Review : Idaman Villa Homestay Melaka

Review : Idaman Villa Homestay Melaka | Salam.. Bagi sesiapa yang ingin bercuti ke Melaka dan tengah mencari rumah yang besar macam ni? Yeahhh uzu cadangkan korang menginap di Idaman Villa Homestay Melaka  sebab villa sesuai untuk keluarga yang besar sama ada tujuan untuk bercuti, ataupun penginapan untuk keluarga pengantin yang datang dari jauh, ataupun family day kat ofis ke, atau pun gathering atau macam-macam tujuan boleh asalkan skalanya adalah besar, Idaman Villa Homestay Melaka adalah sangat sesuai untuk percutian anda..

Bulan lalu uzu ke Melaka, alkisahnya uzu g kenduri kahwin belah pihak lelaki kat Melaka.. Family dari Sabah datang semata-mata untuk ke majlis tersebut.. Tahu tak berapa ramai orang datang? nak nak 20orang.. Kami duduk dalam satu homestay sebab nak jimat.. Tapi tau tak homestay tu kami berebut bilik? Tapi tak muat.... Terpaksa yang bujang tido kat luar.. Sedih tak? Tu sebab lah penginapan yang sesuai adalah penting untuk keseleasaan kita..

So ceritanya kat sini ialah, Idaman Villa Homestay Melaka adalah villa yang sangat besarrr gilerrr weii baq hang.. Serious ni.. Uzu menginap kat Idaman Villa Homestay Melaka bersama kakak-kakak serta sepupu2 yang kebetulan datang ke KL dan memang rezeki diorang lah kan dapat menginap kat villa yang besar ni.. Masing-masing excited !!

Apa yang istimewanya tentang Idaman Villa Homestay Melaka ni??

Villa yang terletak di bandar Melaka. Rumah yang berkonsep moden mempunyai 3 tingkat keseluruhannya.. Setiap tingkat mempunya 3 bilik yang boleh memuatkan lebih dari 8 orang. Dalam rumah ada 7 bilik dan serumah boleh muat dalam 18orang.. Ada 6 bilik air. Kemudahan internet yang sangat laju dan 50+siaran tv. Semua bilik tidur dilengkapi penghawa dingiin dan hot shower. Dapur yang lengkap dengan peralatan memasak seperti dapur gas, peti sejuk, periuk nasi, dan kelengkapan memasak. Tidak lupa juga ada BBQ pit.. So korang boleh BBQ memalam.. Syok kan?

Ruang Legar

Ok jom layan gambar dalam rumah pulak..

Tingkat 1(bawah) - Ruang Tamu, Bilik Tidur, Tandas, Ruang Makan
 Ruang Dapur . Ada bilik dan tandas kat sebalah kiri gambar.. Boleh lah tuk maid tido. Hehe.

Tingkat 2 - 3 bilik tidur, Tandas, Ruang Tamu
 Gambar atas ni ruang tamu tingkat 2 
 Bilik tidur Queen x 2
 Bilik tidur - Single x2
 Bilik tidur Single x 2

Tingkat 3 - Master room, Bilik , Toilet, Ruang Tamu
Uzu menginap kat bilik ni so uzu suka sangat-sangat bilik master room ni.. Hehe nampak tak master room ni ada bersambung ngan katil sebelah? Haa katil sebelah tu gambar kat bawah..

 Ruang Tamu
Sonok kan tak yah turun tingkat bawah kalau nak tengok tv??
 Bilik Queen x 1
 Yang bestnya ada tempat lepak kat tingkap.. Boleh borak-borak sambil tengok bintang waktu malam.
Bila petang duduk lepak tengok sunset dari bilik jer..
Ada bilik yang uzu lupa ambik gambar, nanti uzu edit dan upload semula kat sini..  Gambar bilik ketiga tingkat 3 uzu takde gambar dan bilik tingkat bawah sekali yang konon-konon bilik maid tu..

Kesimpulannya, 

Untuk tingkat 1, ruang tamu yang besar, tv yang besar, internet yang laju, kemudahan memasak lengkap, tandas yang bersih , siap ada bbq bagai kat luar, ruang legar yang sangat bersih dan luas memang uzu puas hati semua benda.. Bayangkan dalam villa ni semua lengkap.. Takde benda yang takde.. Tu yang speechless habis.. Puas hati lah..

Tingkat 2 pulak, uzu suka suasana bilik tingkat 2 sebab semua menghijau je.. Dengan cuaca panas kat luar, dalam runah kenalah kaler yang sejuk sejuk, yang mendamaikan macam bilik-blik di tingkat dua ni.. Uzu suka bilik yang ada katil besi kaler putih tu.. Cantik katil tu.. Beli mana? Hahaha Btw sangat advantage sebab rumah ni kat corner lot so view bilik semua cantik-cantik.. Nasib baik semua bilik ada aircon... Takde lah rasa panas kan??

Tingkat 3 lagii lah uzu suka... master room besar giler.. Meroyan bila masuk bilik tu.. Ada 1 king bed dan 1 queen menjadikan bilik boleh muat 4 orang, kalau ada anak-anak tu boleh ambik extra tilam letak kat bawah.. Lagi meriah ye dak? Sonok duduk master room ni.. Terasa macam orang kaya kejap hahaha... Selama ni tidur kat katil single je mampu wakk.. mana pernah nak tido kat katil King.. Memang tak nak keluar bilik jawabnya.. 

Untuk kemudahkan orang Islam, ada sejadah disetiap bilik, arah kiblat pun ada. yang best ada extention kat semua bilik. Hahahahaha yang extension memang wajib ada tau , of coz ramai yang happy tengok extention ni.. Terbaiklah kepada team Idaman Villa..

Untuk Idaman Villa Homestay Melaka , uzu bagi 10/10 bintang !! Semua perfect cuma ada beberapa perkara yang kurang dan uzu telah usulkan kepada Encik Bari, alahh takde benda negatif yang serius, benda kecik-kecik je.. Hehehe teringin nak datang lagi lah bawak family dari Sabah reramaii datang sini.. Family hari tu kata dia jeles tengok kami stay kat Idaman Villa Homestay Melaka ni. Dia pun nak datang jugak nanti.. Uzu sangat-sangat recommanded korang datang sini yer...Serius uzu cakap.. Ok lah tu je lah Salam  :) 

Untuk Matlumat Lanjut/ Tempahan:

Contact : Encik Bari ( 012-2118246 )


*Thank You Idaman Villa Homestay Melaka*


Ada Bisnes ? Meh Beriklan / Review/Promote Dengan Emas Putih !! Harga Kasih Sayang Meh !!

Ada Bisnes ? Meh Beriklan / Review/Promote Dengan Emas Putih !! Harga Kasih Sayang Meh !! | Selamat petang.. Tengah update profile kat client.. Tiap beberapa bulan mesti update profile.. Alang-alang tengah update kat client tu, update kat sini pulak.. Mana tahu ada yang nak beriklan kat blog saya http://www.kisahemasputih.com/ .. Kalau ada bisnes ka nak review promote , boleh PM saya untuk harga kasih sayang :)

EMAS PUTIH (UZU)

Pageview : 15000+ /day
Follower : 90441
Likes : 12000+
Follower : 29750 
Follower : 4006

Achieve : 
-Local Brand Ambassador (Duta Produk)
- Winner dlm kategori BEST ENGAGING BLOG di MSMW2016
- Top 5 dalam kategori BLOG PILIHAN ONLINE  di ANUGERAH PILIHAN ONLINE 2016 (Live on TV2)

Featured on newspaper : 
MINGGUAN WANITA, MAJLAH DARA, MAJLAH REMAJA, UTUSAN MALAYSIA(2x), HARIAN METRO

Featured on TV : 
Rancangan WALLA di TV1 bersama cher brian( Aired on Nov 2016)

Siapa nak beriklan, boleh whatsapp +6010-937-9609 .

Alhamdulillah.. Bakal Tamatkan Zaman.....................?

Alhamdulillah.. Bakal Tamatkan Zaman.....................? | Salam.. Setelah hampir 3 tahun, akhirnya uzu bakal menamatkan zamat dot dot dot dot tak lama lagi. Alhamdulillah.. Sonok sangat sangat!!

Heee agak-agak zaman apa eh? Menamatkan zaman bujang ke? Hahahaha tak lah.. Bukan zaman bujang.. Menamatkan zaman belajar. Wohaaaaaa lega rasa bila dah habis belajar.. Aloo baru ijazah ye dak? Nak bangga apadiaaaaaa? Op kos lah bangga wei.. 3 tahun kot bersusah payah .. Berpeluh ketiak kite. Hoho. Kenangan suka duka gembira menangis berusah senang bersama.. :)

Hari tu... ceritanya... bulan lalu.. sebelum habis study, tengah penat siapkan thesis, memang perasaan tak nak sambung belajar. Siyes ! Tak nak! tapi bila dah lega , dah lepas VIVA thesis, thesis pun dah siap, ada pulak keinginan nak sambung belajar..Nak sambung master pulak dahh... Ntah dari mana datang semangat tu ntah..  Uzu tak ready lagi nak keje ni. Siyes... Uzu nak jadi lecturer u olls. Apa pun semoga impian ni tercapai lah diknon.. Ni kan impian ibubapa serta keluarga yang mengharapkan anak dia sorang ni jadi orang yang berguna kelak.. Gitu..Doakan ye semoga dipermudahkan..

ok lah yg bab nak tamatkan zaman bujang tu. Mohon doakan yang baik-baik sahaja :) Terima kasih korang semua. Salam :)

Day 5 : Muslim Trip in Kyushu Japan (Kumamoto - Fukuoka)


Day 5 : Muslim Trip in Kyushu Japan | Salam. Ni lah hari terkahir kami jalan-jalan kat Kyushu. Esok hari dah balik Malaysia dah. So untuk hari terakhir ni, cuaca tak berapa baik sangat sebab musim typhoon. So hujan rintis-rintis mengiri perjalanan kami.

1) Suizen-ji Joju-en Garden
Suizenji Taman (水 前 寺 成 趣園, Suizenji Jōjuen) adalah, Jepun taman landskap gaya yang luas di Kumamoto, terbaik dinikmati oleh berjalan di sepanjang jalan yang bulat. Ia dibina oleh keluarga Hosokawa pada abad ke-17.

Taman ini mengeluarkan semula 53 stesen jawatan sebagai Tokaido, jalan raya penting, yang menghubungkan Edo dengan Kyoto semasa Tempoh Edo, dalam bentuk kecil, termasuk Mt. kecil Fuji.

Cantik pemandangan kat sini. Semua pun menghijau. Hijau dia bukan macam daun hijau kat malaysia. Hijau dia macam hijau pucuk pisang yang muda. Gitu lah kekdahnya. Kalau musim bunga mesti banyak bunga mekar di kawasan ni. Sonok kalau berphotoshoot bagai.
 Cantik tak?
 jambatan adalah seperti jalan menuju pintu kejayaan 
 cuaca tak berapa baik. nak hujan..
Kami tak lama kat sini sebab hujan dah mulai turun. Tak sempat kami nak keliling kawasan ni so insyaallah nanti nakk datang lagi ke sini. hehehehe.

2) Kumamoto Castle
(Kumamoto-jo) adalah salah satu daripada istana yang paling terkenal di Jepun, bersama-sama dengan Himeji dan Castles Nagoya. Ia dibina oleh daimyo Kato Kiyomasa yang memerintah rantau ini, pada awal abad ke-17. Istana sebelumnya telah kecil, dan ia mengambil masa kira-kira tujuh tahun bermula pada 1601 untuk disiapkan. Tapak langkah-langkah kira-kira 1.6 km timur ke barat dan 1.2 km utara ke selatan, termasuk struktur seperti menara utama dan bangunan lain. Dinding batu menara istana adalah 13.5 m tinggi dan menara utama itu sendiri adalah 30.29 m. menara utama itu adalah daripada pembinaan kompleks dan kukuh. Struktur dinding batu dipandang sangat tinggi. 
ni lah gambaran keseluruhan kumamoto castle
 pertama kami pakai kimono. Terujaa
 Naik kuda. Meletop tak hakak?
 Lepas setel je lepak kat kedai-kedai mi
ter-beli ais kacang yang berharga RM20

3) Nikko Hotel “Le Celebriti
Beralamat di 2-1 Kamidouri, Chuo Ward, Kumamoto. Untuk tempahan boleh hubungi +81-96-211-1663. Harga bagi Full Course Menu adalah 3,800 yen atau lebih kurang RM150 seorang.

Kat sini camera tengah cas. So takde banyak gambar sangat ambik. Ni pertama kali makan kat hotel jepun. Hotel ni pun bertaraf 3 bintang. Terujaa sangat-sangat dapat merasai macma-macam makanan semasa lunch kat sini :)

4) Kumamoto Masjid
Pusat Islam Kumamoto adalah masyarakat Muslim cuba untuk menganjurkan aktiviti-aktiviti Islam seperti solat Jumaat, solat Hari Raya dan sambutan Ramadan, di Kumamoto, Jepun.

Disini adalah satu-satunya masjid di Kumamoto. Yang banyak stay kat sini ialah pelajar-pelajar dari universiti yang beragama islam.Pelajar malaysia juga ada menginap disani. Bangga sangat bila jumpa dengan orang sendiri.
 terserempak pelajar muslim tengah solat
 keadaan di tempat solat perempuan,
Bila dah setel, kami berborak dan berjumpa dengan pelajar-pelajar malaysia dan indonesia. Mereka sangat ramah dan alhamdulillah salah satu pelajar malaysia tu, dialah yang menguruskan masjid kumamoto ni :) 

5) Tosu Premium Outlet
Mana-mana outlet pun reka bentuk bangunan sama , sama ada kat malaysia mahupun jepun atau korea. So mesti korang dah dapat banyangkan mcm mana Tosu Premium Outlet kat sini. Uzu tak guna duit banyak sebab nak save duit nak beli jam Gshock. Tapi tapi tak jam Gshock sangat mahal harganya kat sini. Ada member beli jam Gshock original kat jepun, maybe kat Osaka, dalam RM100 lebih gitu je.. Tapi takde rezeki nak jumpa jam murah so balik !

Kalau nak jimat masa, tengok peta ni dan cari brand yang korang nak. Agak besar TPO kat sini
 Sama ja kan macam kat JPO, MPO ?
 Cafe kat TPO ni..
 Tour guide belanja kami aiskrim hehehe.

6) Nabi San Restuarant
Bertempat di 6-11-37 Hakozaki, Higashi Ward, Fukuoka City, Fukuoka. Restoran ni menyediakan makanan halal sepenuhnya. Harga menu sekitar 900 yen sehingga 1,600 yen. Hubungi +81-90-4484-4020 untuk sebarang tempahan dan pertanyaan lanjut.

Last dinner kat jepun. hehhe sedihnya rasa.. Kali ni kami makan makanan arab. Wohaa dah lama tak makan masakan arab. Selalunya nasi kat jepun, sikit je kan? kali ni ambik kauuu ! Penuh nasi . Haa kan tak habis.

7) Check in di Washington Hotel
Macam-macam hotel kami menginap. Yang kat sini pun best juga tapi bilik dia sempat sikit. Hehe tapi apapun sangat selesa.

What???Dah sampai ke akhit trip..?? Ohmaigadd! Tak puas lagi jalan-jalan kat Jepun ni terutamanya kawasan Kyushu. Ohmaigaddd. Nak datang lagi please.. Heheheheh. Berakhir suda perjalanan kami di Kyushu Japan. Esok nya takde pape nak update sebab esok pagi p airport je untuk balik KL. Fuh sedihnya rasa :(

Terima kasih untuk blogger-blogger sepanjang trip ini, Nisa Kay, Shea Rasol, Lan Careno dan Sohoque. Macam-macam kita lalui bersama-sama sepanjang trip ini. Bergembira, berduka (adeke?) berpanas, berhujan, berlapar, berkenyang pun bersama. Gelak ketawa semua memang akan dikenangan sebagai trip blogger paling best sepanjang hayat ini *chewahhh* .

Terima kasih yang tak terhingga kepada Japan National Tourism Organization (JNTO) sponser utama trip muslim kami di Kyushu Japan. Kalau takde trip ni, sampai bila-bila pun uzu tak tau wujudnya Kyusju di Japan. hehehe. Thanks JNTO :)


Special Thanks to :
Tourism Japan For Muslim Trip at Kyushu Japan