April 03, 2017

Mengurangkan Masalah Kulit Berminyak & Jerawat Di Hannan Medispa Ampang

Mengurangkan Masalah Kulit Berminyak & Jerawat Di Hannan Medispa Ampang | Salam. Selamat pagi semua.. Berminggu juga uzu tak update blog..Maaf ye sebab uzu ada FAMTRIP bersambung-sambung. FAMTRIP pun dalam hutan, takde wifi , takde internet, takde data, data line handphone semalam 3 hari 2 malam di Tg Malim Perak. Ada orang Perak tak sini? Hai orang Perak! Btw maaf sebab uzu baru balik , baru keluar hutan, tak sempat nak update entry Hannan Medispa Ampang ni..Walhal benda syok kot buat spa spa bagai ni.. Hari tu excited nak share pengalaman uzu g medispa tapi nak buat macam mana kan...Masa tak menyelebahi uzu. Ni pun rushing jam 4 pagi taip entry.

Ok btw, last week uzu sangat stress yang amat. Ok serius memang stress tapi tak boleh nak luah. Cukuplah dapat rehatkan diri sebentar dari ke-bizi-an diibu kota..Hihi..Nasib baik kak Aida Sue ajak g medispa. So kiterang g Hannan Medispa Ampang yang terletak di "Ampang" lah kan, di mana lagi? Hahahaha gurau je.
Dah sekian lama uzu tak g Medispa ni , dah lama teringin nak rawatkan kulit yang sentiasa bermasalah. Bak kata orang, "beauty is commitment" .. Nak kulit cantik kena rajin g medispa.. Bukan ko g medispa sekali, ko rasa kulit ko dah cantik.. Benda ni kalau nak berkesan, kena buat banyak kali. Betul tak? Haaa berani kata tak betui? :p

Maaf mungkin uzu tak pernah dengar sebelum ni mengenai Hannan Medispa Ampang. Lepas p spa tu baru tau yang Hannan Medispa Ampang ni bapakkkk besttt weii treatment dia! Facial murah! Tawarkan affordable spa packages. Sebelum uzu nak cerita lebih lanjut, meh lah uzu nak bagitau serba sedikit mengenai Hannan Medispa Ampang.
Hannan Medispa Ampang
Hannan Medispa mempunyai visi dan misi dalam penubuhan medispa ni of coz lah tujuannya untuk kecantikan . Bukan sahaja kecantian seorang manusia tapi nak tengok " to make a world more beautiful place. Hannan Medispa ditubuhkan pada tahun 2012 sebagai pusat kecantikan yang fokus kepada muka, jerawat, jeragat, kedutaan, anti aging, terapi dan kurus.

Sekarang pada tahun 2017, Hannan Medispa telah pun mempunyai 17 branches dibawah Hannan Medispa termasuklah Hannan Medispa Ampang.

Hannan Medispa Ampang mempunyai  keunikan tersendiri membuatkan medispa ni terkenal dengan servis dan rawatan yang terbaik !
Rawatan Yang Ada di Hannan Medispa Ampang
Rawatan yang ada kat sini, so far memang bukan takat kecantikan fokus kat muka tapi macam-macam lah! Hannan Medispa Ampang ada menyediakan rawatan yang sangat berkualiti tetapi harga adalah sangat sangat berbaloi. Murah dari sepatutnya... Uzu dah pun rasa pengalaman di Hannan Medispa Ampang dan uzu sangat akui dengan jujur sekali uzu cakap, memang best buat treatment kat sini.. 

Basically treatment fokus kat skin care,  slimming,  body therapy, whitening therapy, nail and foot therapy and waxing. Apa pun sebelum buat treatment, kena buat skin analysis, nak kenal pasti tahap masalah kulit kita.. So dengan skin analysis akan tengok lah tang mana ada masalah.. Skin analysis dibuat oleh beauty consultant. Rasanya gelaran doctor yang buat skin analysis ni.. Hannan Medispa Ampang sangat memahami demand treatment sekarang so Hannan Medispa Ampang menggunakan teknologi-teknologi terkini dalam rawatang yang ditawarkan..

Mengapa Kita Perlu Datang Ke Hannan Medispa Ampang?
Hannan Medispa Ampang terletak di tengah bandar iaitu di Ampang.. Tempat yang ramai kata tempat jammed, disitulah tempat yang sangat strategik sebab ramai orang kat situ. Lagipun senang je kan nak g Ampang? Ada KESAS, MRR2, DUKE… Tapi Hanan Medispa Ampang ni bukanlah kat tengah-tengah tempat yang jam tu. Dia terletak di kawasan perumahan banglo. Depan Ampang Point tu je. Kalau bab parking di Hannan Medispa Ampang, parking dia bukan 2 3 4 5 slot je, tapi berpuluh puluh slot parking kereta disediakan.. Sebab spa dia dalam bunglo besar, dia ada designated parking lot kat belakang (Uzu rasa Hannan Medispa Ampang ni hanya satu-satunya yang dalam banglo. Yang branch lain kat shoplot camtu). Kiterang memang takde masalah parking. Memang banyak kosong..Luas sangat parkingnya!
 
Apa yang uzu suka op kos Hannan Medispa Ampang berasaskan syariah.Spa muslimah oarag kata. Kita orang Islam, lagi-lagi yang concern pasal isu halal-haram dan samada spa-spa ni campur lelaki perempuan kan. Nak masuk rasa takut kadang-kadang hehe. Produk yang digunakan adalah halal dan takde lelaki ehh dalam spa tu. Semua perkerja perempuan.. Lelaki boleh datang ke Hannan Medispa Ampang tapi dont worry sebab ahli terapi wanita akan pakai glove bila rawat pelanggan lelaki. 
Consultants yang ada di Hannan Medispa Ampang adalah beauty consultant yang sangat terlatih dan consult based on skin analysis yang dia buat..Apa yang beauty consultant suggest adalah berdasarkan apa yang kulit kita perlukan.. Macam uzu... uzu ada masalah kulit berminyak dan seketul jerawat so ada treatment yang bersesuaian..

Yang best tu, Hannan Medispa Ampang is run by an expert who has a solid background in a pharmaceutical industry that promised nothing but the best treatments for the customers. Maksudnya dia menjanjikan yang terbaik untuk treatment dia.. Wow best ah ayat ni.. Hihi.
    
Siapakah Tulang Belakang Hannan Medispa Ampang? 
Founder dia adalah suami isteri. Puan Narqes yang  cantik manis dan sangat-sangat friendly tu adalah ex pharmarcist dan suami dia Encik Radziq pulak lawyer. So memang power couple lah yang run this business.

Pemilik Hannan Medispa Ampang, Puan Narqes Mohd Raimi ni sangat berpengalaman tau. Cawangan keduanya selepas Hannan Medispa Ampang ni baru je dibuka 12hb Mac hari tu di Rawang. 
Cantik gila owner Hannan Medispa Ampang .

Puan narqes ni memang familiar habis lah dengan bahan-bahan yang digunakan dalam produk dan tahu keselamatan dan kualiti sesebuah produk. Mana tak nya, ex pharmacist lah katakan.

Sebelum buka Hannan Medispa Ampang ni, Puan Narqes join training tentang kecantikan dan estetik tau. Kena train direct dengan Dr. Hannan tuu! Memang berpengalaman habis lah.

Rawatan Untuk Uzu Yang Ditawarkan Di Hannan Medispa Ampang
Memula beauty consultant remove mekap uzu dulu.. Wuuuu uzu baru pakai mekap sejam yang lalu, hahaha dah kena remove mekap pulak dah.. Tapi demi mendapat skin analisis sebenar, maka dengan rela hati remove mekap.. Lepas tu baru skin analysis guna mesin khas. Canggih betul kan teknologi sekarang? Boleh check pori-pori, kedutan, bintik bintik, sebum , dan warna tona kita, sekata ka tak.

So resultnya, jerawat , jegarat takde sangat, jerawat tu cuma ada seketul besar kat atas dahi, pastu pori-pori tu je ada masalah. So bila pori-pori tu besar, minyak pun pun banyak.. Uzu ada masalah berminyak yang amat so beauty consultant suggest uzu buat "carbon peel laser" . Ini kali kedua uzu buat carbon peel.. Tapi kali ni lebih menyakitkan tapi beauty is pain. Hihi.. takde lah sakit sangat.. Tapi nak nangis juga lah. Hahahaha pedih pedih sikit :p  Then uzu buat satu treatment tuk hilangkan jerawat besar kat dahi tu,. Terus hilang jerawat tu lepas sehari dua. Terbaik.. Tak sia sia menahan bau ubat tu.. Bapak ahh menusuk di hidung.. Ubat bunuh kuman ke ape benda ntah..
Treatment dijangka dalam 2 jam macam tu sebab buat 2 jenis treatment. Memula kena cuci muka.. Lepas tu letak serum.. Lepas tu baru letak lapisan carbon. Then carbon kena lah betul-betul kering kat muka baru boleh letopp letoppp pup pun pup pup pup pup buunyi dia..GItuew haha.. Sapu carbon kat muka. Keringkan
 
Jangan lupa letak tisu kat mata tuk elak laser masuk mata. Hihi.. Hodohnya rasa gambar diatas ni haha sabar je lah.. Sedar diri yang diri sendiri tak lawoo :p Bila dah kering carbon tu,laser lah pup pup pupp pop pop pop kat muka sampai habis hitam hitam tu.. Then muka dibersihkan dengan produk-produk Hannan Medispa.
Kawan-kawan yang susah nak berenggang dengan anak-anak tu, boleh je bawak anak-anak datang . Diaorang boleh main kat play area yang disediakan. Ala ala baby and kids friendly spa gituuu!

Best gila kan?

Pastu, yang best lagi, lepas rawatan je, kena uruttt kat badan, kepala, bahu.. Serius lah urutan sangat sedap dan memang urutan macam ni yang uzu nak. Rasa tak cukup lah seminit dua kena urut. Kan best kalau urut je ada kat situ.. Mahunya datang tiap minggu.. Ni uzu review jujur ni beb.. Even urutan kat luar negara pun tak best macam ni.. Uzu kan selalu p luar negara, memang duk cari kedai urut je bila nak nak habis trip.. Biasa-biasa je urutan dia .. Alaaa kalau perempuan yang urut, lagilah tak best tapi diam je. Hahaha tapi yang ni dia urut, ya allah sedap gileee!! Bestnya dapat 2 jam urut gini, hidup macam disyorgaaa! Fuh tu lah istimewanya Hannan Medispa Ampang yang uzu rasai sendiri keunikan mereka. Good job.. Eh lupa lak, hidangan teh dan biskut pun ada.. Best lah macam VVIP pulak dilayan macam ni :D 
Gambar diatas ni sebab tertido syok sangat dapat rest kejap..Hihi.. Lagi syok bila ada orangtolong ambik gambar sepanjang treatment. Cover my aurat gitu. Thank you kerana memahami.. Muah! Btw kalau korang nak tau lebih lanjut mengenai Hannan Medispa Ampang ni, boleh tengok info kat bawah ni, sebarang pertanyaan boleh rojer rojer kat bawah eh. Last but not least, jangan lupa tengok video uzu kat instagram , facebook uzu buat treatment meletoppp meletopp pop pop kan muka :p Ok lah bye Salam :)

Hannan Medispa Ampang
Instagram: hannanmedispa_ampang
Official Website:  www.hannanmedispa.com.my
Share:

2 Sila Komen: