Day 5 Trip To Busan Korea (Last Day)

Day 5 Trip To Busan Korea | Salam. AKibat takde mende dah nak update so sambung lah update pasal trip ke busan korea yang tak habis-habis update tu. Hahaha.. Ok lah jom layan gambar je. uzu pon mood malas nak taip panjang-panjang :)

1) Busan Tower

2) Busan Gwangandaegyo Bridge . Yang ni best sebab jambatan ni akan naik selama 15 minit kalau tak silap..  Nampak gambar ni macam senyi kan tapi actually ramai orang kat tepi tepi tengah sibuk ambik gambar. hehehe.

3 ) Busan Station


4) Masjid Al-fatah . Lepas tersangat penat dan mengantuk giler, kami terus ke masjid al fatah tuk berbuka puasa. Haha sebelum berbuka tu, uzu tidur dua jam sebelum. Punya syok tido kat masjid ! hahahaha.. Gambar uzu cari tapi tak jumpa. nanti update.. Hehe..

Setel je hari kelima ni.. Kami lepak makan besar sikit dan belanja sorang traveller yang agak famous dengan solo bacpa berbulan2 di negara orang.. Semua baki makanan yg ada, semua bagi kat dia.. Kesian dia dah lama tak makan makanan malaysia :)


Bajet Day 5

beli tiket unlimed day pass 4500-duit
ambik duit 30000w
ke skydeck
naik bas 1300w
naik bas lagi sbb salah naik bass - 1300w
balik bas duit 1300
centrum city
lotte mart nompo beli susu 5900w
balik hotel sasang rehat jap
gerak berbuka kat luar - restoran rindu kampung masakan indonesia -10000
p e mart jalan2 cari barang
balik hotel

Total lost day 5 = RM199.44
*Baca Entry Berkaitan*


Baucer Memberli-Belah CJ WOW SHOP Untuk Ahli TONTON VIP Sempena Hari Malaysia

Baucer Memberli-Belah CJ WOW SHOP Untuk Ahli TONTON VIP Sempena Hari Malaysia | Salam. Sebelum uzu nak menaip panjang lebar. Biar uzu terangkan, apa itu CJ WOW SHOP. Haaa uzu pon first time dengar.. Maklumlah dah 3 tahun tak tengok tv sebab duduk di hostel tapi kalau bab tengok drama TV3 jam 7 tu, sanggup lah tengok live tv3 kat tonton.. Haaa kite dulu mmg selalu tengok tonton pon.. Tapi ini pertama kali uzu dengar pasal CJ WOW SHOP.

Apa itu CJ WOW SHOP ?

CJ WOW SHOP merupakan rangkaian beli-belah di rumah yang inovatif yang boleh ditonton dari televisyen, platform-platform telefon mudah-alih dan atas talian, yang membawakan kepada pengguna Malaysia suatu pengalaman untuk dari segi visual, bersifat interaktif serta imersif. Ditubuhkan pada tahun 2016, pihak syarikat mencari dan menawarkan produk dan perkhidmatan bermutu tinggi yang mampu memperkayakan gaya hidup pelanggan. Sebagai syarikat media dagang berorientasikan pelanggan yang terulung di Malaysia, kami membantu pelanggan untuk membeli-belah dalam keselesaan bersendiri, sama ada di rumah ataupun di mana sahaja, pada bila-bila masa. CJ WOW SHOP menyempurnakan lagi beli-belah di rumah dengan menyelaraskan kelebihan dan kepakaran yang terhasil dari kerjasama antara kumpulan media bersepadu terbesar Malaysia, iaitu Media Prima Berhad, dengan syarikat terkemuka global dalam bidang beli-belah di rumah dari Korea Selatan. CJ O Shopping Co. Ltd. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.cjwowshop.com.my

Apa pulak tetiba kaitan CJ WOW SHOP dengan TONTON ni ?

Tonton telahpun menjalinkan kerjasama dengan rangkaian membeli belah iaitu CJ WOW SHOP.Wahh menarik ni.. Kerjasama macam mana pulak tu? Sempena Hari Malaysia ni, CJ WOW SHOP berbesar hati ingin memberikan BAUCER RM30 untuk 1000 pelanggan pertama yang mendaftar sebagai ahli TONTON VIP dari 16septermber ini sehingga 30 september 2016..

Mengulas mengenai usaha kerjasama itu, Pengurus Besar tonton, Ben Jern Loh berkata, “Ini merupakan keistimewaan yang diterima oleh ahli tonton VIP.  Ini adalah janji kami untuk sentiasa memberikan layanan VIP kepada setiap pelanggan.  Tidak terhenti setakat itu, pelanggan tonton VIP akan mendapat lebih banyak keistimewaan seperti pas eksklusif ke konsert dan majlis anugerah antaranya Anugerah Juara Lagu dan Anugerah Skrin, selain diskaun istimewa ketika berkunjung ke Karnival Jom Heboh.”

Manakala baucar membeli-belah CJ WOW Shop yang diterima oleh pelanggan tonton VIP pula boleh digunakan untuk pembelian aneka produk daripada pelbagai kategori termasuk fesyen, kecantikan, digital, kediaman dan kehidupan.  Semestinya faedah-faedah ini amat menarik perhatian dan memenuhi kehendak ahli tonton VIP.

Apa Keistimewaan Bila Menjadi ahli TONTON VIP ?

Dulu.. kalau nak tengok movie ke, drama ke kat dalam Tonton, ada yang free dan ada yang kena bayar. Haaaa bila jadi TONTON VIP, kesemua drama ke movie ke semua boleh tengok. Dalam portal TONTON VIP ada lebih 23000 drama filem atau rancangan hiburan yang dari sejak duluuuu sehingga kini semua ada.. Untung tak jadi ahli TONTON VIP??

Boleh buka TONTON walaupun takde INTERNET?? Biar betul???

Yups. Yang ni uzu sangat terkejut.!! Hahaha baru tahu.. Menarik juga ni kan jadi TONTON VIP ni? Tapi dengan syarat kena download lah app TONTON .. So bila koranh takde internet, bosan-bosan tu boleh bukak apps tonton kan? Layan drama sambil balik kampung.. hehe. Dalam kapal terbang pon tak bosan :)

Pelbagai rancangan eksklusif turut menghiasi tonton sempena Hari Malaysia ini. Antaranya ialah It’s A Date, program berbentuk biografi yang mengikuti perjalanan kehidupan anak seni seperti Mia Ahmad, Fattah Amin, Keith Foo dan Soo Wincci. Program berbentuk hiburan, Crazee Stupid Stuff pula menyaksikan hos, Sharifah Amani melakukan pelbagai perkara yang berada di luar jangkauan fikiran. Kesemuanya hanya boleh disaksikan di tonton.

Keunikan Malaysia turut ditonjolkan di tonton menerusi rancangan yang memaparkan keindahan tanah air kita dari segi budaya hinggalah ke hidangan istimewa. Antaranya Hoods, Best In The World, Jalan Jalan Cari Makan, Homecoming dan Let’s Cycle.\

Jangan lepaskan peluang untuk nikmati kesitimewaan sebagai ahli tonton VIP di Hari Malaysia ini. Untuk maklumat lanjut mengenai tonton VIP dan CJ WOW Shop, sila layari tonton.com.my dan www.cjwowshop.com.my.

Tahu Tak Kenapa Facebook Tiba-Tiba Suruh Tukar Nama FB Dengan Nama Penuh ?

Tahu Tak Kenapa Facebook Tiba-Tiba Suruh Tukar Nama FB Dengan Nama Penuh ? | Salam. Kecoh kat laman sosial ketika ni apabila ramai yang heboh heboh Facebook dah suruh semua tukar nama FB dengan nama penuh.. Hehehe actually uzu adalah salah sorang YANG TAK PERCAYA mark nak suh tukar nama.Tetiba je kan beberapa minggu lepas, bila nak bukak fb, fb kita ter-logout sendiri. Dann keluarlah macam ni..

Uzu dengar cerita ada member kena suruh tukar nama siap bagi salinan IC. Kalau tak bagi salinan IC, dia akan delete akaun kita serta merta.. Ada juga yang member kena delete fb tanpa notifications. So daripada korang hilang nyawa korang, hilang hasil pendapatan bulanan melalu fb, sila lah tukar fb.

Tahu Tak Kenapa Facebook Tiba-Tiba Suruh Tukar Nama FB Dengan Nama Penuh ?

Sebabnya adalah seperti berikut.. Ini adalah sumber dari facebook. FACEBOOK AKAN DELETE AKAUN ANDA JIKA ANDA BUAT 4 BENDA INI!  Pastikan anda tak buat 4 kesalahan ini:

1. Guna nama samaran di Facebook
2. Guna jantina yang salah
3. Guna tarikh lahir yang tidak betul
4. Guna gambar profile palsu

Sumber : Khairi Arif

________________________________________________________________________________

" FB sedang membuat operasi besar-besaran membasmi akaun palsu. Kepada sahabat2 kat FB yang hensem dan cantik lagi permai. FB sekarang tgh buat operasi bagi menghapuskan nama profile FB yang guna nama aneh2. Yang pakai profile nama bunga, nama pokok, nama jebon, nama kereta, nama hantu, nama lampu, nama lipas kudung dan segala jenis nama, tak lama lagi akan diblock serta merta. So kalo sayang networking korang, ambillah buluh runcing dan tikamlah kaki mark zakerberg. Bukan. Kalo sayang networking korang, cepat2 tukar kpd nama sebenar dan pastikan tarikh lahir betul. Gambar profile pun letak la muka betul. Tak ensem mcm jalaluddin hassan pun x apa janji ada muka. Haa.. dah pesan ni.. "Tapi, mak tak bagi tunjuk muka kat tempat umum.." kau x yah main FB. Kau g tolong mak kau goreng bawang. " - Sumber :Hafiz Mansor

So selepas terjadi pada diri sendiri baru percaya apa yang dikatakan oleh mereka-mereka diatas ni.. Betull... Kalau batang hidung sendiri tak kena, selagi  tu tak percaya.. So sebelum fb delete akaun korang, baik korang tukar nama penuh.. Hehehehe.. Nanti facebook akan minta salinan IC. Kalau tak dapat bagi, bye bye je lah hehehehe. Tu je lah salam :)

P/s : Nama fb uzu,  Emas Putih II dan bertukar nama dengan paksa rela ke nama p
penuh sendiri Siti Aminah Idrus :)

The Face Shop : The Therapy First Serum & The Therapy Moisture Blending Formula Cream

The Face Shop : The Therapy First Serum & The Therapy Moisture Blending Formula Cream | Salam. Minggu lalu uzu ada dapat sekotak produk dari The Face Shop tap tak tau ape dalam dia. Haaa so uzu nak unboxing lah kirenya.. Agak-agak ade ape dalam kotak yang cantik tu eh? Jeng jeng jeng.. Hehe..

Wah bila buka kotak ada macam ni haa.. Dah macam buku dah kotak the face shop ni. Meletopp baq hang.. yang penting ayat dia " The Face Shop bring breathe of nature under the name, naturalism."
Bila buka lagi kotak ni,  ada produk ni The Face Shop.. Ada dua jenis produk dalam ni iaitu The Theraphy First Serum & The Theraphy Moisture Blending Formula Cream. Uzu dah well known dengan jenama The Face Shop tapi tak pernah nak pakai produk ni.. Tak mampu hehhee.. 
So uzu nak explain satu persatu produk ni.. Mesti ramai yang tak tau lagi produk terbaru dari The Shop Face ni.. Uzu pon x tau juga so bila dah pakai product ni.. dah tau serba sedikit lah.. Hehe

The Theraphy First Serum
The Therapy First Serum ialah serum yang diperbuat untuk anti-aging , anti kekeringan dan kelembapan tinggi.. The Therapy First Serum  diperbuat dari high class blending formula .. Produk ni adalah sesuai untuk wanita yang berumur 30 tahun ke atas, sesuai untuk kulit kering dan sesiapa yang sedia ada memakai the therapy produk memang digalakkan pakai serum ni..


kalau yang ada jenis kulit yang kering, korang digalakkan pakai setiap hari tanpa mengelapnye. Korang dap dap dap je dan biarkan sampai kering sendiri.


So apa beza serum ni dengan serum yg sedia ada yg lain, actually The Therapy First Serum ni extra protection yg mana sangat peneting untuk kulit muka kita lagi-lagi di negara Malaysia yg agak panas ni, of coz lah kena ada extra perlindungan dan The Therapy First Serum ni ada Thalassotherapy water yg mana meningkatkan lagi effect anti aging.

Bahan-Bahan The Therapy First Serum ?
Ia mengandungi bahan-bahan utama iaitu Thalassoteraphy yang bermaksud sea-treatment yang mana menggunakan lebih banyak mineral didalamnya.. Dalam serum ni ada mengandungi air laut, alga biru , oligo fur cell a ran, palmarosa, avacado, dan sandalwood.
 
Cara nak pakai ?
Pakai selepas korang cuci muka.. Bila dah cuci muka tu, ambik The Therapy First Serum ni, picit dalam 1-2 pam dan tempek kat muka korang. Dap dap dap dap dap... Apa-apa jenis serum ni mmg terbaik sebab serum adalah mempunyai sifat yang cepat menyerap kat kulit kita.. Kita dap dap dap je dah cepat kering.. Macam uzu, sebelum nak mekap kan... mesti pakai serum ni dulu..sebelum pakai toner bagai. Serum ni korang xperlu pakai cotton bad ke ape, just pakai tangan je.

The Therapy Moisture Blending Formula Cream
The Therapy Moisture Blending Formula Cream adalah krim untuk kulit kering sebab krim ni dibuat dengan lebih moisture yang akan melembapkan kulit kita. The Moisture Menggabungkan Formula Cream terdiri daripada lapisan atas yang merupakan campuran minyak pati dan air talasoterapi dan lapisan bawah krim sangat pelembab.

Pelembap yang mewah dirumuskan mengandungi air Thalassotherapy dan 3 jenis minyak pati semula jadi (Palmarosa, Avocado yang Sanalwood). Ia melembapkan dan mengekalkan kulit yang berembun dan terhidrat sepenuhnya. Kulit tidak akan merasa kering dan melambatkan proses penuaan.

Apa yang bestnya bila pakai The Therapy Moisture Blending Formula Cream ni, muka kita tak melekit dan ianya akan membuatkan kulit kita akan lembap sepanjang masa. Krim ni adalah dari anti age, antry dry, dan high moisture top class blending formula.Formula yg terbaik untuk menghasilkan krim yang terbaik.

Cream ni adalah hand made water blending therapy yang mana Thalassotherapy water dicampurkan dengan 3 jenis minyak pati . Ianya akan jadi Rich moisture cream. So that cream akan di mix kan dan akhirnya akan hand made water blending  cream.
Apa perbezaan oil blending cream dengan moisture blending cream?
bahan-bahan untuk kedua-dua produk ni adalah sama dan yang membezakan antara dua produk ini ialah produk terbaru (moisture blendiing cream" mengandungi tholassotheraphy water yg mana air ni adalah bahan utama untuk melembutkan lagi kulit kita.

The Face Shop The Therapy Moisture Blending Formula Cream menggabungkan Formula Cream adalah pelembap yang dirumuskan yang amat sesuai untuk musim panas, tetapi tidak satu keajaiban produk anti-kedut! ianya baik untuk penghidratan, terasa menyenangkan pada kulit, manfaat anti-penuaan mungkin. Tetapi yang tak bestnya beberapa bahan comedogenic, mungkin tidak sesuai dengan semua orang..

Cara nak pakai ?
Ok lepas je basuh muka.. Pakai lah serum.. Lepas tu bila serum dah meresap. Boleh pakai cream ni. Bila buka penutup cream ni, gaulkan dengan sudip/spatula dengan gerakan membulat untuk 10saat. Boleh pakai siang dan malam. Pakai jangan melebihi had.

Bahan-bahan utama:
Air talasoterapi (terapi Eropah yang menyampaikan kelembapan jauh dan tenaga untuk kulit) yang mengandungi 100 kali daripada air mineral Evian Eropah yang terkenal
3 jenis minyak pati (Palmarosa, Avocado & Sandalwood) untuk kesan anti-kering

Kesimpulannya disini, untuk yang suka cantik atau pon pada sesiapa yang ada kulit kering, yang nak nampak muka sentiasa, nak kulit lembap selalu, kena wajib ada 2 produk ni iaitu The Therapy First Serum & The Therapy Moisture Blending Formula Cream . Dua-dua ni gabungan hebat yang memberi kesan yang baik..  Uzu dah pakai kedua-kedua produk ni.. Uzu yang jenis sangat-sangat oily ni pon dan kurang oily bila pakai mekap.. Lagi pon mekap terus jadi tahap lama...Most recommanded :) nantikan review testimoni uzu kat instagram ye :)

Harga
The Therapy First Serum (130ml) - RM148.29 (Inclusive 6%)
The Therapy Moisture Blending Formula Cream (50ml) - RM174.90

Matlumat Lanjut

#thetherapyfirstserum #FIRSTmakesbeauty


UPM Research Product : Sabun Herba Kantan Premium By Mykantan

UPM Research Product : Sabun Herba Kantan Premium By Mykantan | Salam semua. Sebelum hari raya haji ni kan, uzu nak update blog lah sementara uzu tak busy sangat. Sebab lepas ni uzu akan busy nak balik Kelantan sempena hari raya haji yg bakal menjelang..

Ok nak cerita pasal produk yang uzu kagumi ketika ni sebab ianya salah satu product dari UPM Research Product yang mana kalau produk yg dari researcher ni lagi-lagi dari UPM yg kita well known dah antara Universiti terkemuka di malaysia. Produk-produk ni terdiri daripada sabun herba kantan..

Antara produk yang uzu bertuah nak review iaitu..

Golden Citrus (Buahan Citrus)
Golden Citrus ni ialah sejenis buahan citrus yang mengandungi ekstrak bergamot. Aromaterapi yang menaikkan semangat. Ni sabun herba untuk mandian.. Kalau ada orang yg jenis bau badan sangat lah bau, haa boleh guna sabun ni tuk mengurangkan bau badan.

Cinnamon facial Soap(Sabun Muka Kulit Kayu Maniis)
Cinnamon Facial Soap ni ialah sabun herba dari kayu manis.. Heheh patut lah bau kayu manis.. Sabun ini diperkaya dengan ekstrak minyak pati kayu manis, madu dan rumpai laut. Kulit kayu manis secara amnya bertindak sebagai agen anti bakteria bagi mengelakkan pembiakan jerawat dan kesan hitam akibat jerawat. Bukan tu je, dalam sabun ni ada rumpai laut yg mana rumpai laut dah dikenali kebaikkannya iainya untuk mengekalkan kelembapan pada kulit muka. Bukan tu je, sesiapa yg muka jenis banyak minya, haaaa macam uzu ni lah, muka berminyak sangat-sangat mmg sesuai pakai sabun ni... Sabun ni boleh digunkan tuk lelaki dan perempuan.

White Euca (Kulit kayu Putih) dan Floral Bath (Mandi Bunga)
Yang sabun kaler biru (white euca) tu ialah sabun dari kulit kayu manis. Ni sabuntuk mandian juga.. Baik untuk batuk dan demam.. Sape yang jenis tak makan panadol waktu demam tu, mmg sesuai lah mandi guna sabun ni.. Haaa yang bestnya, sabun ni mengugrangkan jerawat pada badan kita.. tipu lah kan kalau kite kata badan kita takde jerawat... Mesti ada punye. So ni lah sabun yang sesuai tuk jerawat badan.. Sangat sesuai tuk lelaki yg selalu buka baju.. Hahaha,... Bagi yg selalu mengalami sengal-sengal otot dan juge kalau ada luka-luka kat bada kite mmg sabun ni mempercapatkan lagi penyembuhan luka.Wahhh menarik sabun ni..

Yang sabun merah tu pulak ialah antara sabun yang uzu sangat suka sebab dia wangi. Hehe.. Floral Bath iailah sabun mandi bunga  yg dikombinasi daripada beberapa jenis bunga dalam 1 sabun.. Siapa yang jenis selalu buat mandi bunga tu, mesti tahu berapa jenis bunga yg diorang pakai. Tak silap uzu dalam 7 jenis bunga.. yang penting bilangan bunga kenalah nombor ganjil.. Floral bath ni elok tak tuk menyerikan lagi seri kecantikan seseorang dan boleh memanjakan dan menyegarkan diri si pemakai..
Elok sangat ada sabun floral bath ni sebab tak payah kite susah-susah nak g cari bunga.. Tak sabar nak guna floral bath ni..
Rose Sensation Multipurpose Spray
Yang ni paling menarik ni.. Hehehe spray ni 4 dalam 1 tau boleh guna ! Haaa uzu suka sangat-sangat.. Spray ni ialah Rose Sensation Multipurpose Spray yang mana bolah guna sebagai penyegar rumah, pembersih meja, pembersih cermin dan ironing aid. Sape yang suka iron baju tu kan, ada yg jenis suka semburkan air biasa kat baju dia supaya senang gosok, haaa gantikan air biasa tu dengan spray ni.. So 4 fungsi dalam 1 botol spray.. Memang seronok lah uzu lepas ni.. Wangi lah bilik.. Hehe.

So semuanya ada 4 jenis sabun yang uzu dapat dan 1 spray.. Spray ni takde jual satu persatu tau so kalau nak daoatkan FREE spray multipurpose ni, boleh beli dengan HARGA PROMOSI SEMPENA HARI RAYA HAJI iaitu beli mana-mana 3 jenis sabun dan korang akan dapat spray diatas.. Sonok tau spray ni.. Boleh letak dalam kereta.. Spray ni ada 2 jenis.. Satu lagi jenis spray serai wangi.. Spray serai wangi tu boleh menghalang nyamuk so insyaallah dengan spray serai wangi boleh mngelakkan dari kes virus zika.. Mencegah lebih baik daripada merawat.. Hehe.

So sesiapa yang berminat nak beli sabun-sabun herba kantan premium ni, bolehlah tengok info kat bawah.. Better korang beli sabnu yang banyak khasiat daripada beli sabun hanya tuk anti-backterial je kan.. Hihi. So kita pon sentiasa sihat walafiat gituew.. InsyaAllah :) ok lah salam..


Harga:
Golden Citrus (Buahan Citrus) - RM24.90
Cinnamon facial Soap(Sabun Muka Kulit Kayu Manis) - RM24.90
White Euca (Kulit kayu Putih) - Rm24.90
Floral Bath (Mandi Bunga) - RM24.90

Harga Promosi Sempena Hari Raya Haji

Beli mana-mana 3 sabun dengan harga RM59
FREE POSTAGE
FREE MULTIPURPOSE AROMATHERAPY SPRAY

Untuk Matlumat Lanjut:
Website : www.kantan.my
Facebook : https://www.facebook.com/kantanpremium
Instagram : @mykantan  
Whatsapp : 018-3142018 / 013-6850018

NIVEA Skin Delight. Untuk Kulit yang Lembut Berseri, Haruman Berpanjangan

NIVEA Skin Delight. Untuk Kulit yang Lembut Berseri, Haruman Berpanjangan | Salam semua. Dah lama uzu tak pakai losyen.. Last beli tahun lalu.. Berhenti sebab tak sesuai dengan kulit.. So sejak tu lah tak cari losyen baru.. Tapi last sekali kena cari losyen juga sebab kulit tangan dan kaki semakin kasar dan nampak kusam.. Tu pasal uzu paksakan diri cari losyen.. Tengok-tengok terjumpa NIVEA !

NIVEA ni losyen nya kebetulan ada keluaran terbaru iaitu NIVEA Skin Delight. First time tengok, packaging nampak menarik sebab ada unsur islamik gitu.. Ada tulisan arabic.. Lembut je rasa hati tengok packaging dia haa. Rupanya produk ni diimport dari middle east.
Tau tak kenapa uzu suka NIVEA Skin Delight ni ? Sebab dia mengandungi “oil in body milk” formula yang pampering. Bila sapu sesetengah losyen kat badan atau tangan, losyen tu macam melekit.. Kita nak pegang barang pun susah. Haaa tapi jujur uzu kata kan, NIVEA Skin Delight ni memang tak melekit wei ! Cepat je menyerap ke dalam kulit tapi bila cepat menyerap, losyen ni takde lah terus rasa kering.. still badan atau tangan rasa lembap2 sikit. Kulit terasa lembut berseri dengan serta-merta..

Sebelum tidur tu, uzu akan luangkan masa sendiri iaitu ME TIME, masa yg mana uzu ambik dalam 10minit nak uzu rasa relax sebelum tidur.. ME TIME uzu selalunya uzu manjakan diri dengan NIVEA Skin Delight.. Bila ada NIVEA Skin Delight ni, uzu akan rasa sangat tenang .. Wangian kedua-dua NIVEA Skin Delight ni memang mencipta mood yang baik dan fikiran pun automatic jadi relax..

Uzu dah seminggu pakai NIVEA Skin Delight ni memang bagi kulit kita licin, kulit kita nampak berseri-seri, dengan wangian yang berpanjangan..Tekstur dan aroma yang sangat best.. Tekstur lembut dan tak melekit .. Yang best aroma yang sangat wangi dengan aroma feminine rose dan aroma lavender..

NIVEA Skin Delight yang terbaru ni ada 2 jenis iaitu bauan "glowing rose" dan "relaxing lavender" ..  Sedap lak kedua-dua jenis bauan losyen NIVEA Skin Delight ni .. Lembut .. Opkoz lah bau ros dan bau lavender.. Tak menyucuk hidung, wangi sangat-sangat..
Glowing Rose
Relaxing Lavendar
Bila ada bauan macam ni kan, kita pun jadi yakin dengan diri, tak pakai perfume pun tak pe, just pakai losyen badan ni haa yang sangat tahan lama.. I lebiu NIVEA !! Tetiba tak sabar nak tunggu malam ni, nak pakai losyen badan ni.. Hahaha takde keje punya pasal lah tu.. Teruja kejapp la sbb dah dapat losyen yang sesuai dengan kita..

Glowing Rose memberikan bauan feminin dan Relaxing Lavender untuk menenangkan deria kita.. 

NIVEA Skin Delight ada 2 saiz yang kecik dan besar iaitu dengan harga pengenalan RM11.90 (Harga biasa RM16.50) untuk saiz 250ml dan RM17.50 (Harga biasa RM21.90) untuk yang bersaiz 400ml.. 

So sesiapa nak tau lebih lanjut tentang NIVEA Skin Delight ni , boleh tengok kat facebook, cari NIVEA atau tekan link ni https://www.facebook.com/mynivea :)

Keperluan yang wajib ada setiap hari :) 
#NIVEASkinDelight #OilinBodyMilk

Income Emas Putih Dari Hasil Blogging Sebulan

Income Emas Putih Dari Hasil Blogging Sebulan | Salam.. Sedar tak sedar dah 6 tahun uzu berblog.. Start serius dapat income ni sejak start study kat semenanjung.. Lepas tu dah masuk KBBA , lepas tu abg ben lah orang yang ajar camna nak dapatkan income macam ni.. Tq abg ben.. Muahciked..

Uzu pon tak taw nak citer macam mana boleh dapat income macam ni.. Panjang.. Macma-macam berkorban tuk brand kan nama sendiri dan macam-macam buat tuk PR kenal kita.. Macma-macam juga buat tuk tambah follower dan naikkan  traffic  blog..  Alhamdulillah skearang pv pun dah maintain 10000+ setiap hari ..Lagi tinggi pv, lagi tinggi social media dan lagi tinggi payment kita dapat.. 


Tapi kekadang tak cukup juga sebab student mcm uzu ni lagi2 swasta, nak bayar beribu2 setiap semester, yuran hostel beribu2 bagai juga, dengan makan dan komitment serta travel yang kerap, maka tinggal berapa hengget je akhirnya. Hahahahaha.. Apa pun semua rezeki ditangan Allah.. Jangan lupa bagi $$ kepada adik beradik serta family yg banyak habis puluhan ribu tuk uzu sambung degree. Tak sabar nak habis belajar.. Pening dah asyik nak fikir nak bayar yuran je..Huwaghhhhh ok lah tu je salam :)