March 01, 2017

Perasmian Pembukaan De'Laman Event/Wedding Space Bukit Jelutong Selangor

Perasmian Pembukaan De'Laman Event Space Bukit Jelutong Selangor | Salam. Jauhnya ya rabbi dari rumah uzu nak ke De'Laman Event yang berlangsung di Bukit Jelutong. Tapi disebabkan nak support De'Laman, gagahkan diri juga ni naik public transport dari cheras. Gigih tak? Semata-mana nak support :)
Perasmian Pembukaan De'Laman Event/Wedding Space Bukit Jelutong Selangor dirasmikan oleh YDH Dato Haji Emran Bin Haji Kadir iaitu Dato Orang Kaya Maha Bijaya Petaling Orang Besar Daerah Petaling. Acara berlangsung gilang-gemilang dengan berlangsungnya pertunjukan fesyen, contoh majlis perkahwinan dan pameran fesyen.

pertunjukan fesyen
 bergetar tulang rusuk tengok lelaki macho beraksi
setiap model ni mewakili negeri masing-masing
 yang ni rasanya orang sabah..
Model-molel yang memperagaan pelbagai jenis design baju mewakili negeri masing-masing. Uzu tengok semua segak-segak dan handsome-handsome tetiba rasa ingin merisik bunga di taman. Hahaha. Lol..

Pertunjukan fesyen dilakukan oleh Bon Zainal dan Dicky Ishak dari Singapura yang memperagakan koleksi perkahwinan terbaharu mereka. Ia sejajar dengan tujuan destinasi De’Laman sebagai pilihan venue perkahwinan atau akad nikah pasangan yang bakal berkahwin.
Malahan ditonjolkan juga rekaan pelamin dan persandingan model pengantin di ruang halaman De’Laman. Tujuannya agar hadirin mendapat gambaran sebenar bagaimana sebuah acara berlangsung di seluruh kawasan bangunan ini.
De’Laman Event Space yang beroperasi desember lalu berkeluasan 6500 kaki persegi. Lokasi pilihan semestinya mudah untuk dicari, stategik, dan tempat parking yang luas.   

Bangunannya bersiling tinggi, mempunyai pelbagai kemudahan seperti surau , ruang istirehat, PA System, Projector, dewan berhawa dingin, canopy dan lain lain. Luar dewan juga luas untuk berlangsung acara, cukup selesa.
Memang cantik bangunan tiga tingkat ni. Bagi yang sesiapa rumah dia sempit ke, rumah jenis takde parking ke, rumah jenis apartment ke, condo ke, memang sesuai mengadakan majlis perkahwinan di De'Laman Event/Wedding Space ni.. BUkan tu je, kalau pelancaran bisnes, bengkal, ceramah, product launhing memang sesuai sangat De'Laman Event/Space ni dengan pelbagai jenis majlis. So untuk matlumat lanjut mengenai De'Laman ni boleh tengok info kat bawah eh.Salam :)

Untuk Pertanyaan & Booking
Call 012-356 6858
Share:

1 Sila Komen: