Monday, January 9, 2017

Rumah Terbalik Langkawi ( Rumah Terbalik Terbesar Di Asia Tenggara)

Rumah Terbalik Langkawi ( Rumah Terbalik Terbesar Di Asia Tenggara) | Salam.. Uzu tersangat lah bosan nak g Langkawi lagi. Dah berjuta kali pergi .. Semua tempat dah pernah p.. pastu p banyak kali pulak tu. P ngan member lah, p ngan member itu lah, p ngan member ini lah, p ngan member itu lah, p dengan family lah, p ngan family lagi lah , huhu sampai muak uzu nak g Langkawi. takde apa yang menarik perhatian.. Serius.

Tapi kan tetiba ja uzu scroll scrol punya scroll, uzu jumpa satu page ni. Eh??! Rumah terbalik langkawi?? Biar betul?? Uzu pernah p rumah terbalik kat Sabah je tu sebab kononnya rumah terbalik pertama di Malaysia. Tapi rumah terbalik di sabah tu, biasa-biasa je design dia.. Haha. Cuma viral sebab dia rumah terbalik pertama di Sabah. So yang rumah terbalik di Langkawi ni nampak sangat menarik kan? Heheheh.. Tetiba rasa teruja bila tengok design dia lawa cenggini haa..

Apa yang menariknya Rumah Terbalik Langkawi ni? 

  • Berdekatan dengan Pantai Cenang
  • Rumah terbalik tertinggi di Malaysia - Setinggi 5 tingkat
  • Reka bentuk terbalik yang sebenar (Macam kat Sabah)
  • Boleh ambik gambar di dalam rumah terbalik ( Kat Sabah tak boleh!)
  • Boleh rakam video ( kat sabah tak boleh)
  • Rumah betul-betul terbalik ( Bukan shoplot!)
  • Ada restoran terbalik 
  • Ada kedai cenderahati terbalik

Wow ! Semua terbalik ni kan? Bukan nak compare la tapi so far memang terbaik ah dia punya reka bentuk rumah. Tak sabar nye kan nak tengok rumah terbalik di Langkawi ni. Once dia dah siap, uzu teruss nak g Langkawi!! semata-mata nak ambik gambar kat sini.. Wuuu bila agak-agaknya siap eh? Jom kita support dah like Rumah Terbalik Langkawi

5 comments:

eima said...

o0o blm siap lagi ek ... ingat dah siap .. kite org langkawi pun tak tau .. hehehe

tarmizi said...

Bila nak siap nyer

adianiez AIDA said...

ooooo ingatkan da siap :)

Umi Nazrah said...

salam singgah. oh ingatkan dah ada. terkejut jugak tadi. hehehehe. alhamdulillah makin gah la Langkawi nanti ^_^

Abdullah Idris said...

Semuanya terbalik. Kalau kita masuk tak terbalikke? hihihihi

Sebenarnya ada baru-baru ni pesakit saya yang tinggal Di Langkawi yang cadangkan suruh saya datang ke Langkawi untuk tengok rumah ni.

Tiba-tiba terbaca pulak artikel dalam blog ni. Lepas ni kalau pesakit terkena sihir tu datang buat rawatan susulan, bolehlah tanya bajet. Mana tau dia nak sponsor perawat macam saya ke :)

Copyright © ✿Emas✿Putih✿Blog✿ Designed by azhafizah.com