Ephyra Skincare Series : Produk Kecantikan Terbaru Dari Ephyra

Ephyra Skincare Series : Produk Kecantikan Terbaru Dari Ephyra | Salam. Rasanya dah banyak kali uzu review ephyra ni sejak dari dari zaman ephyra memula bisnes lagi kan sampailah satu persatu produk yang terhasil sehinggalah keluarkan produk baru ephyra iaitu Ephyra Skincare Series yang mana dalam set produk kecantikan ni ada 3 main produk iaitu dan set ini mengandungi Ephyra Skin Bar (sabun cucian muka) , Ephyra Skin Nano Advanced Repair Serum (Serum dengan Nano Teknologi) dan Ephyra Skin Snow Advanced White Repair (Pelembap wajah dengan Geno White Teknologi). Tiga-tiga produk ini digabungkan dah terhasillah set produk kecantikan dari Ephyra yang lengkap sebab tiga-tiga ni selalunya sangat penting dalam penjagaan kulit muka kita..

1 ) Ephyra Skin Baru (Sabun Cuci Muka)
Kenal tak ephyra skin bar ni? Rasanya dah lama produk ni tapi tak berkesempatan nak cuba.. Banyak testimoni positive dari datang dari pengguna ephyra skin bar ni so uzu sangat bersyukurlah kali diberi peluang dan kepercayaan untuk try ephyra skin bar ni.. So  korang nak tau tak apa yang best istimewanya mengenai Ephyra Skin Bar ni? Haa...

Ephyra Skin Bar adalah sabun cucian muka yang diformulasi 100% dengan bahan semulajadi dan tanpa sebarang bahan kimia terlarang. Dengan gabungan khasiat Glutathione, Alpha Arbutin dan Kolagen, Ephyra Skin Bar adalah antara “TOP PRODUCT” untuk jenama Ephyra. 

KELEBIHAN EPHYRA SKIN BAR : 
  • Merawat kulit berjerawat
  • Menghilangkan parut jerawat dan jeragat
  • Menanggalkan kotoran, minyak dan sel kulit mati
  • Mencerahkan wajah secara semulajadi 
  • Menghilangkan bintik-bintik hitam 
2) Ephyra Skin Nano Advanced Repair Serum (Serum dengan Nano Teknologi

Lepas cuci muka guna ephyra skin bar, lepas dah basuh muka biarkan sampai kering.. Bila dah kering tu baru letak Ephyra Skin Nano Advanced Repair Serum kat muka kita.. Ambik 2 3 titis je dan pap pap pap kat muka.. Pukul pukul manja sikit seruma tu kat muka kita supaya serum senang nak masuk.. Well actually, apa-apa jenis serum pun, mmg serum ni jenis cepat kering kat muka means serum ni cepat meresap so selalunya memang capat dan berkesan..

Serum untuk kulit yang sangat berkuasa dan dipatenkan oleh SWISS NANO TECHNOLOGY yang berfungsi dalam mengembalikan kulit cantik dan berseri. Serum yang tidak melekit, tidak berminyak serta sangat mudah meresap ke dalam kulit ini memperbaiki struktur sel kulit dari luaran sehingga ke lapisan kulit yang paling dalam. Gabungan bahan antioksida seperti Glutathione, Vitamin E dan Vitamin C memberi manfaat kepada kulit untuk memulihkan, memperbaharui dan melindungi kulit dari radikal bebas dan pencemaran. Serum ini juga amat sesuai untuk menghilangkan masalah jeragat yang degil. 

NANO TECHNOLOGY (SWISS PATENTED) 
Nano Technology adalah teknologi yang digunakan untuk mengecilkan saiz partikel serum. Perkara ini akan menjadikan serum sangat mudah diserap dan masuk jauh sehingga ke lapisan kulit yang paling dalam dan membantu memperbaiki struktur kulit menjadi anjal, tegang dan cantik. 

KELEBIHAN SERUM EPHYRA SKIN NANO ADVANCED REPAIR SERUM 
  • Menghilangkan jeragat degil dan parut jerawat
  • Memperbaiki tona kulit tidak sekata
  • Menganjalkan, menegangkan dan mengembalikan keremajaan kulit yang kendur 
  • Mencerahkan kulit kusam 
  • Menghilangkan lebam bawah mata serta sunburn 

3) Ephyra Skin Snow Advanced White Repair
Lepas dah guna serum tu, kena guna Ephyra Skin Snow Advanced White Repair .. Sebab yang ni tuk melembutkan kulit kita yang kering tu.. Yang best kalau pakai moisturiser ni sebab ada sinaran uv so lindung kulit dari sunburn.. Kalau nak p make up artis mekap kite kan, mesti dia wajib letak moisturiser.. Mana-mana MUA pun buat macam tu.. Lebih membuatkan mekap kita cantik gitu.. So tu sebab memang penting Ephyra Skin Snow Advanced White Repair ni.. 

EPHYRA SKIN SNOW  ADVANCED WHITE REPAIR  (dengan teknologi Geno White) 
Ephyra Skin Snow adalah pelembap wajah berteknologi Geno- White yang digunakan selepas menggunakan serum Ephyra Skin Nano.  Kesan penggunaan seawal 9-14 hari.  Sesuai digunakan oleh semua jenis kulit, lelaki & perempuan. Tiada paraben, tiada hydroquinone mahupun merkuri malahan pelembap ini tidak melekit, tidak berminyak dan sangat mudah meresap ke dalam kulit. 
Bahan: Natural arbutin dari Berry , Vitamin C (ekstrak dari buah) : bagus utk perlindungan kulit dari UV dan memperbaiki struktur kulit yang rosak dan Vitamin E (ekstrak dari buah) : melembapkan kulit dan melambatkan tanda penuaan serta memulihkan kulit dri sebarang parut 

KELEBIHAN EPHYRA SKIN SNOW ADVANCED WHITE REPAIR :
Melembapkan dan mengekalkan kelembapan wajah 
Mencerahkan kulit seawal 9 -14 hari 
Menggunakan teknologi Geno White (teknologi yang mengawal pengeluaran melanin) 
Menambahkan agen perlindungan kulit (UV protection) 
Membantu mengurangkan minyak berlebihan pada kulit yang menjadi punca jerawat
Mengurangkan kesan-kesan penuaan (garis halus & jeragat)
Menambahkan keserian kepada wajah untuk kekal muda & bersih.

HARGA
RM 140 (SM) dan RM 150 (SS) 
Ini adalah harga untuk set. Sekiranya beli secara loose, harga adalah berbeza iaitu : 
EPHYRA SKIN BAR : RM 39 (SM) ; RM 45 (SS) 
EPHYRA SKIN NANO : RM 68 (SM) ; RM 72 (SS) 
EPHYRA SKIN SNOW : RM 48 (SM) ; RM 52 (SS)
*Digalakkan untuk ambil set. Lebih jimat. 

Maklumat Lanjut : 
IG : @ephyra2u 
Website : Sedang dikemaskini.


Indahnya Sahur Bersama Keluarga Tercinta

https://1.bp.blogspot.com/-Hy0LeSjEvpU/V1RlQI3_gvI/AAAAAAAAc-c/QwtJeX_lCNoBNS8um2Ix5fbtCDIeSKrxwCLcB/s640/13335979_915925308535200_8081604826083589462_n.jpg
Indahnya Sahur Bersama Keluarga Tercinta | Salam. Sedar tak sedar dah start puasa dah.. Tak sangka dah hampir 3 tahun berpuasa sendiri kat sini. Berpuasa jauh dengan family.. Uzu start belajar kat KL ni, memang susah nak balik ke Sabah. Flight tiket pun mahal giler wei.. Tu sebab uzu akan balik Sabah waktu raya je. So memang jarang dah nak berpuasa dengan bapak uzu... Dengan adik beradik uzu.. Rindu pulak tetiba.. Sob sobs sobs.


Tahun ni tahun ketiga uzu tak berpuasa di rumah kat Sabah.. Giler tak rindu? Haaa rindu lah wei. Teringat waktu-waktu kekecik dulu, masing-masing 9 orang adik beradik semua kat rumah. Time tu belum lagi yang ada belajar kat KL. Semua duduk kat Sabah.. Meriahh rumah kami.. Walaupun rumah kami kecik je kan waktu tu, tak kisah lah rumah tak muat nak tido janji semua 9 adik beradik ada waktu tu.. arwah mak pun ada.. Lengkap hidup kami.. :)


https://2.bp.blogspot.com/-RfuG0JVjvt0/V08kLy16SLI/AAAAAAAAc9k/RBLzuv-FQgg55rMpVKmYykiYoXoAicSbACLcB/s640/20150715_184204.jpg
https://3.bp.blogspot.com/-vV4oPR6HHfk/V08kMI3GCWI/AAAAAAAAc9o/GNM_EN_MJrgVaYneJFX5ezeE3hFIhvlcgCLcB/s640/20150715_184206.jpg
Kenangan berbuka puasa tahun lalu bersama keluarga tercinta..


https://4.bp.blogspot.com/-Mj2O6pleh7w/V08jOeg4q6I/AAAAAAAAc9c/JyHDDbvbwMcAcREjiIgRCfOrgIy7axvgACLcB/s640/20150717_160031.jpg
My Big Family..Ni waktu kat rumah nenek..


Terkenang waktu ramadhan masa kecik-kecik, waktu mak uzu masih ada, mak selalu jual kat bazaar ramadhan dan kiterang pun tolong-tolong sikit berniaga kat bazaar ramadhan. Mak uzu memang suka berbisnes.. Kalau dah masuk waktu puasa tu, mak lah yang paling sibuk . Bukan sibuk kat bazaar ramadhan je tapi sempat juga ambik tempah kuih-kuih raya. Mak uzu memang pandai masak dan kuih-kuih raya sebab semua sedap-sedap..


https://4.bp.blogspot.com/-MolvnwKUE-4/V08lhhhjcAI/AAAAAAAAc94/FFDd-BffTYEwkEurZBGN7qaYF35kueRIACLcB/s640/20150717_113237%25280%2529.jpg
Meriah rumah bila adik beradik dan adik beradik tiri berkumpul untuk berbuka puasa bersama..


Tak sangka pulak dah 11 tahun mak uzu dah takde.. Rasa macam baru je meninggal semalam. Hmm gitulah kekdahnya bila rindu mak sendiri. Hmm... Mengalir air mata bila taip entry ni. Hehehe. Tapi tahun ni uzu nak balik Sabah awal sikit.. Nak bercuti 2 minggu kat Sabah waktu puasa ni. So uzu dapat memeriahkan semula bulan ramadhan uzu dengan bapak tersayang dan adik beradik tercinta.. Teringin nak bersahur bersama, berpuasa bersama dan berbuka puasa bersama-sama. Mesti have fun kan ?! Kebetulan tahun ni semua adik beradik balik raya.. Wihuuuuuuu..

Bila kat Sabah nanti, uzu nak buat kerja gila ngan adik beradik. Kejut adik beradik pakat-pakat semua "jom sahur kat mcd!" .. Tak pun  " jom berbuka di mcd" .. Diorang pon mesti suka punye sebab kiterang memang hantu mcd pun. harharhar .. Soma pakat suka makan mcd ^^v




Memandangan kat hotel tengah cuti sem, roomate pun takde, uzu sahur kat McD Bangi, McD paling dekat dengan uzu so uzu order yang ni.. Kat McD apa-apa menu pun sedap. Tak dinafikan.. Tu sebab suka McD dari dulu hehehehe ^^v

Gigih weii jam 4 set alarm semata-mata nak gi bersahur kat McD.. Uzu suka menu sahur McD sebab sedap dan setnya memuaskan lagi! Set Ayam Grilnya ada Gril Ayam, Hashbrown, English Muffin dan Telur Hancur dan Set Big Breakfast dengan Hotcakes lagi best kerana set ini gabungkan Big Breakfast dan Hotcakes sekali!! Pasti kenyang seharian berpuasa kan!

Buffet Ramadhan di Rymba Haven Nilai


Buffet Ramadhan di Rymba Haven Nilai | Salam.. Hari kedua berpuasa uzu dan rakan blogger yang lain berbuka puasa di Rymba Haven Nilai yang mana ini kali pertama uzu dijemput untuk berbuka kat sini.. Walaupun kite semua jauh dari KL tapi tetap jugak datang tuk memriahkan lagi susana.. Gitu kekdahnya..hewhewhew
 
Ni lah Rymba Haven..
So, pa yang menarik kat buffet ramadhan Rymba Haven ni? haa meh lahh jom lah tengok gambar-gambar kat bawah.. Pasti menyelerakan anda..


Daging Salai Masak Lemak Cili Api

Sosej

Roti
Tauhu Goreng Kcang Panjang

Kuih dan muih
Mayo
Air..
Salad..
Nasi hujan panas..
Sambal kerabu dan budu
Sate

Ayam Goreng Berempah..

Yang bestnya waktu sambil berbuka tu dengar diorang ni main benda ni.. Memang seap wei dengar.. Mcam nak menari sama je..Hehe.. Tapi best dengar..
 
Ok uzu nak komen pasal makan yang ada kat buffet ramadhan Rymba Haven.. So far semua ok.. Semua sedap.. uzu 5 kali roung makan habis makanan kat sini.. Sini semua menu tekak-tekak melayu.. Fuhhh memg ni lah kite nak.. Sesiapa yang area Nilai, boleh lah berbuka puasa kat sini..
Jemput semua makan-makan harga murah.. Kambing golek pun ada tapi Sabtu dan Ahad je ada.. Harga pun not bad..

Harga Buffet Ramadhan :

Weekdays: RM55 (dewasa) dan RM30 (kanak-kanak)
Weekend: RM60 (dewasa) dan RM35 (kanak-kanak)
 
Malumat Lanjut :
Rymba Haven,
Jalan Nilai Perdana 14,
Taman Nilai Perdana,
71800 Nilai, Negeri Sembilan 

Phone: +606 799 1314
Mobile: +6012 393 6442
 Website: www.rymbahaven.com
Facebook : Rymba Haven
Instagram : @rymbahaven


Hanbing Korean Dessert Cafe, Bangsar

Hanbing Korean Dessert Cafe, Bangsar | Salam.. Sesiapa yang suka korea angkat tangan ! *saya!* .. Yeahh uzu bab korea jangan nak kate apa lah.. Memang tiap hari layan korea..Nak kata peminat tegar korea pun..makanan korea tak pernah makan.. Hehehe.. So bila dapat invitation review Hanbing Korean Dessert Korea , uzu rasa terujua sebab selama ni minat korea tapi tak berpeluang merasai makanan yang dimakan oleh orang-orang Korea.. Teruja actually. hihihi

Hanbing Koren Dessert Cafe terletak di Jalan Telawi 3, Bangsar yang mana berdekatan dengan Bangsar Village 2 . Kalau parking dalam Bangsar Village 2, nak jalan kaki ke Hanbing Koren Dessert Cafe pun boleh.. Takde lah jauh sangat.. Sebab nak bagitau, nak cari parking kat area sini memang susah so pepandai lah korang :D
Nampak tak menu kat atas? Yang ni jenis set .. Table Cooked Topokki . Yang ni memang sesuai untuk berbuka puasa dengan family tercinta atau kengkawan. Table Cooked Topokki ni ada 3 jenis iaitu chicken , beef dan seafood.. So yang kami pilih untuk try ialah Topokki Seafood dan Beef..

Table Cooked Toppoki ni actually ala-ala kita masak sendiri..Memandangkan waktu bulan puasa ni sangat ramai orang, so takut terawal hidang makanan, nanti makanan akan jadi sejuk so tu sebab ada table cooked topokki yang mana kita akan sendiri masak sesambil tunggu waktu berbuka..
 Table Cooked Toppoki - Seafood
Table Cooked Toppoki - Beef

Jangan risau cara nak masak sebab ada tutorial simple yang senang faham camna nak masak toppoki ni..Amacam senang tak? Hehehehehe... Semua ada diterangkan seperti didalam gambar dibawah :)
So set toppoki didatangkan dengan pelbagai makanan korea yang lain.. Jom tengok gambar-gambar makanan kat bawah.. Jangan terliur tau.. Kah!
Big Bowl Bibimbap
Kimchi Fried Rice Egg Base
Sushi versi korea
Ni nasi goreng korea.. Ingat tak toppoki yang main masak sendiri tu? Lepas je habis masak, ada kuah dia kan? Haaa lebihan kuah tu lah akan jadi nassi goreng korea guna bahan-bahan seperti diatas.
Sedap snack ni..
Ayam ni pun sedap.. 1st rasa ayam camni..
Ni uzu first time makan toppoki yang masak sendiri tadi tu.. Lepas masak camnilaj jadinya..
Air yang sangat menyelerakan..
Meiah tak meja kami dengan set Table Cooked Topokki?

Dan last sekali kami layan aiskrim yang telah viral dan popular kat sini.. Macam-macam jenis aiskrim yang telah kami cuba.. Kat sini panggil Snow Ice..
 Blueberry Cheese Cake Snow Ice
 Mango Snow Ice
 Durian Musang King Bingsu Snow Ice
 Oreo Binsu Snow Ice
Injeolmi Snow Ice

Ice cream kat sini semua sedap-sedap terutama durian musang king snow ice, blueberry cheese cake snow ice dan mangoo snow ice.. Haa ni antara top snow ice yang uzu suka sangat! Yang mengenai set toppoki tu, 1 set boleh makan dalam 4 orang so boleh bawak kengkawng korang. Terus terang uzu cakap, makanan kat sini, walaupun dia menu korea tapi boleh diterima tekak orang malaysia.. So memang sesuai lah kalau korang nak berbuka puasa kan? Tak gitu? Hihi

So jom lah singga ke Bangsar, singgah lah makan ice cream macam ala-ala hipster ni pasti korang tak kecewa makan.. Setiap hari ramai sangat orang datang sini sebab ice cream ni je.. Tengok pun menarik dan cute sbb tu uzu sangat recommanded korang lepak sini ok?

Matlumat Lanjut
Instagram : @hanbingmy
Waktu Operasi : 12pm - 12am (Sun-Thur) , 12pm-1am(Fri-Sat)
Alamat : Jalan Telawi 3, Bangsar *opposie Bangsar Village 2*
( Boleh waze Bangsar Village 2 )

Dinner Special At Chili's

Dinner Special At Chili's | Salam.. Sebelum jejaknya bulan ramadhan, uzu berkesempatan makan besar bersama rakan blogger yang lain yang mana kiterang anggap ni Dinner Special sebab last makan-makan kekdahnya sebelum kami berpuasa selama sebulan.. So kami decide nak makan malam istimewa di Chili’s kat Citta Mall Subang.. Jauh tak? Haaaa kebetulan ada kerja kat area situ so kami singgah Citta Mall untuk makan malam..

Uzu first time sebenarnya makan kat Chili's sebab tengok restoran macam mahal je so uzu tak berani nak masuk, apatah lagi nak order.. Well mind set student! Hehe tapi bila dah kena ajak tu, baru tahu, takde lah mahal sangat harga sebab makanan sedap, kualiti makanan elok setanding dengan harga memang no wonder lah kenapa Chili's menetapkan harga macam tu.. Tapi tetap ramai jugak kat Chili's..
So apa yang special kat Chili's ni? Chili's bagi kami rasa menu istimewa untuk makan malam. Tengok gambar kat bawah :)
Nampak menyelerakan tak tengok gambar kat atas ni? 1st time uzu tengok gambar of coz uzu terus order yang lamb ni.. Uzu kan peninat lamb.. Kat sini menu baru dia jenis combo , ada yang Combo RM43.95, RM40.95 dan ada yang Combo RM35.95. So apa yang kami order?
Southwestern Grilled Lamb - Grilled lamb with Chili’s special marinade. Served with mashed potatoes with creamy black pepper gravy and seasonal veggies.
Firecracker Fish Fillet -A grilled white dory fish fillet brushed with sweet and spicy glaze and garnished with red chile tapenade and sesame seeds. Served with rice and seasonal veggies.
Sweet & Smoky Burger - Topped with melted Pepper Jack cheese, beef bacon, spiced breaded onion rings, fresh leaf lettuce, tomato, mango-infused smoky BBQ sauce & Chili’s Signature sauce. Served with a side of mango-infused smoky BBQ sauce.
Citrus Fire Chicken & Prawns - Marinated, grilled chicken breast topped with spicy garlic & lime grilled prawns. Served with rice, seasonal veggies & house-made pico de gallo.

Semua combo-combo ni didatangkan dengan pilihan soup or salad (appetizer) dan a scoop of vanilla ice cream untuk dessert.. Tapi uzu dan gang order dessert lain juga. Meltingnya tengok gambar chocolate ni..
Molten Chocolate Cake - RM22.05 - Indulge in moist chocolate cake with a melted chocolate center topped  with vanilla ice-cream & a crunchy thin chocolate shell.
Skillet Chocolate Chip Cookie - RM17.95 - Oven-baked chocolate chip cookie topped with vanilla ice-cream; drizzled with hot fudge.

Tengok gambar pun memang menyelerakan.. Apa yang uzu makan kat sini memang sedap..Macam-macam kami order so biasalah kerja blogger nak review makanan kat tempat baru dan menu baru, kena saling bertukar makanan tuk rasa.. Sejujurnya tak kecewa makan kat Chili's.. Tu sebablah kalau tengok kat mana-mana Chili's pun, memang ramai orang.. Uzu je tak berani masuk sebelum ni.. Haaa lepas ni?? Memang muka uzu je lah kan masuk Chili's lagi kan? Well kalau dah suka tu jangan cerita lah.. Memang akan datang berkali-kali tu.. hehe..

Ehh terlupa pulak Qhaliff ada waktu dinner malam tu.. Kat Chili's ni dia bagi free je meal kat budak yang berumur 12 tahun kebawah jika order kita tu main course..Tak taw pula Chili's ada buat Kids Eat Promo .. Patutlah ramai budak makan kat Chili's hahahaha baru perasan :D

Chili's ni kalau nak tau jenis Tex-Mex restaurant, yang mana menyajikan Southwestern-inspired and classic American flavours, dan sedikit ala-ala Mexico!

Fuhhh lama juga baru nak settle makan kat Chili's .. Kat ada set combo memang banyak nak habiskan.. Macam-macam kami makan sampailah tak larat nak drive balik.. Hehehe..Puas hati sangat dengan menu-menu special kat Chili's .. Boleh dapatkan menu ni 6 June - 5 July 2016. Mula dari pukul 6 petang setiap hari. :)

Untuk Matlumat Lanjut :
Chili's Mailing List: http://bit.ly/1TX8h6v