April 24, 2017

Orked Lavender Kafe Bandar Baru Bangi (Owner Benang Hijau)

Orked Lavender Kafe Bandar Baru Bangi | Salam. Siapa yang tak tau lagi bangi ni syurga makanan? Haaa tu diaaa sebab uzu dulu tiga tahun ni memang cari kat makan kat bangi dah cukup dah sebab banyak sangat kedai kat sana.. Event orang Putrajaya pun ke Bangi semata-mana nak cari sesuap nasi.. 

Kalau siapa yang kaki shopping kat Bangi Sentral pulak, Bangi Sentral ni tak banyak restoran .. Ada pun tak sedap sangat.. Uzu dah makan dah kat situ.. Lagipun kast situ makanan dia mahal. Ya ampun. Hihi kalau nak makan kat mamak tu, memang tak lah kan.. So sekarang bila dapat tahu Orked Lavender Kafe kat ni dah ada kedai yang berhampiran Bangi Sentral, kafe ni depan bangi sentral je, korang just jalan kaki, untuk ke Orked Lavender Kafe ni.. :)

Kalau nak tau, Orked Lavender Kafe  ni milik owner Benang Hijau tau ! Haa uzu pun terkejut.. Bila PR bgtau kafe ni kak faz yang punya, haaaa rasa excited terlebih nak review ni.. Sebab biasa lah sapa tak kenal Benang Hijau wei ?? Kak Faz kata, butik Benang Hijau yang kat Bangi tu, kak faz tukar ke Kafe... So kalau korang ke Butik Benang Hijau,, kalau tak jumpa butik tu, kalau jumpa Orked Lavender Kafe, mohon masuk dalam terus eh :p Rugi kalau tak masuk :D

Memula uzu datang kedai ni, uzu suka sangat dengan decorations macam ni.. Banyak bunga.. Alahaii lagi-lagi orked. Datang-datang terus ambik gambar kat wall dia tu :D Belum lagi makan.. jangan kafe je gempakk tapi rasa makanan tak gempak ye kak faz :P

So untuk menu food review sabtu 15 April 2017, uzu decide nak makan nasi dagang.. Memandangkan tengah lapar ni kan, uzu decide nak makan nasi.. Dah tu alang-alang nak makan untuk lunch.. HIhi.. Uzu tak pernah makan nasi dagang so.. Tak sabar pulak nak tau rasanya :)
Bila uzu rasa nasi dagang, uzu terus suka.. Macam ni ke rasa nasi dagang? Serius ini first time uzu makan.. Selalunya uzu akan mengelak dari order nasi dagang. Hahaha ya allah sedapnya nasi dagang kat Orked Lavender Kafe ni.. Kuah ikan dia tu rasa macam manis manis masam. Aum dengan ikan yang fresh.. Perghhh .. Kak faz kata, selalunya nasi datang ni takde Lok Ching.. Uzu pun tak tau apa Lok Cing tapi yang uzu tengok dia macam sate ikan.. Hihi :D Nasi dagang uzu bagi 5/5 bintang !
Menu kedua yang uzu rasa ialah Lok Cing ! HIhi yang ni lah sate ikan yang uzu kata kat atas tu. Lok Cing ni uzu first time makan. Moka kata, kalau belah kelantan, memang banyak jual tepi jalan naik moto.. Tapi kenapa lah uzu tak pernah tengok? hehehehe. Selalu kalau p Kelantan tu, rasa nak makan etok je :p Tapi tak kisah lah kan sebab kalau korang nak rasa makanan utara, boleh datang ke Orked Lavender Kafe  ok ? Lok Cinggg dia memang terbaik sedap !! Rasa ikan ikan dia tu urghhm. So Lok Cingg uzu bagi 5/5 bintang !!
Sapa yang suka makan karipap angkat tangan !! Karipap ni uzu suka makan.. Lepas tu teringat pulak kan dengan karipap Ikea? Haa kalau rasa teringin tu , kat Orked Lavender Kafe ada karipap macam ikea tu tapi isinya ikan.. Hihi.. Untuk karipap ni uzu bagi 5/5 bintang juga ! Ya allah sedap sedap sangat menu kat kedai kak faz ni.. Pitam!! :D
Hmmm okay actullay tak semua menu kat Orked Lavender Kafe ni lebih kepada makanan utara tapi westen pun ada.. Orked Lavender Kafe  ada menu-menu yang semua orang boleh makan.. Haa so westen macam Beef Spaghetti ni sedap yang amat ya allah.. Dapat rasa sikit pun jadi lah.. Uzu bagi 4/5 bintang :)

Banyak menu yang kami order tapi tak semua uzu makan.. Hiihi cuma nak bagitau, menu-menu kat bawah ni pun ada ye.. Ni macam waffle dia letak aiskrim dan red valvet kek..Dan bawah dia tu apa eh.. Hihi tak ingat pulak.. Tapi habis lah member makan.. Maksudnya, kalau habis tu sedap lah kan kekdahnya :p So tu lah uzu cakap, takde benda yang tak sedap kat Orked Lavender Kafe  ni :)
 Menyelerakan kan ? :D
So kalau korang tak tau nak makan mana lagi? Datang lah ke Orked Lavender Kafe  ni, kalau korang makan kat Fizo Mawar Kitchen, mesti korang nampak Orked Lavender Kafe  ni betul betul opposite dengan kedai FizoMawar.. Haa so senang je lah kan ? Kalau tak pun waze je Orked Lavender Kafe  konfem jumpa jalan :) Sebaris dengan MENATE :) Ok lah tu je.. Salam :)

Untuk Matlumat Lanjut
Instagram : @orkedlavenderkafe
Call : 0389122200
Share:

6 Sila Komen:

IQ = Iez Qis said...

menarik makanannya, harganya macam mana uzu? macam menarik sangat nak terjah, terutama nasi dagang terengganu tu, sate ikang tu banyak jugak di terengganu, IQ kan orang terengganu..hehehe..

Irda Garmin said...

baca post uzu ni pagi2..lapar pulak jadinya

Ann Ishak said...

perh...dish plate pun pakai port meirion

Nieyl said...

Nampak menarik...
cantik..kemas...

PERMATABIRU said...

cantik kedai dia

Belang Tarung said...

oh.. igt ulam.. orkid rupenye