May 28, 2017

Pelancaran Gula Petite Cafe & Buku Recipe Gula Petite

Pelancaran Gula Petite Cafe & Buku Recipe Gula Petite | Salam.. Sabtu yang lepas punya lepas entah berapa kali lepas dah hehe, uzu dan blogger lain hadir di dalam satu sidang media dan majlis pelancaran cafe yang cute ni, Gula Petite Cafe dan juga sekaligus melancarkan Buku Resepi Gula Petite. 

Gula Petite di Putrajaya adalah cawangan kedua dan cawangan pertama adalah di Shah Alam.Tahniah diucapkan kepada owner gula petite. Apa yang uzu perhati, Ioi Mall Putrajaya adalah tempat yang sangat stratergik . Kalau weekend je bersesak sesak lah ioi mall tu.. Cafe ni memang sesuai lah lagi-lagi waktu cuti sekolah sekarang ni, ramai bebudak kat waktu ni? So.. boleh lah singgah ke Gula Petite Ioi Mall Putrajaya sebab bebudak kan suka makan manis manis..

Gula Petite Cafe telah dirasmikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif TERAJU, Dato’ Husni Salleh tempoh hari.  Tahniah Cik Areani atas kejayaan majlis pelancaran ni.. Ramai yang datang ketika in, VVIP, VIP , pihak media dan juga blogger.
Gula Petite Cafe ioi mall putrajaya memang menarik decorasinya. Siap ada pemukul telur tergantung sebagai hiasan. Memang sangat unik . Tak sangka pemukul telur tu boleh jadi decorasi kan?
Ada beberapa jenis kek yang uzu dan blogger-blogger lain rasa. Semua sedap sedap ! Serius ha ! So meh lah tengok kat Gula petite Cafe ni diorang ada jual apa ye? Skodeng jom .. Telan liur je kan haha waktu puasa ni :D Nanti buka puasa singgah lah kat sini eh..
Pelbagai jenis kek..
kek pandan..
Kek ni sedap !
hmm menarik kan?
uzu suka karipap dia ! Ranggup..
arghhh sedapnya kek coklat ni
ni mampu tengok je ni.. hihi.. Menarik tak deco?
So kalau koran tak tau kat mana Gula Petite Cafe ni, korang boleh lah terjah info kat bawah ye.. Semua ada kat bawah ye. Salam.

Gula Petite Cafe
IOI City Mall, Putrajaya
Landmark: Berdekatan dengan kawasan Ice Skating

Email: hello@gulacakery.com
Share: