Sunsilk Hijab Recharge : Shampoo Yang Sesuai Untuk Wanita Berhijab

Sunsilk Hijab Recharge : Shampoo Yang Sesuai Untuk Wanita Berhijab | Salam. Ingat tak entry uzu pasal dapat suprise dari Sunsilk? Haaa kerlas kan tak ? Serius uzu teruja dan sangat excited bila dapat tahun ada bungkusan yang akan datang ofis. Tapi... tak sangka pulak kotak bungkusan tu sangat besar ! Siap ada belom belon bagai ha..
 
Siapa tak terkejut datang ofis ada kotak sebenar ni.. Lagi bangga bila ada nama Emas Putih kat kotak tu.. Rasa terharu sangat-sangat. Hahahaha Bila bukak kotak tu.. Ada belonn !! Belon siap logon sunsilk hijab recharge. Hehe.. Nak tau tak? uzu ingat dalam kotak tu penuh dengan produk-produk Sunsilk tapi ada kad jemputan je wei? Huhu kecewa sikit :p Kad jemputan tu jemputan ke event pelancaran produk baru iaitu Sunsilk Hijab Recharge..

Masa datang event tu, sangat meriah event sunsilk sebab yang datang ialah inta famous, youtube famous, blogger famous (jeling diri sendiri *uhukkkkk*) dan media dan tak lupa juga ada artis yang datang. Uzu waktu ni tak sangka pulak diorang ni datang.. Diorang dah cantek centek siap mekap tebal, uzu biasa-biasa je waktu tu.. Rasa rendah diri pulak :p
Ramainya influencer femes yang datang. Nampak tak fara fauzana jadi pengacara?
 Nasib baik ada baju kaler hijau. Hihi repeat baju review. Ops..
Cantiknya buaiian dia woi. Hahaha :D

Lepas event tu uzu terus balik.. Yang bestnya kan, semua yang datang pelancaran produk ni kan semua dalam goodies okeh! Haaa bila ambik goodies, eeee ni mesti syampoo ni kan? Haha teruja ler rasa.. Agak-agak apa lah dalam kotak goodies ni eh? Style betul kan event Sunsilk kali ni.. Tak macam sebelum ni.. Meriah betul hihi .. Suasana pun cantek.. Invitation pun unik.. Goodies? Agak-agak dalam dia ada apa? Mengharap ada cash hahahah :p
Harap-harap ada angpau raya :p Bila buka...Tadaaaaaaaaaaaaaaaa!!
wahhh banyak nya shampoo ! Macam-macam jenis..

Kesegaran dan Keharuman Berpanjangan Sehingga 48 Jam!
Sunsilk Hijab Recharge mengandungi Fragrance Release Pearls Technology™ yang memberikan kesegaran dan keharuman berpanjangan sehingga 48 jam – produk pertama di pasaran yang memiliki keupayaan praktikal namun luar biasa.

Sebaik sahaja rambut dibasuh dengan Sunsilk Hijab Recharge, kapsul haruman akan tersimpan dan terus kekal dalam rambut.  Kapsul ini kemudiannya akan pecah apabila terkena sentuhan yang lembut lantas membebaskan aroma wangian yang harum.  Tambahan pula, aroma wangian yang harum ini akan bertambah kuat seiring dengan pertambahan geseran antara tudung dengan rambut.  Dalam erti kata lain, lebih banyak gerakkan kepala, rambut akan lebih berbau wangi.
Shampoo anti gugur, anti kelumumur & segar berhijab tak lupa ada conditioner

Segar Berhijab atau Hijab Refresh
Keajaiban dalam warna pastel hijau, yang diperkayakan dengan pati buah tin dan dikenali juga sebagai buah-buahan syurga di kalangan orang Islam.  Kaya dengan antioksidan, ia membantu membersihkan kulit kepala dari peluh, kesan berminyak, sel kulit mati serta rambut berminyak bagi mengekalkan kesegaran yang berpanjangan. 

Anti Rambut Gugur atau Lively Strong Hairfall 
Penyelesaianang diperolehi dalam botol pastel oren yang ceria, diformulasikan dengan ekstrak akar ginseng. Terkenal dengan kemampuannya untuk mengekalkan nutrien, memperkuatkan rambut serta mengurangkan keguguran rambut.

Anti Kelemumur atau Anti Dandruff
Kehebatan yang terdapat dalam botol warna biru, telah direka untuk menangani permasalahan kelemumur melalui pengunaan pati buah-buahan sitrus untuk menghasilkan rambut lembut bermaya, serta agen anti-kelemumur ZPT yang akan membasmi sel kulit mati dan menghalangnya dari berlaku semula.
Ni lah 3 jenis shampoo Sunsilk Hijab Recharge. Uzu dah hidu bau dia, perghh wangi beb!
Yang gambar atas ni pulak conditioner.


Usahasama Dengan AIDIJUMA
Selain dari memupuk keyakinan diri hijabster melalui rambut yang sihat dan segar bermaya, Sunsilk mempertingkatkan lagi penglibatan kami dengan menghiasi gadis-gadis di luar sana dengan hijab bergaya yang direka unik dan anggun serta boleh dipadankan dengan pakaian mereka mengikut trend terkini.  Menjalin usahasama yang rapat secara dengan jenama peneraju hijab AIDIJUMA, yang turut berkongsi visi yang sama iaitu untuk memberi kekuatan kepada para gadis untuk tampil lebih berkeyakinan, Sunsilk, bersama dengan jenama hijab yang menjadi bualan isi rumah ini turut melancarkan tujuh jenis skarf dengan corak eksklusif bersempena dengan pelancaran Sunsilk Hijab Recharge
Menampilkan corak yang menyeronokkan dan segar ceria dengan motif yang diminati oleh ramai gadis masa kini, gadis Sunsilk boleh mengumpul kesemua tujuh corak yang ada untuk memberikan lebih warna, lebih berkarekter dan lebih gaya terhadap pakaian seharian mereka. Empat corak kini telah berada di pasaran, di mana gadis Sunsilk boleh mendapatinya secara PERCUMA dengan setiap pembelian dua botol Sunsilk Hijab Recharge.  Untuk membawakan debaran yang lebih hebat untuk memiliki keseluruhan koleksi, AIDIJUMA dan Sunsilk akan melancarkan baki tiga corak dalam masa beberapa bulan yang akan datang

Review Dari Emas Putih Mengenai Sunsilk Hijab Recharge
Memandangkan uzu ni jenis rambut panjang dan setiap hari ada je rambut gugur sampaikan rambut dah nak nipis, so uzu ambik shampoo dan conditioner kaler oren.. Shampoo anti rambut gugur.. Uzu  juga suka bau wangi shampoo ni.. Rasa macam buah buah manis manis tu.. Hihik..Hari ni uzu pakai shampoo tu.. Sedapnya rasa main-main rambut dengan buah shampoo.. Belai slow slow , urut-urut kepala ala-ala cuci rambut kat kedai . hihi.. Lepas dah siap shampoo tu, wajib lah guna conditioner dia.. Shampoo yang uzu pakai buat masa ni kaler oren, so conditioner pun kaler oren ..Jangan silap ambik kaler pulak :p pakai conditioner tu tuk nak lembutkan rambut ni haaa. asyik kusut masai je kan..Dah lah tak reti nak sikat rambut uzu ni..Walau tak sikat, tetap lurus k. Apa rahsianya? Opkos lah selama ni uzu pakai sunsilk ! Tapi bila ada Sunsilk bagai shampoo baru, apa lagi tukar lah shampoo :p Btw u ols.... untuk shampoo ni uzu bagi 5/5 bintang.. !! :D

Harga Syampu dan Perapi
70ml – RM3.80 
60ml – RM8.50
320ml – RM13.85

Untuk Matlumat Lanjut

2 Sila Komen:

Mrs Pip said...

Rasa mcm mau try la guna sunsilk lepas ni :)

syakillaazam said...

Menarik!!!!!

Jemput singgah ke blog syakilla ye kawan kawan.

Nak cantik nak sihat ingat Syakilla 😘😘😘

http://www.syakillaazam.my