Kurta Raya 2017 by CIRGARO APPAREL

Kurta Raya 2017 by CIRGARO APPAREL  | Salam.. Raya dah nak pun dekat dan uzu percaya trend tahun lepas dan tahun ini masih lagi jatuh kepada design kurta. Tengah cari kurta raya 2017? Yupssss awal tak promote kurta raya 2017? Haaa bukan apa, sedangkan butik butik pun dah siap buat baju raya, apatah lagi Cirgaro Apparel ni.. Op kos lah telah pun tersedia pelbagai jenis kurta moden raya untuk tahun ini.. Sekarang kita telah pun masuk di bulan April, dan haaa next month dah mula puasa so tempahan kedai jahit semua telah pun tutup tempahan.... Jangan terlejut ok kalau g kedai jahit, tukang jahit tak nak terima .. Tapi jangan kecewa sebab CIRGARO APPAREL kan ada.. !! :)

Dalam banyak- banyak kurta yang baru atau telah lama dilancarkan uzu paling minat Kurta Neo nie , uzu da ada Kurta King keluaran raya tahun lepas dan pastinya uzu akan grab Kurta Neo nie kali nie sebelum sold out ! Jangan pening pulak kenapa uzu pulak yang beli kurta? Biasa lah dah jadi tanggungjawab uzu nak jaga pemakaian tunang uzu dari tahun tahun lepas ni.. Tahun lepas beli jubah tapi tak pakai pakai so tahun ni beli simple simple je lah wakk yee , beli kat CIRGARO APPAREL je senang k tahun ni encik tunang ? Huhuhuhu ..

Tadi duk sebut sebut nama CIRGARO APPAREL  tapi tak kenalkan lagi siapakah CIRGARO APPAREL , apakah dia? Uzu pun tak pernah tahu sebelum ni so meh lah berkenalan dulu dengan CIRGARO APPAREL ..

CIRGARO APPAREL
Cirgaro merupakan syarikat yang serius dalam industri fesyen walaupun baru berumur 2 tahun. Baru lagi lah kiranya ditubuhkan pada tahun 2015 .  Cirgaro bukan feeling2 designer. Mereka pengeluar kurta yang serius dalam kualiti jahitan dan kualiti fabric yang mereka gunakan. 

Pada tahun 206 dan 2017, kurta ni sangat mendapat permintaan yang ditinggi dan kurta semakin mendapat tempat di hati consumer di Malaysia.Dulu zezaman pakai trending dengan design punjabi, mahupun design india, mereka samakan dengan Kurta.. Jangan salah faham eh.. Sebenarnya tak sama tapi memang banyak perbezaan..

Apa Yang Bestnya Mengenai Kurta di CIRGARO APPAREL ?

"Kurta Cirgaro tidaklah labuh seperti kurta india / Pakistan. Ianya seperti pakai baju kemeja tuck out. Rekaan Mandarin kolar yang minimalist dan pengunaan zip YKK JAPAN BRASS (sama mcm LEVI`S) adalah adakah diterajui oleh Cirgaro. 

Semua produk mereka mengunakan Fabric Cotton yg dipilih khas dari Korea Selatan (bukan korea Utara). Sizing mereka nie bukan la slim fit sangat. Tapi just nice untuk orang Malaysia. Hampir kesemua kurta-kurta mereka dikeluarkan dalam saiz S hingga XXXL. Banyak kurta kurta sekarang guna saiz slim fit sampaikan susah nak pilih saiz.. Bayangkan lah kalau uzu nak belikan kat tunang waktu dia takde? Dia saiz M .. Ni slimfit kalau salah pilih saiz, memang parah lah jawabnya. Tu lah orang kata nak kurus gunalah bengkung nursajat ! EH...! Hiihi..
Semua rekaan Cirgaro mengunakan design language – Modern dan minimalist. Yang paling penting tak melampau. Multipurpose dan senang digayakan samada majlis social seperti kenduri kendara baik di hotel atau boleh dipakai ke pejabat dalam urusan rasmi. Yang ni best.. Sebab kalau nak g ofiis pada hari Jumaat, alaa pakai je kurta masuk ofis kan? Sesuai je .. Nak bawak tengok wayang pun takde masalah lah :p

Kalau kita teliti betul2 banyak advertisement dan promo cirgaro apparel mengunakan model yg biasa2 kadang2 kawan mereka sendiri bukan nak cut cost tetapi mereka mahu tampilkan persona bahawa apabila mengayakan produk Cirgaro pasti akan meletops walaupun anda nie biasa2 je. Yups tidak dinafikan banyak model-model kurta semua hensem hensem dan sado sado.. Kekadang model model tu membuatkan uzu cair tapi setia kat tunang ni lah walaupun tak berapa nak hensem sangat cia cia cia tapi hati baik punya kan? Lagi baik tu bila pakai kurta CIRGARO APPAREL .. Ye lah sejuk hati uzu memandang :p *wuerkkk* 
Ramai org akui. Kebanyakan kurta-kurta Cirgaro bila tgk online tak nampak sangat ohsem. Tapi dah jumpa depan mata dan bila da pakai dan rasa fabric yang mereka guna mmg rasa special dan berbaloi. Yang ni biasa. Lagi-lagi kat giant tu.. Pitamm wei..

Cirgaro tidak mengunakan fabrik dari Jakel Malaysia untuk mengelakan masalah boria (fabric sama tapi pengeluar lain-lain). Wahhh serius lah? Ni mesti beli kat vietnam kan? Hihi teka je :D
Kalau korang merayau-rayau dalam website diorg (www.cirgaro.com). Korang boleh tengok betapa banyaknya pilihan warna yang ada. Tak silap hamper 40 warna berbeza ditawarkan oleh koleksi Kurta Moden 2017 oleh Cirgaro Apparel. Tahun ni agak-agak tunang nak kaler apa pun tak risau sebab kat CIRGARO APPAREL banyak pilhan warna k ..

Kurta Cirgaro sebenarnya direka supaya senang dijadikan couple set (mudah dipadankan warna). Rajin2 check website diorg dan tunggu keluaran khas untuk wanita (koleksi raya 2017). Tadi uzu dah check koleksi raya, aihh tak update lagi.. Macam tak sabar nak tengok design baru ..


Tips Nak Beli Belah Kat CIRGARO APPAREL 

Jgn tunggu time sales. Cirgaro nie jarang2 skit buat sales. Diorg nie (cirgaro) bangsa menghargai harga yg pernah dibayar oleh consumer. Biasanya kalau Cirgaro buat sales mesti dah broken size atau mereka dah decide nak keluarkan design yang baru. 
Fabrik kurta nie merupakan fabrik yg diprint khas melalui kilang OEM di Korea Selatan (Bukan Korea Utara). Biasa kita dengan baju kurung perempuan je fabric print corak masing2 seperti player fashion. tapi Cirgaro pun tak kurang hebatnya print sendiri corak utk koleksi kurta moden 2017 mereka.  Wahhh apakah ye rasa-rasa design tahun ini?

Banyak jenis kurta yang pelbagai design so kalau nak tau pasal kurta-kurta ni boleh lah baca setiap point-point kat bawah ye? 

KURTA UNO : Fabrik Cotton paling biasa dalam keluarga kurta Cirgaro. Rekaan paling simple disasarkan utk golongan muda remaja. Dengar cerita pertengahan bulan April 2017 mereka akan lancarkan Kurta UNO version 2. 


KURTA BANGSAWAN – Kurta paling hot selling. Tak silap kurta nie dah keluar sejak dari awal tahun lepas dan sampai sekarang Kurta Bangsawan nie tetap dikeluarkan dengan warna2 baru diperkenalkan setiap 2 bulan. Ada org cakap mereka nie yang first keluarkan style Kurta Zip yg mana korang tengok ramai org lain da start tiru. 


KURTA SAFARI – Kurta khas untuk peminat fabric denim di Malaysia. Tapi jgn salah anggap kain dia tebal. Cirgaro mengunakan fabric denim yang khas. Dimana fabric mereka sejuk dan sgt selesa untuk dipakai. 


KURTA NEO – Kurta paling best dan meletopsss di bumi Malaya setakat ini. Mengunakan fabric yang direka khas oleh team Cirgaro rasanya kat Malaysia takde org lain buat mcm nie. Semua pengeluar Kurta Moden kat Malaysia asyik plain je. 


KURTA KING – Raja segala kurta kat Malaysia. SOLD OUT tahun lepas. Dan sebab apa dia sold out ? sbb fabric yang mereka pakai adadlah super special. Fabrik nie mereka sahaja yang ada. Bukan print. Tapi corak mereka mcm emboss (timbul) dalam fabric. 


Fuhh banyak pulak design design cantik kat website CIRGARO APPAREL  ni . Bukan takat ada kurta je, baku untuk lelaki, baju perempuan, raya collection 2017, baju yang tengah sale, baju yang new arrival semua boleh check kat info kat bawah ye.. Skoden lah juga fb and ig untuk  update terkini. Salam :)

Untuk Pertanyaan & Pembelian
Email : hana@cirgaro.com
Whatsapp : 0176055338
Alamat : No.8 Jalan Kristal K7/K , Seksyen 7 40000 , Shah Alam, Selangor Malaysia

1 Sila Komen:

Uyul Rosli said...

atas sekali tuh fattah aminn ke tuuuu hehehe

Uyul Rosli | Blonolog Blogger Picisan