Kaio Studio Photoshoot Terbaik Di Shah Alam !

Kaio Studio Photoshoot Terbaik Di Shah Alam ! | Salam. Dah nak masuk bulan Mac pulak dah. Ops lupa nak update entry mengenai studio kaio. Hehehe. Sorry kaio weii. Busy mencari rezeki ni.. Hehehe .. Ok first at all, terima kasih kerana sudi menaja kami untuk shoot profile blogger untk 2017. Sememangnya collaboration macam ni diawal tahun memang sangat berguna untuk blogger-blogger untuk update profile yang lebih cantik dan nampak profesional !

Hihi..uzu dah banyak kali berkerjasama dengan kaio. Dulu memula datang KL , memang terus shoot dengan kaio studio. Time tu kaio takde studio lagi so sekarang ni alhamdulillah merasa studio kaio yang baru kat Shah Alam..So sebelum nak cerita lebih banyakkk lagi kan, meh lah berkenalan dengan Kaio Studio dulu.. Mungkin ada yang masih tak kenal Kaio Studio, sape owner dia kan.. Haa berani hampaa tak kenal Kaio Studio?? Berani berani berani ?? Empok satgi.. Famous Photographer kot.

Siapakah Kaio Studio?

Owner kenapa Kaio Studio adalah Kaio lah hihi atau nama sebenarnya Anwar Abdullah.. Uzu panggil Kaio je.. Nama famous gituew tapi unik kan nama Kaio ni.. Teruslah jadi Kaio Studio.. Kalau letak Anwar Studio tak ke pelik tu diknon? Hahaha. Kaio Studio ni bermula sejak tahun 2012. Kira dah 5 tahun Kaio Studio ni beroperasi. Memang dah lama dah kan? Kaio ni dulu dia memula nak jadi photographer, dia jadi wedding videographer, kini dan meluaskan sayap ke pelbagai genre. Photoshoot ada, wedding ada, event, campaign video, advertising ada macam-macam lah kan..

Pencapaian Kaio Studio

Dengan pengalaman selama 5 tahun, Kaio Studio telah pun mencapai satu tahap yang membanggakan. Tahniah Kaio ! Antara pencaian Kaio Studio setakat ini ialah : 
  • Pemenang Most Glam Fashion Videographer 2015 oleh Majalah Glam.
  • Kaio Studio juga pernah ke Paris bersama Anuar Zain untuk sesi penggambaran muka depan majalah Fashion & Travel. 
  • Pernah ke Cairo, Mesir untuk sesi photoshoot bersama pereka fesyen ternama tanah air iaitu Ezuwan Ismail. 
  • Antara pereka fesyen yang pernah mendapatkan khidmat dan sentuhan karya kreatif dari Kaio Studio adalah Lynda Rahim, Wandpa, Melinda Looi dan Zawara.
  • Selain dari itu, ramai para selebriti dan jenama-jenama pakaan ternama juga tidak melepaskan peluang untuk mendapatkan khidmat dari Kaio Studio seperti Creacion by Dato Siti Nurhaliza, Adriana Yariqa (Jenama dari Singapura), Miasara Couture, Lumiere Concept dan ramai lagi.

Wahhh rasa teruja pulak bila baca pencapaian Kaio Studio.. Selalu je viral video wedding kaio kat facebook. Sape perasan, korang memang terbaik! Hihi.. Bila dah viral tu kan, uzu bangga lah sebab kaio tu uzu kenalll !! Ohmaigad... Gitueww.. hewhew..

Studio Kaio Studio
Studio photoshoot yang terbaik di Shah Alam yang berkonsepkan white studio dan black studio. So far studio kaio memang besar, sangat selesa, aircon pun sejuk, pelbagai jenis kemudahan semua cukup lengkap cuma takde tempat khas untuk perempuan berhijab nak mekap, nak bersiap, nak tukar baju.. Haa yang ni kita kena review jujur supaya kaio studio mempertingkan lagi dan menambahbaikan lagi . Uzu dah bagitahu kaio, dia kata dia akan cuba buat. InsyaAllah. Lagipun studio ni kan baru lagi, so maafkan lah yang mana cacat cela..So far yang lain takde masalah.. Hihi. Menang best lepak kat studio kaio ni, sebab ada wifi !! hahahahaha. Penting tu weii..Kan?

Photoshoot profile blogger 2017 kami diminta bawa 2 3 4 5 pasang baju. Kalau ada tu bawak lah mana yang ada. Uzu just ada 2 baju je yang lain tu baju sendiri.. Jom lah tengok kaio shoot gambar uzu ni.. Studio photograhy yang terbaikkk so far untuk tahun 2017..Hasil gambar pun uzu sangat puas hati. Actually kan, tak payah edit gambar pun dah cantik apatah lagi dah edit mestilah cantik nak mampuih ye dak? Hahahahahha lelebih lak nak membawang. Ops.

White Studio

Black Studio

Cantik tak? Op kos lah cantik. Serius lah wei uzu suka hasil gambar-gambar uzu dari Kaio Studio ni. Rasa nak update semua kat instagram tapi risau orang muak pulak. Hahaha. Haa lupa nak bagitau, kalau nak tengok hasil kerja Kaio Studio ni, korang boleh tengok kat website kat bawah.. Ok lah sampai sini je lah kan.. Terima kasih semua yang terlibat menjayakan photoshoot profile blogger dengan kerjasama Kaio Studio. Terima kasih semua. Harap next year dapat kerjasama lagi eh. Hihi Salam...
Instagram : @kaiostudio
Contact : 017-236 0967
Alamat : 1-06, Mitea Residence Office, No.5 Persiaran Sukan, Seksyen 13
Shah Alam, Malaysia

1 Sila Komen:

Nisa Kay said...

Pic kita semua letopss! hebat ahh kaio !