April 16, 2017

Rentak Selangor 2017 : Tarian Singa , Tarian Balle Balle


Rentak Selangor 2017 : Tarian Singa , Tarian Balle Balle  | salam. Tarian singa bagi uzu suda biasa sangat sebab kat Sabah memang berlambak lagi-lagi waktu tahun baru cina.. Mula lah kedengaran di semua pelusuk tempat sebab Sabah kan memang banyak cina.. Tapi yang bestnya kat Rentak Selangor 2017, kami boleh tahu macam mana cara pembuatan singa, kos buat singa, berapa lama buat singa dan proses import export singa...

Apa yang membanggakan, cara buat patung cina ni actually Malaysia the best pengeluaran dan good qualiti dari segi cara pembuatan.. So sebab tu lah kan banyak negara negara luar import patung untuk tarian singa ni ke negara malaysia dan juga menari cara pembuatan. Ha kemain kan Malaysia ni..

Untuk kepala singa tu cecahan ribu, tak silap uzu kepala singa je RM2000+ .. Yang tu kepada je, tak masuk badan singa.. Tempoh buat seluruh singa adalam dalam 2-3 minggu dan uzu perhati memang sangat teliti diorang buat..
 bingkai kepala singa. Diperbuat daripada kayu yang mahal..
 master . master tarian cina yang dah ada beratus anak murid di seluruh dunia..
 hati hati ! Kepala singa berharga ribu ribu k uzu :D
Lepas dan berjam kami masuk dan tanya itu ini mengenai singa, serta belajar macam mana nak main alunan dendangan lagu untuk tarian singa, acara yg kami tunggu2 telah tiba iaitu persembahan tarian singa.. panas-panas terik mentari ni lagi.. Ya allah macam mana lah diorang boleh tahan panas dalam tu.. Tabikkk !
Budak kecik pun kan pun terror main.. Ee bestnya diorang.. rasa macam nak belajar pulak.. InsyaAllah nanti boleh datang ke kedai master hong. Cia cia. Lepas dah habis persembahan, kami shoot ke hotel lain di Shah Alam.. Sampai-sampai je terus fengsan sampai malam. Hahaha penat wei trip gini tapi penat sebab seronok takpe wei.. I rela :D

Aktiviti last dan terakhir iailah acara penutupan. Macam biasa acara penutupan ni mesti ada ..Penutupan yang best skali dan enjoyyyy haha. Dah lah uzu suka menari.. Dengar muzik Balle Balle ni memang semua lagu nak menari. Hihihi.. Best weii persemabahan lagu dan muzik dari Balle balle. Femes diorang ni.. Group ni semua pakcik pakcik dan makcik makcik... Warga tua kekdahnya tapi haaaaaa rasa enjoy dengan persemabahan.. Gambar pun tak ambik waktu semua peserta menari sebab sibuk duk menari.. Kahkahkah. Ya ampun maafkan beta :D

Btw, Terima kasih diucapapkan kepada #RentakSelangor 2017Gaya Travel Magazine dan juga Selangor Youth Generation Development, Sports, Cultural and Entrepreneurship Development sebab mengadakan trip yang sangat best dan rasa macam tak sabar pulak nak join Rentak Selangor 2018 :p
Share:

1 Sila Komen:

Cik Tie said...

Dah lama tak tengok tarian singa