Review Filem Pak Pong 2017

Review Filem Pak Pong 2017 | Salam. Minggu lepas uzu berkesempatan ke preview filem Pak Pong yang diadakan di eCurve Damansara. Ramai tetamu yang datang ternasuk artis-artis , para media dan wartawan serta blogger (kami lah tu) yang dijemput untuk cover filem pak pong ni.. Thank you kepada pihak Pak Pon sebab sudi menjemput kami..

Filem Pak Pong

Filem ini mengisahkan sepasang suami isteri yang baru berkahwin dan isterinya yang mengandung mengidam nak makan ayam hutan yang mana ayam hutan ni memang susah nak dapat. So demi isteri tercinta dan anaknya, si suami pun pergilah mencari ayam hutan tu... Tapi rezeki tak menyebelahi dia. So abangya pun suggest p mana ntah. Tak ingat. P menuntut ilmu. So ilmu buat kan si muda(watak hairul hazreen) senang dapat ayam hutan. Then tetiba masa nak cari ayam hutan tu kan, termasuk dunia bunian........ dan korang kena tengok lah kat pawagam !

Pelakon utama Pak Pong, Hairul Azreen.
Siti Saleha - Puteri Kayangan
Lisdawati
 Syawal
 Fauzi Nawawi
 Izreen Hazmida

FILEM: Pak Pong
PENGARAH: Fauzi Nawawi
PELAKON: Hairul Azreen, Siti Saleha, Fauzi Nawawi, Izreen Azminda, Badrolshah dan Datuk Eizlan Yusof
GENRE: Fantasi/Drama
DURASI: 110 minit
PENGEDAR: 9 Country Creativity Sdn. Bhd.
TARIKH TAYANGAN: 23 Februari 2017

Memandangkan filem ni dah 5 tahun baru nak keluarkan kat panggung wayang, so walaupun cerita nampak old skool sikit tapi so far ok lah . Jalan cerita yang menarik, aksi fantasi yang jarang sekali filem melayu ada fantasi-fantasi macam ni. Memang susah kot nak edit cerita fantasi ni . We ols faham. Yang penting nasihat dan pengajaran yang uzu dapat dalam ni memang sangat memberi manfaat. So congratulations tuk Pak Pong !