April 16, 2017

Rentak Selangor 2017 : Sky Mirror Escapade, Nasi Ambeng, Kompang Jawa, Kuda Kepang & Barongan

Rentak Selangor 2017 : Sky Mirror Escapade, Nasi Ambeng, Kompang Jawa, Kuda Kepang & Barongan | Salam. Hari kedua ni uzu excited sebab nak g sky mirror. Last year, kiterang nak g skymirror ni tapi keadaan kat sini tak mengizinkan.. Bukan setiap masa skymirror ni boleh pergi. Ada hari hari tertentu..Perjalanan mengambil masa setengah jam naik bot untuk ketempat ni..
Kalau nak p sini better pagi-pagi dah ready. Jangan lambat sebab nanti air akan naik.. Bila air naik, bot akan terperangkap then korang tak boleh balik sebab laluan tutup.. :D
Lepas penat layan sky mirror ni, kiterang terus shoot untuk makan tengahari di Warong Ibu . Kali ni nak try makan nasi ambeng dan soto.. Uzu pernah makan nasi ambeng tapi tak reti nak makan. Tak tau lah tekak tak boleh tengok nasi dan mee bergabung.. Hihi tu sebab nasi ambeng ni uzu makan nasi je.. Lauk lain, ayam dan sayur campur tu habis lah makan.. Mee je tak termakan.. hihi..
Hari kedua ni memang sangat memenatkan sebab kami seharian kat luar. pihak Gaya Travel pun nak pesan bawak extra baju untuk mandi sebab kami akan stay sekejap beberapa jam di Hj Dorani Homestay.. Best giler homestay kat sini.. Kami makan petang dan makan malam di sini. 
 teaser kuda kepang.. Yang best kami belajar menari kuda kepang! :D
Apa yang kami tunggu-tunggu ialah persembahan kuda kepang pada waktu malam.. Waktu tu juga baru uzu tahu teaser petang tu tak sama dengan persemabahan yg real di waktu malam tu.. Dasyat!! Tapi sangat menarik dan kuda kepang antara benda yg uzu sangat enjoy tengok !!
Kuda Kepang ni melibatkan "jin" ye.. Makanan di atas adalah makan untuk penari kuda kepang. Makanan ini akan dimakan oleh penari-penari dan akan dicampur dengan air kemenyan.. Penari akan dirasuk oleh jin.. Dan waktu tu lah yang menakutkan bagi uzu .. Tapi sentiasa selawat dan zikir dalam hati untuk mengelakkan kita dirasuk juga.. Benda ni kita boleh tengok tapi jangan amalkan ye. Ini sekadar hiburan semata-mata. Nak tengok tak macam mana tarian kuda kepang sampai diornag dirasuk? Haa meh tengok live video uzu ni..

Memang lama persembahan kuda kepang dan barongan.. Memang tak boleh nak stop sebab bersambung-sambung. Kejao ini dirasuk. Kejap itu... Kejap sana.. kejap sini.. Bayangkan waktu dioraang di rasuk tu, pelik mata, menakutkan, sambil-sambil tu boleh nari lagi.. Ada yang menyerang, wuu memang lari kiterang ni.. Ada yang memang kat depan uzu je, nak kata takut pun memang lah takut tapi buat-buat berani.. Hihi yg penting zikiq , dan baca ayat kursi banyak-banyak..

Apapun memang sonok.. Pengalaman yg best. Wu dah setel hari kedua. Kita sambung hari ketiga pulaj ye. Hihi.. Salam :) Terima kasih diucapapkan kepada #RentakSelangor 2017Gaya Travel Magazine dan juga Selangor Youth Generation Development, Sports, Cultural and Entrepreneurship Development sebab mengadakan trip yang sangat best dan rasa macam tak sabar pulak nak join Rentak Selangor 2018 :p
Share:

1 Sila Komen:

Cik Tie said...

Bestnya.. teringin nak tengok tarian kuda kepang tu