Simple Giveaway RM1000 Credit SG Shop Malaysia by Emas Putih

Simple Giveaway RM1000 Credit SG Shop Malaysia by Emas Putih | Salam. Hari ni uzu nak buat giveaway untuk korang. Giveaway ni simple je. Yang berkaitan Sg Shop.. Siapa yang tak tau lagi SG Shop tu ape, haa tempat shopping online tapi barang kat sini lagi murah giler-giler. So kalau korang tak faham pasal SG Shop ni boleh baca entry uzu sebelum ni.. Untuk GA ini, korang kena follow syarat-syarat kat bawah..

Hadiah Giveaway
RM100 credit shopping di SG Shop x 10 pemenang

Tarikh Tutup Giveaway 
6 June 2017

Syarat-Syarat Giveaway
1. Follow IG : @sgshop_malaysia
3. Sila jawab soalan ini di ruangan komen. "Apa yang best tentang SG Shop?"

Simple Giveaway RM1000 Credit SG Shop Malaysia by Emas Putih di sponser oleh SG Shop Malaysia . Terima kasih kepada yang sudi join GA ini. Diharap murah rezeki korang .. Kalau tak dapat menang GA uzu yang cash tu, join ni pulak.. InsyaAllah mudah-mudahan ada rezeki kat sini pulak. Ok lah tu je salam.

Bestnya Shopping Online Kat SG SHop ! Barang Kat Sini Semua Murah-Murah Kot! Kan Dah Tershopping !


Bestnya Shopping Online Kat SG SHop ! Barang Kat Sini Semua Murah-Murah Kot! Kan Dah Tershopping ! | Salam. Hmm terjebak dah dengan SG Shop ni.. Member dulu perrnah beli berus mekap, ya allahh murah giler kat sini.. Ye lah baarang-barang dari China kan.. So semua murah.. Pernah uzu dengan Nisa Kay plan nak borong berus mekap dan jual kat Malaysia.. So kos pos tu share-share je lah.. Tapi kos pos luar negara dari China ke Malaysia takde lah mahal sangat. Tengok barang apa yg korang beli lah..

So sebelum uzu nak cerita lebih lanjut mengenai SG Shop, meh lah uzu ajar cara-cara daftar SG Shop. Bukan apa, masa uzu memula daaftar, ada problem juga. So untuk memudahkan korang, uzu buat lah entry ni..

Cara-Cara Daftar SG Shop

1. Of koz kena masuk website http://www.sgshop.com.my . Kena masuk link malaysia ye. Jangan masuk link Singapura. Sebab bila korang daftar kat link malaysia, korang taka boleh login kat link Singapore. So dia lain-lain.. Kalau nak shopping kat link Singapore , korang kena sign up baru https://www.sgshop.com/ ..
Apaa yang SG Shop bagi note sebelum sign up, benefit-benefit bila korang jadi member,  Dapat 200 points, diskaun 10% untuk shipping bagi first order, reward harian dan banyak deals kat website SG Shop. Nanti korang boleh tengok. 

2. Bila tekan sign up akan keluar lah macam kat atas ni.. Letak email, username, password dan phone. Haaa uzu ada masalah bahagaian phone. Dah banyak kali uzu letak no fon, macam-macam format uzu guna last-last code ni tak samai kat fon uzu.. Uzu restart handphone ke, uzu daftar esok lusa pon tetap sama, so apa yang uzu buat? Haaa just kosongkan je no fon dan tick term of use then tekan register. So abaikan bab code seketika. Boleh je register tanpa code.

3. Next bila dah register, dah boleh sign in, update korang punya profile SG Shop dulu ye..Profile SG SHop ni korang cari kat atas . Tekan nama korang.. Kalau uzu, nama emasputih90 . So tekan nama tu, so itulah profile korang.
So dalam profile ada points korang, credit korang, berapa baki korang, apa yang korang order, proses order. Korang jangan lupa update korang punya alamat ye.. Sg Shop ni juga boleh top up amount kat akaun SG Shop, then boleh withdraw duit juga.. Maksudnya kalau korang banyak credit dalam ni, boleh tukar jadi duit gitu..

So dah setel update profile? Meh lahhh cuci mata beli barang memurah.. Mesti korang menjerit tengok harga.. Uzu ni pon rambaang mata beli berus mekap je. yang lain takde lah kisah sangat. Keh keh keh.. Kalau korang nak mudah, boleh online mengikut kategori.
Uzu memula shoping duk belek-belek ikut kategori. Tapi tak semua barang ada dalam kategori. Better korang seacrh je kat website tu. Banyak gila baraang kat situ wei.. Contohnya berus mekap ni, takde dalam kategori. Uzu search sendiri.. Rupanya berlambak ! Search lagi benda lagi, perghh banyak wei barang kat sini ni.. Boleh buat berniaga ni.. hihi..Tengok lah harga beg dan berus ni.. Murah siottt ha !!
So last week uzu tengah bosan-bosan, uzu beli macam-macam barang.. Berus makeup, beg , baju , seluar, baju baby, baju kanak-kanak lah.. Shopping-shopping sampai lah harga barang RM400+ .. Perghhhh banyak juga tershopping ni.. Semua memurah tapi uzu limitkan RM500 je untuk shopping kat sini.. RM400 barang. RM100 untuk kos shipping ke Malaysia. Btw nak tengok apa yang uzu order ? hehe







banyak sebenarnya yang uzu order tapi tu lah.. Tak dapat nak save gambar. Ada beberapa baju lagi yang uzu order then ada order thumdrive.  Thumbdrive lah dari dulu lagi nak beli tapi terlalu mahal sangat so nasib baik kat sini  murah je. Bayangkan lah weii thumbdrive untuk iphone memang hmm malas nak cakap lah.. Ni uzu dapat RM109.72 untuk 128GB ! Hihihi suka rasa . Sebab iphone uzu kan 16GB je. kejapp kejapp full memory.. kejap2 kena delete gambar. So nak memudahkan kerja, bette transfer je p thumbdrive ni. Setel :p


Ok dah banyak merepek ni, hm uzu nak ajar macam mana cara check out. Beli barang kat SG Shop ni berbeza sikit ye.. Proses dia macam ni..

Cara-Cara Checkout Barang SG Shop.

1. Lepas dah korang add to cart barang koraang nak, tekan check out. NEXT. Kat sini kos shipping dia tak masukkan lagi ye..
2.  Lepas tekan next tapi so nampak lah delivery address. Update alamat. Then kos shipping ada dalam jadual. Ada macam-macam jenis shipping.. Kalau nak rushiing, ambik yang mahal sikit. Kalau nak murah macam uzu, uzu ambik sea shipping. Dalam 3 minggu sampai lah tu..InsyaAllah sebelum raya kot sampai..Tengok camna..
Lepas pilih jenis pos nak guna. Korang bayar lah..Guna maybank ke, credit card ke, credit ke semua boleh.. Ni just bayar harga barang ke tau.. Haraga pos asing-asing..
So bila korang dah bayar kan, barang yang korang order ni adalah vendor vendor, setiap barang lain vendor. Diorang akan hantar barang masing-masing ke warehouse. Setiap barang yanag vendor hantar, korang akan terima message, akan terima email dan akan terima notofication kat website. Jangan salah faham ye. Bukan semua barang datang sekaligus. Macma barang uzu, last week datang 2 3 barang, semalam datang 2 barang. So asing-asaing. Barang tu akan terkumpul semua dalam warehouse china. Means, bila semua barang dah ada, diorang tak automatik pos tau.. Kita kena update kat website, kita kena tunggu semua barang sampai, then akan submit delivery.. Haa kali ni ada cas untuk delivery pulak. Asaing-asing ye cas delivery tu. Bila barang dah sampai warerhouse baru submit delivery.. Ingat ye, jangan keliru..

Make sure check betul-betul, berapa total barang yang korang order. Berapa yang dah sampai. Apa yang silapnya uzu sebab, uzu ingat semua barang dah sampai so uzu p submit delivery. Then sekarang uzu dalam proses delivery p Malaysiaa. Tapi tetiba uzu dapat mesej lagi kata ada barang sampai kat warehouse.. Pergh rupanyadaa 4 5 6 barang lagi uzu tersilap pandang.. So kena pos lain-lain lah ni.. Pitam uzu hahaha.. Ee tak tengok betul-betul..

So tu lah pengalaman uzu shoppping kat SG Shop. Memang best wei. Rasa mcam nak shopping barang lagi next month... Buat-buat peniaga online, haaa apa lagi? Daftar lah sekarang !! Nanti bila barang dah sampai, uzu bagitau korang ye. Ok lah salam.

Untuk Matlumat Lanjut

Pelancaran Gula Petite Cafe & Buku Recipe Gula Petite

Pelancaran Gula Petite Cafe & Buku Recipe Gula Petite | Salam.. Sabtu yang lepas punya lepas entah berapa kali lepas dah hehe, uzu dan blogger lain hadir di dalam satu sidang media dan majlis pelancaran cafe yang cute ni, Gula Petite Cafe dan juga sekaligus melancarkan Buku Resepi Gula Petite. 

Gula Petite di Putrajaya adalah cawangan kedua dan cawangan pertama adalah di Shah Alam.Tahniah diucapkan kepada owner gula petite. Apa yang uzu perhati, Ioi Mall Putrajaya adalah tempat yang sangat stratergik . Kalau weekend je bersesak sesak lah ioi mall tu.. Cafe ni memang sesuai lah lagi-lagi waktu cuti sekolah sekarang ni, ramai bebudak kat waktu ni? So.. boleh lah singgah ke Gula Petite Ioi Mall Putrajaya sebab bebudak kan suka makan manis manis..

Gula Petite Cafe telah dirasmikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif TERAJU, Dato’ Husni Salleh tempoh hari.  Tahniah Cik Areani atas kejayaan majlis pelancaran ni.. Ramai yang datang ketika in, VVIP, VIP , pihak media dan juga blogger.
Gula Petite Cafe ioi mall putrajaya memang menarik decorasinya. Siap ada pemukul telur tergantung sebagai hiasan. Memang sangat unik . Tak sangka pemukul telur tu boleh jadi decorasi kan?
Ada beberapa jenis kek yang uzu dan blogger-blogger lain rasa. Semua sedap sedap ! Serius ha ! So meh lah tengok kat Gula petite Cafe ni diorang ada jual apa ye? Skodeng jom .. Telan liur je kan haha waktu puasa ni :D Nanti buka puasa singgah lah kat sini eh..
Pelbagai jenis kek..
kek pandan..
Kek ni sedap !
hmm menarik kan?
uzu suka karipap dia ! Ranggup..
arghhh sedapnya kek coklat ni
ni mampu tengok je ni.. hihi.. Menarik tak deco?
So kalau koran tak tau kat mana Gula Petite Cafe ni, korang boleh lah terjah info kat bawah ye.. Semua ada kat bawah ye. Salam.

Gula Petite Cafe
IOI City Mall, Putrajaya
Landmark: Berdekatan dengan kawasan Ice Skating

Email: hello@gulacakery.com

Suds And Latte Cafe : Cafe Yang Berkonsepkan Dobi (Laundry Cafe)

Suds And Latte Cafe : Cafe Yang Berkonsepkan Dobi (Laundry Cafe) | Salam. Bila bercakap pasal p dobi ni, uzu memang sejenis student yang acah acah busy dan malas sangat nak basuh baju sendiri waktu kat hostel. So uzu dan roomate selalu lah p dobi tengah malam.. Time tu lah dobi 24 jam tu aman sangat.. Takde orang.. Asal p dobi, mesti cari lepak kedai makan.. Tak pun p drive thru mcd sementara tunggu baju dah siap basuh.. Baju dah siap kering.. Kan bosan menunggu tu? Memang rasa macma nak kunyah kunyah je... Tapi kekadang tu kan, kedai tutup.. Memang krik krik krik je lah dalam kereta berjam..

So bila ada laundry cafe ni, ada dobi dan ada cafe, rasa macam wahh takde lah bosan sangat kan nak tunggu baju siap. Kekadang tu tak sedar masa berlalu.. Makan tak habis lagi, baju dah siap basuh.. Bila ada laundry cafe yang macam ni.. Uzu sangat kagum ! Tahniah kepada sang punya idea, Puan Zalina.. 

Wahhh cafe dia ni ha bukan main lagi. Ala-ala hipster dia punya deco..Simple dan nice laundry macam ni . Puan Zalina kata, dah berzaman buat bisnes dobi ni dan customer kerap tanya " akak ada jual air tak kat sini? Ada jual makanan tak? SO dari situ lah Puan Zalina disitulah terhasilnya Suds And Latte Cafe.. Yang nak mendobi, boleh letak minum kopi... sesambil sembang dengan member. Cafe ni pun ada tempat duduk di dalam dan diluar. So yang nak merokok tu mohon merokook kat luar ye :p  
Suds And Latte Cafe baru sahaja di rasmikan pada 7 may yang lalu, awal bulan lepas, makkk aihhh dah lama sangat dah launch.. Memang meriah majlis perasmian sebab ada artis popular,  Aiman Tino, Sufian Suhaimi, dan pengacara majlis ialah Ikhwan Kool FM .. Juga di dihadiri pelbagai media, bloggers dan anak yatim yg dirai

Dah setel bab dobi. UZu nak cerita bab cafe pulak.Cafe ni menu makanan dia like western fusion food. Makanan western diolah selera Asia bercirikan homemade food.  Antara menu yang ada di Suds And  Latte Cafe contohnya ialah Thai Beef Salad, Pasta Pesto with beef, Spaghetti Carbonara with chicken, Turkey Lingonberry Sandwich, Eggs Benedict, Shrimp Taco (with guac and fries), Beef Taco (with Sriracha and fries), Beef Taco Burger. Ada sebilangan menu disini diinspirasikan dari Puan Zalina sendiri .. Mesti sedap kan resepi Puan Zalina?




Kalau di tanya, apakah signature makanan kat cafe ni dan menu yang wajibb korang tryyy, haa menu tu ialah  Puding Jagung !! Sebab ape?? sebab...resepi turun ni adalah temurun dari keluarga Puan Zalina sendiri. Resepi ini berusia lebih 50 tahun. Wahh patut sedap semacam :)

Btw kalau sesiapa nak p Laundry Cafe ni , boleh datang ke alamat di bawah ye.. Yang duduk Damansara, meh meh datang ke Suds And Latte Cafe . Lokasi memang sangat stratergik so uzu harap semoga bisnes Laundry Cafe ni dimurahkan rezeki, semoga banyak pelanggan , semoga banyak return customer dan kalau dah berjaya nanti, jangan lupa kami semua ni ye.. Hihi ok lah tu je..Salam.. 

Lokasi: 
3-1, Jalan PJU 7/7A, Mutiara Damansara, 
47800 Petaling Jaya, Selangor 
(bersebelahan dengan kedai makan Selera Impian)

Waktu Operasi: 
10.00 pagi – 10.00 malam 
(Tutup Isnin)

Tel: 03-77321771

Facebook Rasmi: 

Instagram Rasmi: