Jameela Street : Vendor-Vendor Exclusive Di Sacc Mall Shah Alam

Jameela Street : Vendor-Vendor Exclusive Di Sacc Mall Shah Alam | Salam. Kalau ke Shah Alam jangan lupa singgah ke Sacc Mall yang mana kini Sacc Mall telah pun di upgrade dan ditambah perkhidmatan-perkhidmatan yang lebih baik contohnya Sacc Mall kini ada tumpuan yang sangat menarik iaitu Jameela Street !

Apa itu Jameela Street ? Ok Jameela Street ni ialah vendor-vendor exclusive buat pelanggan yang suka beli sesuatu yang exclusive atau pun pelanggan memandang kearah kualiti yang lebih baik daripada harga, jadi Jameela Street ni dibina untuk memeberi peluang peniaga-peniaga melayu untuk berniaga di Jameela Street . 

Jameela bermaksud kecantikkan.. Jadi nama Jameela Street ni cipta khas untuk kecantikan dan vendor-vendor Jameela Street ni lebih kepada nak cantik.. So ada yang jual baju, tudung, jubah, barang-barang kecantikan untuk lelaki dan perempuan dan bakal menyusul vendor khas untuk komestik jadi Sacc Mall akan lebih meriah dengan pelbagai pilihan untuk kecantikan..

Meh kita tengok vendor-vendor ape yang ada kat Jameela Street. Benda apa yang diorang ni jual? Haaaa kerlass... Lebih dari 25 vendors yang ada tak termasuk vendor-vendor kosmestik yang bakal dilancarkan nanti.. Memang menaik lah Sacc Mall lepas ni !

1) Anis Al Idrus Waredrobe
 2) Balqees
 3) Maryam Signature
 4) Chanting Creation
 5) Takzims
 6) Beyoutiful
 7) Tinta Batik House
 8) Jannah By Jemari Kreatif
 9) Keerana Collection
 10) Wafas Closet
 11)Rey Reina & Gulf Couture
 12) Nazrah
 13) Casa de Estilista
 14) Ey Reina & Gulf Couture
 15) Nana Nhara
16) Hijrah Couture
 17) Pierre Cardin
 Jemeela Street tuk berehat dan ambik gambar ala-ala kat korea
 18) House of Zaza
 19) Takzims
 20) Herz Secret
 21) Butik Leeha
 22) Binqareem
 22) Boutique Dyana
 23) Bella Norman
Yang menariknya, jenama-jenama terkenal yang dah well known brand dia pun ada join vendor kat sini contohnya Pierre Cardin, Anis Al Idrus, Hijrah Couture dan banyak lagi tak perlu p jauh-jauh boleh singgah je Sacc Mall Shah Alam..
Untuk pengetahuan anda semua, Jameela Street akan mengadakan "Pencarian Wajah Jameela" yang akan berlangsung pada sempena pembukaan Jameela Street Vendor di Sacc Mall Shah Alam yang akan bermula pada 4 Jun 2016. Siapa rasa dia cantik dan comel dan mampu bolehlah join Pencarian Wajah Jameela ramai-ramai turun padang.. Hadiah yang ditawarkan ialah menjadi duta dan pemenang akan memenangi pakej percutian ke sebuah pulau di luar negara...!
Jameela Street juga akan mengadakan Majlis Iftar Jameela Street di Sacc Mall Bersama Media, Selebriti dan anak-anak yatim. Baguihhh lah Jameela Street ni sebab banyak aktiviti-aktiviti menarik yang bakal diadakan dan tentunya Sacc Mall akan kembalik meriah seperti dulu!! Wihuuuu!

Matlumat Lanjut :
Facebook : Jameela Street
Instagram @jameelastreet


Disebalik Tabir Shooting Hos Undangan Rancangan Walla Bersama Chef Brian Di RTM TV1

Disebalik Tabir Shooting Hos Undangan Rancangan Walla Bersama Chef Brien Di RTM TV1 | Salam.. Beberapa minggu lalu, uzu dapat invitation dari pihak RTM yg mana dalam email tu uzu dijemput tuk jadi hos undangan tuk rancangan WALLA TV1. Rancangan ni bersama Chef Brian yang mana setiap episod diorang akan jemput blogger dalam salah satu slot dalam rancangan Walla..So setiap minggu ada blogger. Hehehe. Bestnya blogger makin dipandang waktu ni :)
Ni disebalik tabir je. Nanti uzu update benda apa yang kiterang review on that day. Nantikan next entry. Salam :)

Pakej Murah Ke Pulau Perhentian Kecil - Perhentian Kravers


Pulau Perhentian Kecil  | Salam. Nak kata murah tu tak taw lah tapi not bad lah. Pakej ground kiterang around RM350 . Ni termasuk Resort , breakfast, lunch, dinner, aktiviti snorkeling dan guide. Haa yang membezakan harga tu cuma kat tempat tinggal. Kami stay kat Shangrila Resort. Memang best resort ni sebab dekat ngan jeti. Sampai-sampai jeti je terus jumpa resort ni. Takde lah macam yang lain-lain nak jalan kaki jauh bagai baru jumpa resort.Letihhh aihh..

Anyway flight kiterang dari KL- KB dalam sejam dah sampai. Kenapa kalau nak g pulau perhentian orang akan fly ke KB? Kenapa tak fly ke KT? Jawapanya ialah, lagi dekat lah.. Kalau KB ke jeti dalam 45 minit dah sampai kalau dari KT ke jeti dalam sejam setengah. So thats why lah org nak ke Pulau Perhentian akan ke KB dulu. Lagipun murah. Uzu punya flight RM70 return je.

Day 1 : 

Memandangkan check in kat resort jam 3 petang, so kami decide nak g kincir angin. Uzu pon tak tau sangat ape benda lah diorang ni beriya nak g kincir angin.. Kalau ikutkan uzu, malaih yang amat tapi terpaksa jugak. Nak ke kincir angin tu, kena kuat mental dan fizikal. Penat giler weii. Kami hiking dengan panas lagi. Air pulak bawa sebotol je.. Tapi bila sah sampai atas tu rasa.. Arghh best giler!
Lawa tak gambar kat kincir angin? Lawa memang lawa tapi nak mencapai ke atas tu macam-macam dugaan. Tinggi sangat nak hiking. I gerenti ramai yang banyak kali stop tuk rehat. Memang penat. Haha.Dalam sejam lah sampai atas... Alaang-alang dah sampai atas lepak lah 2 3 jam sementara tunggu resort dah boleh check in.. Lagipun kat kincir angin ni lah ada line tenet tauu. Kat bawah takde sangat. Nak mengharap wifi tu.. kirim salah je. Uhukk..

Dinner tuk hari pertama bayar sendiri.. Tak masuk dalam pakej. Kami diner kat mana ntah nama kedai tu. Kena jalan kaki masuk dalam tapi yang penting ada wifi. Harharharhar.

Day 2 :

Aktivti skorkeling bermula..Tapi gambar kat bawah ni tak tersusun..Pepandai lah korang tengok eh. Snorkelling ni ada banyak point. Ada fish point, ada nemo point, ada shark point, ada penyu point, dan apa ntah tak ingat lagi.. Yang penting rasanya da 7 point kot..
Pakej kami ni under Perhentian Kraver dan Perhentian People (dua-dua sama je).. Uzu puji diorang sebab antara banyak-banyak pakej, memang gambar kat instagram diorang semua lawa-lawa.. Fuhhh tergugat iman bila tengok.. Gambar kami guna gopro diorang. So apa-apa gambar kami snorkeling ni , RM50 je.. Boleh tong-tong ngan member kalau nak gambar lawa-lawa macam ni. Diorang memang pandai ambik gambar... Boleh tengok ig @perhentiankravers dan @perhentianpeople ^^v

Tu je nak update. Hihihihi Salam :)