Spa Mawar Putih ( Keajaiban Spa Berkonsep Bali)


Spa Mawar Putih ( Keajaiban Spa Berkonsep Bali) | Salam. Wuuu maaf lah lama tak update blog.. Bercuti punya pasal dengan family , seminggu juga lah tak buka laptop.. Keluar pagi balik malam. Tak sempat nak buat kerja. Tergendala.. Maafkan uzu kak zita. Hihi. Lambar review spa hakak.


Entry kali sekali lagi uzu review mengenai spa mawar putih.. Dulu uzu pernah p spa mawar putih ni kat puchong. Memang best ah spa ni urut..Lagi best kalauu kak zita yang urut tapi tangan kak zita tak berapa sihat dahh so dia suh pekerja dia urut.. Tapi masih okay ape urutan atas ajaran kak zita letopp ni.. Sedap je kan sampai tertidur uzu waktu tuu.. Hihi. Btw koranggggg.. uzu nak kenlkan dulu pasa spa mawar putih dan siapakah owner spa yang letoppp sampai dah banyak kali keluar kat tv, keluar kat majalah dan keluar kat newspaper, wuuu kemain ehhh semua media tak kita media apa pun kak zita dah rempat .. Famous gituuu lohh.. hehe meh meh uzu kenal kan......owner spa mawar putih

Owner Spa Mawar Putih : Puan Ruzita Jamaluddin
Memetik dari petikan di akhbar HMetro , kak zita dulu sebelum jadi usahawan spa,masa hidup susah, dia dulu kerja bawak van sekolah je, pastu jadi tukang masak kat hotel, pastu jual produk online, lepas tu mengurut orang lepas bersalin, perghhhhh banyak kak zita ni buat sampai hampir 24 jam juga lah dia bekerja setiap hari  tuk mencari sesuap nasi untuk anak-anak dia. 

Sekarang? Alhamdulillah hasil usaha dan kesabaran kak zita, sekarang dah jadi guru ilmu bisnes. Tu haa yang masuk Hrian Metro hari tu, story pasal kejayaan kak zita skrg.. Wahhh tahniah kak keluar newspaper lagi..! Jom baca petikan yang uzu ambik kat harian metro ni.. Menurut kak zita :

“Saya mempunyai kemahiran mengurut diwarisi daripada arwah nenek yang juga seorang bidan kampung terkenal suatu ketika dulu. Kemahiran inilah saya gunakan sebaik mungkin untuk terus berjaya.

“Saya memilih bidang ini atas faktor ingin membantu ramai individu menjadi lebih sihat cergas serta dapat memberi manfaat kepada individu memerlukan,” katanya.

Ruzita berkata, walaupun sudah mempunyai kemahiran, dia tidak pernah berpuas hati dan terus menambah ilmu dalam bidang terbabit.

“Syukur, saya sudah memiliki sijil tahap satu, dua dan tiga yang diiktiraf bagi membolehkan melebarkan sayap perniagaan dalam bidang diceburi ini.

“Saya juga amat gembira kerana spa yang beroperasi di Bandar Bukit Puchong menerima sambutan memberangsangkan sejak penubuhannya,” ujarnya.

Spa Mawar Putih
Spa Mawar Putih bertempat di Puchong, spa ini yang uniknya berkonsepkan Bali.. Tak perlu jauh-jauh ke Bali, datang je spa mawar putih lepas tu boleh dapat feel macam kita memang ada kat Bali! Gituewwww..hahaha Nak g Bali pun bapak mahal harganya kan? So thats why lah tak payah korang susah-susah nak g Bali, datang je Spa Mawar Putih kat puchong. Uzu memang dah pernah pergi spa mawar putih ni, alhamdulillah memang betuiiii sesangat spa tu feel feel macam kat Bali..Rasa macam nak datang lagi tapi memikirkan takde transport, duk diam-diam je kat rumah lah :D

Kejayaan Spa Mawar Putih
Wahhh tak sangka dah lebih 100 lebih orang pelajar yang belajar mengenai mobile spa mawar putih.. Mobile spa ni, servis spa dari rumah ke rumah.. Customer tak payah datang ke spa, just call then mobile spa akan ke rumah korang. Tu namanya mobile spa, spa bergerak.. Jimat duit jimat masa, jimat tenaga lagi-lagi yang baru bersalin tu kan.. Tak boleh bergerak sangat.. So thats why lahhh ramai sekarang nak belajar mobile spa..nak menjana pendapatan.. Betui tak kak zita? Hihi.

“Perkhidmatan ini untuk memberi peluang kepada pelbagai lapisan masyarakat di negara ini mempelajari pelbagai kemahiran serta rawatan yang ditawarkan untuk sesebuah spa.

“Saya juga memberi tunjuk ajar kepada ibu tunggal secara percuma mengenai kaedah membaiki kehidupan terutama untuk menjana sumber ekonomi diri dan keluarga,” katanya.

Ruzita berkata, dia juga aktif membuka kelas pemasaran dalam talian untuk membantu lebih ramai peniaga yang mahu menjana jualan perniagaan.

“Semua ini bukan saja untuk membantu namun saya lakukan bagi memastikan ilmu yang saya ada dapat dikongsi dengan lebih ramai individu. Syukur, anak didik saya sudah ramai yang berjaya dan dapat membuka spa sendiri selain pelbagai pencapaian membanggakan yang lain,” ujarnya.

Katanya, dia turut membantu dengan mengadakan kelas secara peribadi mengenai penggunaan media sosial untuk memasarkan sesuatu jenama.

“Saya gembira apabila ramai anak tempatan terutama generasi muda yang maju dalam bidang perniagaan tidak kira dalam apa juga cabang perniagaan. Saya lakukan semua ini hanya dengan tujuan membantu serta meluaskan ilmu dan kemahiran yang saya ada,” katanya.

“Pelbagai dugaan pernah saya lalui hingga pernah jatuh sakit dek hasad dengki namun tetap kuatkan hati serta fokus dengan niat saya.

“Saya juga perlu kuat untuk mengubah persepsi masyarakat terhadap tukang urut dan mahu berusaha menaikkan martabat tukang urut di negara ini,” katanya.

Ruzita berkata, harapannya dalam bidang diceburi adalah untuk melihat lebih ramai generasi pelapis yang menceburkan diri dalam bidang spa.

“Selain menjana pendapatan, bidang ini dapat membantu ramai individu terutama untuk kekal cantik dan sihat menggunakan teknik rawatan yang betul.

“Saya juga dalam perancangan membuka sebuah pusat kemahiran kecantikan dan ingin terus berkongsi segala ilmu serta kemahiran yang ada,” ujarnya sambil menambah, pada masa sama dia berhasrat membuka cawangan kedua spa miliknya di Melaka suatu hari nanti.

Ok dah baca petikan akhbar di harian metro? Haaa tak kan baca je kan? Kena lah usha pakej-pakej servis spa yang ditawarkan di Spa Mawar Putih ni..

Servis-Servis Spa Mawar Putih
Ada 8 jenis servis yang ditawarkan di Spa Mawar Putih boleh tengok kat bawah.. Banyak nya uzu berkenan pakej-pakej ni.. Ada juga uzu tak sangka pakej macam tu wujud, contohnya pakej untuk tutup pantang, haaa memang tak terfikir pun nanti kawin kena mengurut tutup pantang. baguss lah pakej-pakej yang ada ni kan? Hehehhe.. Jom lah tengok pakej-pakej ni manatahu berkenan^^v

1) Pakej Seri
2) Pakej Body
3) Pakej Facial
4) Pakej Pengantin
5) Pakej Ibu Mengandung
6) Pakej Berpantang
7) Pakej Tutup Pantang
8) Pakej Jimat
Tudiaaa dah pakej yang meletop-letop ditawarkan di spa mawar putih.. Siapa yang berminat nak p, boleh lah whatsapp kak zita dulu ye, kot-kot spa tutup ke, spa ramai orang ke, apa-pa hal korang boleh contact info kat bawah ni ye :)

Untuk Pertanyaan Lanjut
Tel : 03-80524798
Whatsappp : 012-6724798

Alamat :
No13 Jalan BP2,
Bandar Bukit Puchong,
47100 Puchong,
Selangor Darul Ehsan 
(Landmark Berhadapan 7 Eleven)

1 Sila Komen:

adda syuhada said...

wowwww...menarik....