Projek Memikat Perut Buncit Bakal Suami : Dapur Emas Putih #1

Projek Memikat Perut Buncit Bakal Suami : Dapur Emas Putih #1 | Salam..  Ni kalau member atau adik beradik aku baca entry ni, mesti diorang gelak a.k.a senyum sinis. Hahaha macam kakak aku lah, dia like tak, komen tak, tapi bab baca entry blog uzu ha, memang dia selalu baca dediam.. Haa jadi aku sure lah kakak aku ni mesti senyum senyum tengok adik dia masak. 

Uzu ni bukan tahu masak..Dari kecik lagi takde kat rumah.. Pastu sambung poli .. masuk asrama bagai then memang tak sellau kat rumah.. Kalau ada pun, makanan selalu kakak uzu yang masak. Perempuan bongsu ni pemalaih sikit ha.. Ni dah habis study ni, stay dirumah sewa ni, baru rasa nak masak.. Tu pun bukan selalu lah.. Sebab asal masak je, takde orang nak makan. Sedih tak? Dalam rumah sewa makan asing-asing so memang sendiri makan kecuali bebudak ni ada lah jadi tukang rasa  :D

So demi memikat hati bakal suami , encik tunang yang suruh uzu kena wajib pandai masak waktu kahwin nanti, maka uzu pun dah start belajar masak.. Orang kata air tangan isteri tu lagi sedap...Hahaha so demi nak jadi isteri solehah yang pandai serba serbi, kena belajar juga ni..Ambil peluang waktu bertunang ni belajar masak wei :p

Uzu tak berkongsi resepi eh, just nak share gambar je. Sebab ini dalam proses belajar, resepi semua ikut google.. Ada yang tak sedap pun, resepi yang tak menjadi macam kari nenas kat bawah ni..Yang ni menu makan malam yang kali pertama sekali uzu masak kat rumah sewa..^^v

Kari Nenas
Sayur + telur + udang
ayam goreng kunyit
 budu + telur (fav)
 nugget
Nantikan next entry eh.. Dah berbulan uzu tak masak.. Busy sangat dengan kerja.. harap lepas ni uzu rajin masak lepas update entry ni.. Hihi uzu target seminggu sekali kena masak.. InsyaAllah kalau tak busy. Kalau nak hari-hari tu, macam membazir pulak.. Better makan kat kedai lagi murah :p Btw ok lah korang.. Bye Salam :)


8 Sila Komen:

Lea Azleeya said...

Wahhh banyaknye menu.. Menyelerakan.. Uzu makan jugak budu ye? Terbaik..

PERMATABIRU said...

banayak menu makan sorang ke mkn ramai-ramai nih

KakNa Journey said...

perrghhh ! macma ni , perut KakNa pun leh boncit tau ! Budu tu ! awww , awesomenya !

Unni Anje said...

uzu makan budu.. bakal suami org pantai timur ke?? hahahahahah

Asha Lya said...

Ok la tu da kira blh da msk mcm2 kat atas tu, lama2 msti terer

Uyul Rosli said...

Aduhh sedapnyaaa. makin buncitlahh cik abang lepas kahwin nantii.

Noriza Abdul Rahman said...

Amboi projek memasak memikat perut buncit bakal suami ye...hehe

Achilles Leo Joseph said...

Terliur pula buka artikel puan ni..nampak sedap sangat..dah lah belum makan lagi ni...huhu..