(Whitening) Carbon Peel Laser VIPPS Koreana Clinic Kota Damansara : Tips Nak Kulit Putih Melepakk Macam Emas Putih !

(Whitening) Carbon Peel Laser VIPPS Koreana Clinic Kota Damansara : Tips Nak Kulit Putih Melepakk Macam Emas Putih ! | Salam. Wahhh last week uzu sangat busy dengan event. Macam-macam jemputan dapat. Kali ni uzu isikan masa dengan memanjakan kulit muka di VIPPS Koreana Clinic Kota Damansara. Eecehh tajuk uzu macam nak termuntah.. Sejak bila uzu putih melepak? Hahahahahaahha ramai yang cakap uzu putih , tapi actually tak... Uzu just putih dalam gambar tapi realitinya uzu hitam suam suam..

VIPPS Koreana Clinic Damansara

"ViP Koreana is your one-stop center for all your aesthetic and beauty needs. Let us help you achieve your idea of perfection in beauty under the expertise of our trained and qualified professionals and attentive personnel. Being able to feel good about one’s self is one of the reasons why many people undertake cosmetic enhancement procedures. At VIP Koreana, you can be assured of expert advice and support, and suitable treatments will be recommended to help you achieve the best possible results."
So VIPPS Koreana Clinic ni macam-macam treatment ada antara salah satunya iailah Carbon Peel Treatment .. Ni haaa tau  tak korang... uzu excited sangat-sangat nak p treatment ni sebab tak pernah lagi buat laser kat muka ni.. Lagi-lagi bila uzu tahu, uzu buat tuk whitening.. Memang happy dan seronok lah.. Siapa tak nak putih wei? Muka uzu dah makin hitam sebab asyik p melancong situ sini .. Tu sebab uzu nak kulit muka jadi putih.. Alaa kalau tak putih, muka bersih tanpa sebarang jerawat pun dah kira bersyukur habis.. Hihi..

Kulit uzu ni berjerawat, pori muka besar, black head, white heat semua ada. Cuma kalau dalam gambar memang tak nampakk la. Tapi itu lah realtinya kulit muka seorang uzu..

VIP-Carbon Peel Laser Treatment

Rawatan yang tidaka menyakitkan..Membantu untuk meremajakan kulit muka . Ia berfungsi sebagai rawatan yang membuat pembersihan secara mendalam  dalam masa yang sama meransang pengeluaran kologen  kulit, meninggalkan kulit mati dan kulit menjadi bersih. Rawatan ni kejap je da;lam 10minit .

Untuk treatment ni, uzu buat Carbon Peel Laser for whitening.. Wahhh org tu kata kan, hari ni buat treatment, esoknya dah terus nampak kesan putih.. kalau tak putih pun kan, esoknya kulit jadi bersih!! Wohaaaaaaaaaaaaa tak sabar weii korang !! Jom kita start buat treatmment...

Mula-mula yang pakai mekap macam uzu tu, kena remove mekap.. Nasib baiklah diorang tolong buangkan mekap. Best wooo kena gentel-gentel muka ni.. Rasa macam nak tido.. Hihi.. Ok ni muka dah siap basuh muka, then dia letak carbon peel.
 
Rasa macam toyol je kan pakai masker hitam ni? Hahahha nasib baik ada nampak lagi rupa uzu.. Kalau tak .. pengsan korang..
 
Gambar kat bawah ni gambar doktor tengah buat laser carbon peel.. Bunyi dia macam poop popp ada percikan api di muka. Ce korang tengok video kat bawah ni..

Ini lah muka selepas 10 minit je kena poppp poppp poppp muka ni.. Nampak je sakit kan? Serius weii tak sakit ! Tak rasa apa pun... Pedih pun takde.. Ye lah rawatan laser kan.. Macam suluh lampu kat muka lah.. Mana ada rasa..
And last sekali, uzu pakai masker buah. rasa buah strawbery je. Wangi.. Sejukk sejukk je. Sesambil paka masker selama 15 minittu, uzu bolehlah merehatkan diri .. 15 minit tu kejap je wei..
 
Sampai situ je treatment nye. Lepas buka masker tu.. Terus kena letak serum.. Then uzu kena bagi minum warm water. untuk melegakan tekak dan badan.. Ok dah setel treatment uzu..

Hasil Selepas Buat Treatmenttt !

Nak tau tak apa hasilnya lepas treatment? Haaaaa uzu tak perasan muka uzu jadi putih, cuma uzu perasan kulit bersih sikitttttt . Sikit je.. tak banyak.. Uzu sekarang memang tengok fokus nak cantikkan kulit muka ni... Uzu rasa, treatment ni sesuai untuk uzu sebagai seorang beauty blogger kan. nak jadi beauty blogger , muka kena cantik.. Ye dak? Ingat bulan depan.. kalau ada duit lebih, uzu nak buat treatment ni lagi.. Hihi...Tak sabarnya wei rasa nak kulit bersih ni.. :)

Sesiapa yang berminat nak cantik, nak putih, nak kulit bersih, korang try lah treatment Carbon Peel Laser. orang kata kalau bab carbon peel ni memang elok.. So kalau rasa korang berminat nak macam cantikkk macammm cantikkk je, boleh terjah laman web VIPPS Koreana Clinic. Macam-macam treatment ada...

BERITA BAIK!!
Sekarang, VIPPS Koreana Clinic Kota Damansara tengah buat promosi ! Siapa yang baca entry uzu ni, dapat diskaun RM200 untuk treatment Carbon Peel Treatment yang macam uzu buat ni. Haaa pakej uzu ni dalam RM400+ . Ce bayangkan uzu ada baucer ni? Kan bayar RM200+ je kan? Murah tak?? Memang murah lah wei.. Mana ada laser treatment semurah macam tu weiii korang wei. Uzu pon tetiba meroyan. Hahahaha. Macam nak lagi ni.. So jangan lepas kan peluang ni! ok ??! Salam.

Matlumat Lanjut

VIPPS KOREANA CLINIC KOTA DAMANSARA
Alamat : Sunway Nexis, D-G-11, NO.1,Jalan PJU 5/1, Kota Damansara
Petaling Jaya, Malaysia
Webiste : http://www.vipkoreana.com/
Facebook : https://www.facebook.com/vippskoreanaclinickd/
Instagram : https://www.instagram.com/vippsclinic_kd/
Contact : 016-332 0701

Koleksi Syuz Kebaya, Benang Hijau & Qier Rahman Di Rumah Kebaya Bangsar

Koleksi Syuz Kebaya, Benang Hijau & Qier Rahman Di Rumah Kebaya Bangsar | Salam. Sabtu yang lepas uzu dijemput untuk ke Majlis Perasmian pembukaan koleksi Syuz Kebaya, Benang Hijau dan Qier Rahman.. Yang menariknya pada majlis tersebut, kehadiran artis yang tengah popular dengan drama Lara Aisyah , Fasha Sandha. Cantik tak Fasha Sandha? Wuuuu real-real lagi cantikk giler..  Wangi pulak tu.. Hehe..

majlis tersebut dimulakan dengan sesi memotong pulut kunyit antara Syuz Kebaya dan Icon Syuz Kabaya iiaitu Fasha Sanda.
Ini kali  pertama uzu ke Rumah Kebaya Bangsar ni, so memang tak tahu langsung rumah kebaya ni wujud dan rumah kebaya bangsar kini terkumpulnya koleksi-koleksi jenama terkenal iaitu Syuz Kebaya, Benang Hijau dan Qierahman.. 

Sempat pulak bershopping kebaya dengan Icon Syuz Kebaya, Fasha Sandha.. Memang mesra peminat Fasha Sandha ni.. dah la lemah lembut pulak tu.. Suara nya ayu sangattt hihi. Blogger-blogger pakat reramai beli belah bersama fasha.
Syuz Kebaya
Benang Hijau
 Qier Rahman
 
So korang semua, yang suka shopping tu, suka kebaya ke, nak cari tudung, nak cari baju ellaki kurta bagai, datang lah ke Rumah Kebaya Bangsar, kalau waze memang tak jumpa,waze Volkswagen Bangsar.. Haa sebelah dia tu je...  Happy shopping youuuu olls ! Assalamualaikum :)

Lepark Port SU (Saujana Utama) : Makanan Kat Sini Semua Sedap-Sedap Weiii !!

Lepark Port SU (Saujana Utama) : Makanan Kat Sini Semua Sedap-Sedap Weiii !! | Salam. Pernah uzu dapat soalan, kalau kami jemput review kedai kami, uzu nak p tak? Kedai kami tepi jalan je? Terus rasa tersedak perut dalam soalan macam tu.. Tetiba rasa sebak sebab kenapa pulak uzu nak memilih kan? Uzu bukan jenis yang memilih bab tempat makan. Gerai tepi jalan pun uzu layan sebab mostly sedapsedap ape.. Janji HALAL ..Hihi

Ok first uzu nak minta maaf sangat-sangat sebab uzu dah banyak kali postponed review food court ni. Dengan examnye kan.. Dengan nak tunangnye. Last-last lepas majlis tunang balik KL sebab tak nak tunda lagi review ni. Ni kita dah lock date.. Dah janji so kena datang juga lah.. Sorry sesangat ye..

Hm okay uzu percaya ramai dalam kalangan pembaca uzu ni ada yang stay di area sungai buloh, area shah alam, area puncak alam dan sekitarnya? Uzu nak share lah kan tempat port lepak paling baik dan mantapppppp terutama dari area Saujana Utama..

Gerai tepi jalan yang uzu maksudkan ialah namanya Lepark Port SU, iaitu tempat lepak makan-makan di area Saujana Utama.. Area tu betul-betul di hadapan kedai Ayamas Saujana Putra. Korang waze je.. Bila sampai kat Ayamas tu, tengok kat tepi jalan.. Ada tak gerai-gerai kecik? haa disitulah tempatnya Lepark Port SU..Banyak gerai yang menarik perhatian dan antara 3 gerai ni adalah pilihan uzu iaitu Char Kuey Teow leleqq , Enak Chicken Chop dan kedai minumanm.. Opkos kena ada kedai minum.. Nanti tercekik makanan kat leher. Hehehe .

1. Char Kuey Teow by Faeez Taste 
Uzu memang suka sangat dengan char kuey teow ni.. Uzu suka char kuey teow dari Mailis Corner. Sebab sedap. Yang kedua, haaa uzu suka char kuey teow dari kat sini lah.. char kuey teow Faeez Taste. Kenapa char kuey teow faeez tase menjadi pilihan uzu? Sebab rasa dia memang lain dari char kuey teow kat kedai lain.. Tapi kelainan tu bukan tak sedap, tapi ternyata sedap ! Ini serius ni uzu tak tipu.. Bukan sebab kami dijemput review semata-mata tapi memang sedap..

nak tau kenapa sedap? Sebab owner kedai char kuey teow ni ada perecah char kuey teow sendiri. Haa menarik tak? patut lah sedap weiii  ! Kalau tak sedap, kenapa ad aproduk sendiri? Mesti permintaan ramai.. Ini lah perencah char kuey teow dari Faeez Taste..
Perencah ni bukan saja untuk char kuey teow tapi boleh dimasak dengan menggunakan mee goreng, nasi goreng dan macam-macam lagi haaa.. Seperti yang uzu cerita tadi, uzu dah makan ketiga-ketiga jenis menu yang menggunakan perencah char kuey teow faeez taste ni.. Uzu bagi 5/5 bintang !!
Ok perkenalkan ini lah owner char kuey teow tu haa, Encik Faiz Ayob
2) Enak Chicken Chop & western Grill
Gerai kedua ialah westen..Memang kebetulan lah semua meu-menu , uzu suka.. Westen pun uzu suka makan.. Ingat lagi kalau dudk kat hostel, tekak nak makan westen je lagi-lagi chicken chop.. Uzu dengan chicken chop ni dalam sebulan mesti 2 3 kali kena makan.. Kalau tak, macam tak lengkap hidup. Banyak-banyak chicken chop yang uzu pernah review sebelum ni, takde lagi chicken chop yang macam sesedap chicken chop ENAK CHICKEN CHOP & WESTEN GRILL...
Ini lah chicken chop yang uzu rasa.. Memang sedap beb.. Nama menu ni ialah Enak Cheezy BBQ Fried Chicken.. Perghhhh memang merecik rasa dia.. Dengan kuah BBQ yang homemade, dibuat sendiri oleh owner kedai ni... Memang gabungan yg sangat aummmm lah org kata.. Uzu bagi 5/5 bintang..
Bukan setakat chicken chop cheezy ye. Ada macam-macam jenis chicken dan chicken grill.. Tahu tak kesedapan Enak Cheezy BBQ Fried Chicken ni macam mana? Perasaan dia macam nak datang lagi sanggup redah jammed dari Cheras ke Saujana Utama.. haaaaa gitu lah kesedapan dia.. Sekali kita dah rasa, rasa macma nak lagi dan lagi... Memang uzu puji sangat-sangat abang ni buat chicken chop dia.. Terbaik bang askar ! Ehhh terbaik abang kapten !

Yang  ketiga ialah, op kos lah kalau ada kedai makan, kena ada kedai minum.. Kalau tak, tercekik lah korang kan? Haaa di Lepark Port SU ni ada kedai minuman juga.. Ada pakcik danmakcik meniaga kat sini.. Macam-macam jenis minuman yang boleh diorder.. Dari cawan kecik hinggalah cawan besar...
Air apa ni eh? Lupa dah.. First time uzu rasa. Macam jus oren campur soda dan campur kiwi sikit. Memang special juga minuman ni.. Dragon fruit pun ada tapi tak order pun.. Memang sedap makcik ni buat air. Tak manis tak pahit tak kurang rasa.. Semua cun cun je..
Ok lah last but not least, uzu nak ucapkan terima kasih menjemput kami review Lepark Port Su ni. Memang first time ke Saujana Utama.. Hahaha tak pernah datang sejauh ini.. Kalau takde korang suruh review, tak merasalah chicken chop, char kuey teow dan air yang sedap ni. Terima kasih sebab jemput kami ye. InsyaAllah nanti lagi kami singgah..
Ok kepada pembaca blog uzu, siapa yang dekat dengan Saujana Utama tu, jemput datang ke Lepark Port, waze je Ayamas Saujana Utama, memang akan sampai lah korang k tempat tu.. Sebab depan ayamas tu je.. So far semua ok.. parking pun sedang. Kawasan pun bersih.. Nak lepak tnegok bola pun ok dan jangan risau kalau bab hujan, ada khemah tengah on call .. Hihi..Ssoooo jemput datang tau semuaa.. 

Alamat :
Lepark Port SU (Saujana Utama)
Tapak Penjaja Zon B MDKS,
Jln Elmina 1, Saujana Utama,
Sungai Buloh, Selangor.
(Berhadapan Ayamas dan bersebelahan Petronas)