Actually ni kali pertama uzu tahu ada kewujudan Muzium Coklat ni dan uzu sangattt sangattt teruja dan excited bila dapat tahu ada invitation dari Muzium Coklat Kota Damansara. Seawal pagi lagi kami bertapak di Muzium Coklat demi mematuhi punctualiti kehadiran. Gituu. Kena datang awallah ni..

Pada yang tak tahu pasal Muzium Coklat ni, uzu explain sikit lah mengenai Muzium Coklat ni. Muzium Coklat ni terletaknya pelbagai jenis coklat yang di imported dari luar negara, atau pun dalam malaysia. Uzu pun tertanya-tanya. Apa beza coklat import dan yang buatan malaysia ni? Haa kalau nak tau, coklat imported yang dijual kat airport tu terutamanya, coklat mahal, coklat yang berkualiti, coklat yang sedap sebab bahan-bahannya diimported khas dari luar negara. Tak samsa dengan coklat yang terjual di kedai-kedai 7E bagai. Yang tu buatan malaysia. gituu tu sebab coklat kat airport mahal-mahal ..

Ok 1st aktiviti kami di Muzium Coklat ialah sesi pembelajaran dari mana coklat ini berasal, siapa yang mulakan mencipta coklat, macam mana proses zaman-zaman dulu buat coklat, like dalam tu kami belajar tentang sejarah pembuatan coklat. Dan akhirnya belajar di arus kemodenan. Mesin apa yan digunakan sekarang, macam mana cara buat coklat homemade, apa bahan-bahan untuk ubat coklat, haaaa semua tentang coklat uzu belajar kat sini. Seriusss lah uzu bagitau, memang seronok. Banyak yang uzu tak tahu pasal coklattt dah terbuktiiiii sesi pembelajaran tentang coklat ni berjaya dan menarik minat uzu.
Ni lah biji coco.
Lepas sesi pembelajaran tadi, kami beralih ke dapur dimana tempat pembuatan coklat dilakukan. Bilik ni khas untuk pertujukan pembuatan coklat untuk pelawat-pelawat yang berkunjung ke Muzium Coklat.



Dan aktiviti terakhir ialah pertandingan membuat rumah daripada coklat. Ini uzu terkejutt sikit sebab tak sangka ada pertandingan macam ni. Yelahh 1st event yang meriahh giler dan happening yang mengabungkan blogger dan media mainstream. Lelaki dan perempuan bercampur so takde lah istilah pilih kasih ke apa ke. Semua adil. So kat sini uzu tabikkk sangat2 sebab telah merapatkan silaturahim antara semua yang hadir. Tahniah diucapkan !! 

Ok pertandingan ni ambik masa 1 jam je so kita keda buat rumah coklat idaman dari bahan-bahan yang disediakan. Tak banyak bahan so pandai-pandai lah macam mana nak design rumah tu dengan kreatif hhehehe. Antara rumah-rumah yang terhasil ialah..
Yeahhh yang gambar kat atas ni og coz lah rumah group uzu. Tak sangka lah terhasil juga bentuk rumah yang ntah pape ni. At least buat yang terbaik awalupun rasa nak roboh je . Hehehehe. Kalau masa panjanggg lagi insyaAllah okay kot. Please buat lagi sekali :p
Selepas tamat games tu, ada sedikit pengumuman dari Pengurus Muzium Coklat, yang mana pada 29, 30 dan 31Januari 2016 ni ada promosiii dan jualan bersarrr besarrran kat Muzium coklat. Ada saless weiiii .. Haaa sapa tak nak pergi memang rugi sebab tak selalu diorang buat promosi macam ni..Macma-macam coklat ada so korang yang kaki coklat bolehlah ke Muzium Coklat Kota Damansara bawa satu familyy datang, Muzium pun masuk percuma , dan yang pasti bawa duit banyak-banyakk tau!

Jom tengok coklat-coklat ni. Mana tahu dengan tengok coklat ni boleh buat korang tak sabar nak datang.. Kan? hehehe.. Untuk buat hantaran pun boleh. Buat goodies kahwin pun boleh.. Haa lawa pulak tu pek dia. In love k. Rasa nak kawin cepat hehe..
So jangan lupa ye 29, 30 dan 31 Januari 2016, datang ke Muzium Coklat Kota Damansara ye . Jangan lupa share poste ni.. 

No 2 , Jalan Teknologi 3/5 , 
Seksyen 3 , Taman Sains Selangor 1 , 
Kota Damansara , 47810 , Petaling Jaya , 
Selangor , Malaysia 

Masa : 9 pagi hingga 5 petang .

Giveaway Cash RM500 Jan 2016 by Emas Putih


Hadiah :
Random Cash RM50x10

Start : 18 Jan 2016 - 31 Jan 2016

1. Tulis entry yang bertajuk Giveaway Cash RM500 Jan 2016 by Emas Putih

2. Follow blog Emas Putih

3. Follow Ig @emasputih90 

4.  Like Page


5. Copy code dibawah dan paste kan diruang html
6. Dah siap? Sila tinggalkan link entry GA korang diruangan komen ini. Tq :)

Giveaway January2016 Cash RM500 by Emas Putih disponser oleh Emas Putih , dan Refinity Malaysia. Terima kasih kerana join GA ini :)

Kes Viral Review Fizo Mawar Kitchen Selesai !

Kes Viral Review Fizo Mawar Kitchen Selesai ! | Salam. Dah seminggu lebih rasanya kes viral review Fizo Mawar Kitchen ni dan hari ni rasa dah setel bila baca news paper dari Harian Metro dan Utusan. Bak kata Fizo dah setel maka setellah isu ni..

Apa yang uzu baca, alhamdulillah katnya sales 2x ganda dan ramai yang berkunjung ke Restoran Fizo Mawar Kitchen selepas ianya menjadi viral. Kan rezekinya namanya. Kita pun bukan niat nak menjatuhkan bisnes orang, benda tak elok kot.. Ish ish ish..

Semoga lepas ni segala komen negatif , akan Fizo Mawar Kitchen semadikan dan perbaiki dari masa ke semasa.. InsyaAllah kalau dah terima dengan hati terbuka, harap-harap akan diperbaiki.

Untuk pihak uzu pulak, ingatkan takde yang berani nak jemput uzu jadi ke Food Review berbayar lepas isu viral ni tapi alhamdulillah. Ada juga yang masih sudi. Rezeki Allah bagi. Ada hikmah disebalik semua ni. Mana tau jadi pengkritik makanan ke kan. Hahaha. Kelakar.

Ok lah bye korang semua. Salam :)

Pengalaman Paling Menyeramkan 2016 : Parasailing Langkawi !


Pengalaman Paling Menyeramkan 2016 : Paragliding Langkawi ! |  Salam. Daripada nak review restoran artis, baik review paragliding ni. Kan lagi bagus. Murah pun murah. Tak gitu? Ok ni nak citer, ramai yang request nak suh uzu buat review pasal Pasailing ni. Tapi memandangkan busy kan dengan study, so tertangguh lamanya. Baru hari ni dapat nak update blog pasal ni.

Masa uzu habiskan masa seminggu kat Langkawi, uzu akhirnya dapat merasa parasailing ni. Sebenarnya uzu tak berani nak naik, sebab memang menyeramkan, tapi demi nak gambar menarik kat instagram tu @emasputih90, *promotejap* , uzu pun gagahkan diri.

Memula uzu cari pakej kat tepi-tepi pantai chenang tu, ada yang RM90, ada yang RM60 dan ada yang RM50. Paling murah RM50. Uzu akan cari pakej dibawah RM50. Itu yang uzu baca kat blog-blog sebelum ni. Kena carilah sampai jumpe. Beratus agent kat tepi pantai chenang so kena pandai survey.
Btw orang situ kata, nak murah kena terus ke Pantai Bersih. Sebelah dengan pantai chenang.Kat situ lah kaunter parasailing ni.. Murah dari pakej kat tepi2 pantai chenang. 
Btw, RM50 untuk 15 minit je tau. Life jacket disediakan. Ohh ya ! Sebagai info penting, jangan ambik Parasailing yang turun kat pantai tau. Ambik yang naik dan turun dari bot . Sebab ada kes parasailing turun kat pantai, orang tu terlalu berat dan susah nak tangkap dari bawah. On the spot orang putih tu matikat situ. So ape yang lebih selamat ialah kita naik dari bot dan turun pun kat bot. Jangan risau, tak akan jatuh ke laut. Bot akan tarik sampai selamat.

Waktu kat dalam bot tu, ada 8 orang kot. So sekali jalan. Tapi akan ganti-ganti lah. Setiap 15 minit kat atas. Uzu dah cuak dah. Dah lah sorang. Abg uzu naik double ngan wife dia.  Berkrik krik krik lah uzu.
Waktu ni buat-buat berani je. Rasa nak jadi orang pertama yang naik. Tapi tak tau pulak cara naik. Bila tengok orang lain naik sambil tersengih-sengih, rasa gabra tu hilang. Confident nak naik sampai gorpo tertinggal kat bot. Lupa nak bawa naik. Rugiiii. Masa dah naik tu... Gilerr ! Senyum-senyum je. Walhal cuak. Takut jatuh kat laut. 
 
Bila dah naik tu, fuhhh kat tengah2 laut dan ko sorang je kat atas, rasa lonely giler dan menyeramkan. Nak nangis tapii happy! Dalam hati ni, "weiii dah lah tu.. dah lah tu.. dah lah tu.. turun lah.." . Tapi nak buat camna, kat atas ko sorang je, bot tu pun bukan dengar . Dia akan turunkan bila habis time. Uzu rasa, 5 minit kat atas dah memadai. Giler ko nak tunggu 15 minit. Lama tuu.. 
 
Sesambil meremput tu, tak lupa tengok sunset dari atas. Serius weeii cantik sangat. Subhanallah diberi peluang menikmati keindahan langkawi di atas langit. Ceh langit la sangat ! Walhal nak turun cepat! Hehehe.

Waktu nak turun tu, pakcik bot ni memang sengaja bagi kiterang turun sampaiiiiiiiiii kena laut! Haaa ni sebab ramai yang menjerit kat sini. Haha takut pun ada. Pakcik bot suruh rakam scene aksi nak trun. Sikittt lagi weeeiii nak kena air laut tu.
 
Ada pelancong arab tu, kaki dia mencecah juga laut tu, basah kaki dia tapi takde lah tenggelam terus, tak... Pakcik tu dah power dah. Memang berpengalaman. Dia akan terus tarik sampai selamat turun dari bot.. 8 orang kat dalam bot, 8 orang kena benda yang sama. Kelakar juga tengok! hihi.
 
 

Yeahhh dahh alhamdulillah dapat juga merasa Pasailing ni. Selalu tengok je kat tepi pantai tu. Rasa tak berkesempatan nak naik sebab harga parasailing agak mahal selalunya, ratus2 . Kat sabah nak2 RM200.  Kat Langkawi je dapat RM50. So memang rezeki uzu lah. 

Agak-agak nak naik lagi tak next time? Haaa kalau uzu.. uzu akan naik! Sebab walaupun takut tapi masih ada perasaan ingin mencuba. Tau-tau lah suka aktiviti yang mencabar ni. Bukan semua orang boleh buat. Tak gitu? hehe. 

Korang kalau nak ke Langkawi boleh try eh. RM50 je. Apa-apa terus ke Pantai Bersih. Kalau tak dapat cari, pakai je lah agent kat tepi2 tu. Nanti dia akan hantar korang secara percuma ke tempat tersebut. So have funnnnnnnnnnnn korang ! Salam.

Permohonan Maaf FizoMawar Kitchen Terhadap Review Emas Putih

Permohonan Maaf FizoMawar Kitchen Terhadap Review Emas Putih | Salam. Beberapa hari lepas sejurus entry uzu berkaitan dengan Review : Restoran Fizo Mawar Kitchen Mengecewakan ! , pihak Fizo Mawar Kitchen telah pun PM uzu personally kat facebook mengenai entry uzu tu. So meh meh baca..

Salam saudari uzu aka emas putih.sebelum tu nak ucapkan bebanyak trima kasih kpd anda yg sudi dtg dan menyokong kami di fizomawar kitchen.amatlah kami hargai.

Sya terima secara terbuka komen drpd anda sbgai customer.dan kami perlukan respon yg jujur dr customers utk penambah baikan team kami.tq  diatas komen yg jujur dr anda kpd pihak kami.
.
Izinkan sya utk menjelaskn situasi kami dan bukannya alasan drpd pihak kami.kami akui kelemahan drpd pihak kami yg menimbulkan ketidak selesaan anda.

Utk pengetahuan anda,kami beroperasi baru shaja 2 mggu dan ini merupakan cawangan yg pertama.jd masih byk kelemahan yg kami cba improve even fizo dan mawar sendiri pun setiap hri berada di kedai utk monitor staff yg lain utk dptkn yg terbaik dan puaskan hati customers.kebetulan pun sistem POS yg kami gunakan tidak berfungsi.jd kami terpaksa menggunakan manual utk memenuhi permintaan customers.jd sbb tu lah terjadi kes misunderstanding dlm amik order dan deliver food...

Utk pengetahuan saudari sbgai blogger yg hebat staff kami sdh pun hampir 30 orng utk beroperasi.dah terlebih ckp sbnrnya.tp mgkn rata2 dr mereka xde pengalaman lg.thats y agak kelam kabut tu...

Atleast kami memberi peluang pekerjaan kpd orng kita dan setakat ini FIZOMAWAR kitchen tidak mggunakan pekerja asing kerana msh ramai lg orng kita yg xde pekerjaaan.sekurang2 nya kami boleh sesama berkongsi rezeki yg halal.

Soal review atau komen drpd pihak saudari hamba allah yg mulia ni xsalah pun.sya faham itu hak anda sebagai customers.ia nya telah pun viral dan memberi impak negative kpd kami.ada yg mula share di media sosial dan juga hentam kami.

Mgkn pd anda satu benda yg remeh dgn hanya menulis.tp ianya bergantung pd niat kita.hanya anda dan  allah swt je yg tahu apakah tujuan yg sebenar.

Alangkah baik nya sekiranya kita sesama kita trus menyokong dan melihat bangsa kita maju bersama n dpt berkongsi rezeki sesama kita?
.
Komen n review xslh pun...setiap perbuatan bermula dgn niat,sekiranya niat baik pasti akn memberi hasil yg positive kpd semua.

Sya bg pihak fmk lg skali memohon maaf diatas kekhilafan drpd pihak kami yg belum sempurna dan kami anggap ini proses pembelajaran kami.insyallah kami akn improve dan sekiranya semuanya dah lancar insyallah kami akn jemput anda sebagai tetamu vvvip kami utk dilayan sebaik mgkn.

Sebagai tanda terima kasih dan memohan maaf drpd pihak kami..pihak fmk akn memulangkn kembali jumlah bill yg dikenakan kpd pihak anda.dan anda boleh dtg ke fmk utk dptknnya.

Sya pun dah panjangkn kpd tuan fizo omar dan puan mawar mengenai hal ini.pihak kami berminat utk berjmpa dan berbincang dgn saudari sbgai blogger yg berpengaruh ini.mgkn kita boleh berkerjasam di masa hadapan.

Semoga bakat kurniaan drpd allah swt kpd saudari digunakan sebaik mgkn utk terus memberi manfaat kpd makhluk allah yg lain.

Apa2 pun tahniah diucapkan kpd anda diatas review anda yg dpt memperbaiki kelemahan pihak kami dan juga memberi 'impak' kpd kami apabila ianya sudah viral.

Semoga anda terus diberkati dan bakat yg dianugerahkan dpt memberi manfaat kpd semua.

Terima kasih

So selepas membaca dan uzu pun reply dengan permohonan maaf jika review uzu telah menjejaskan dan mendatangkan kesan negatif kepada FMK .. Entry tu telah pun mendapat 10k + view dan ianya menjadi vral kejap. Apa pun, setiap orang ada pandangan masing-masing, ada pengalaman masing-masing. Semoga entry tersebut boleh membantu pihak FMK untuk memperbaiki kekurangan mereka agar terus maju dimasa akan datang..Ok lah.. Sekian terima kasih :)


Bengkel Fotografi Kelab Blogger Ben Ashaari Bersama Photographer Terhebat Mohd Adhadi Mohd !!

Bengkel Fotografi Kelab Blogger Ben Ashaari Bersama Photographer Terhebat Mohd Adha Mohd !! | Salam. Ini lah misi utama kami datang ke Agrofarmstay Melaka kali ketiga. Bengkel yang sememangnya membuatkan blogger-blogger KBBA exciited nak datang! Ada yang datang dari Kelantan, dari Perak semata-mata nak datang Bengkel Fotografi ni..
Bagi uzu, bengkel fotografi ni memang patut sangat blogger join sebab inilah masanya kita nak belajar amcam-macam tentang camera dan gambar. Macam mana nak ambik yang baik untuk event, untuk food review dan macam-macam review. Tak semua blogger ada asas fotografi . Sekarang ni semua pakai fon je ambik gambar. Blogger yang ada DSLR tak ramai tapi yang ada DSLR pun, bukan reti sangat pun nak setting camera dengan betul, Betul tak? Haaa so inilah masanya .
Apa yang uzu belajar tentang bengkel ni, macam mana nak ambik gambar dengan tekni pencahayaan yang betul, cari mencari sudut pencahayaan lembut, pencahayaan keras dan macam-macam lagi lah teknik berkaitan pencahayaan. Semua duk fokus belajar.. 
Lepas belajar kat dalam, Encik Adhadi bawa kiterang belajar ambik gambar kat outdoor lah. So memang berbeza pencahayaan dalaman dan luaran ni. Banyak nak kena setting ni. Kami juga belajar tentang latar belakang sesuatu gambar. Kekadang kita ambik gambar, latar belakang dia kena lah cantik kan.. Uzu takde camera DLSR pakai fon je . Tu pun yang lain tengok blogger lain buat macam mana..
Dari jam 10 sampai lah 4 petang kiterang belajar teknik fotografi ni alhamdulillah secara jujurnya uzu berpuas hati dengan ilmu yang disampaikan oleh Encik Adhadi Mohd. Rasa macma tak puas . Macam nak belajar lagi sampai ajdi photographer yang baik. Cis! Berangan nak jadi photographer. Uzu memang suka ambik gambar tadi DSLR takde. Pity me. Hehehe.

Well, kalau korang ada minat nak belajar tentang DSLR , bolehlah beli CD ni. Ada 3 jenis CD so jangan berkira sangat ye tentang ilmu DSLR ni. Sebab inilah permulaan yang baik untuk kita. mana tau jadi photographer hebat ! Jom berlambak-lambak bertingkek tingket kan.
Yang berminat boleh PM  Encik Adhaadi Mohd . Sebarang pertanyaan dan info lanjut berkaiitan CD ni. Haa mana tau dapat diskaun kan. Hehe. ok lah bye Slam. Good luck semua !!

Facebook : Adhadi Mohd III
Instagram : @Adhadi_mohd 
Website : www.adhadi.com