Gunalah "Shurah Pencerah" Untuk Kelihatan Terlebih Cantik Di Hari Raya

Gunalah "Shurah Pencerah" Untuk Kelihatan Terlebih Cantik Di Hari Raya | Salam..Wahh Shurah dah ada produk baru eh? Siap kaler pink pulak pakaging dia.. Lawa gila kot !! Dulu bukan ke pakaging colour biru? Ni dah bertukar mood eh : ;p 

Hihi siapa lah kan tak kenal Shurah ? Masuk mana-mana kedai pun terjumpa produk Shurah ni. Betapa hebatnya brand Shurah sampai lah pihak Shurah mengeluarkan produk terbaru iaitu Shurah Pencerah... Pakaging dia pun comel je tema putih pink.. UZu kalau nampak pakaging lawa macam ni, dah rembat dah.. Kekadang uzu ni akan beli barang sebab dia kaler pink .. Nak semua pink punya pasal kan.. Hahaha ni pon rasa awww kan best dapat satu set pencerah Shurah ni.. :D

Btw uzu nak cerita sikit apa yang best tentang produk terbaru Shurah iaitu Shurah Pencerah?  Mesti ramai lagi yang tak perasan kan Shurah telahpun keluarkan produk baru yang untuk tujuan mencerahkan kulit wajah? lagi-lagi kita ni nak raya, kulit mesti nak cantik kan? Dah setahun tak jumpa, mesti lah muka kita lagi lawa dari raya tahun lepas.. Betul tak? hihiihi..

Apa itu Shurah Pencerah?

"Rangkaian Shurah Pencerah yang diperbaharui ini mempunyai bahan aktif Clear White dan Shiny Glow untuk memutihkan kulit serta menghidratkan kulit agar sentiasa lembap dan berseri. Set lengkap ini mengandungi pembersih muka, losyen, penyegar, pelembap, krim siang dirumus dengan pelindung UV untuk melembap & melindungi kulit daripada sinar UV yang membahayakan dan juga krim malam yang membuatkan wajah lebih cerah dan berseri"

Fungsi Fungsi :

Clear White : Mampu mengurangkan penghasilan melanin selama 24 jam dan memutihkan kulit dalam masa 7 hari sahaja. 

Shiny Glow : Diperbuat daripada bahan semulajadi ekstrak akar kunyit yang memberikan efek cerah pada kulit mencerahkan dan mempunyai efek Anti-tyrosinase.

Produk-Produk Shura Pencerah:

1. Shurah Pencerah Pembersih Muka ( 50ml, 100ml)
Dirumus untuk membersihkan kotoran dan minyak muka yang berlebihan tanpa mengurangkan lembapan semulajadi kulit. Kulit akan menjadi lebih bersih, lembut dan cerah berseri. 

Cara penggunaan :
Picitkan sedikit pembersih muka pada tapak tangan. Campurkan dengan air dan gosok hingga berbuih, kemudian urut lembut pada wajah sehingga semua kotoran hilang. Bilas dengan air bersih. Untuk kesan lebih baik, gunakan bersama Shurah Pencerah Penyegar.
2.Shurah Pencerah Penyegar (120ml)
Dirumus khusus tanpa alkohol untuk membersihkan kulit secara mendalam disamping mencerahkan dan mengecilkan liang pori wajah tanpa menghilangkan lembapan kulit. 
Segarkan kulit anda setiap kali selepas membersihkan muka sebagai persediaan untuk menerima penggunaan produk yang seterusnya.

Cara penggunaan :
TItiskan penyegar pada kapas kering dan sapukan pada seluruh wajah dan leher untuk membersihkan lebihan kotoran. Wajah anda akan rasa lebih lembap dan segar.
3. Shurah Pencerah Pelembap (120ml)
Dirumuskan dengan tekstur yang ringan dan tanpa berminyak, pelembap muka ini dapat mengembalikan kelembapan disamping mencerahkan kulit anda. Juga mengandungi Pelindung UV untuk melindungi kulit anda daripada sinaran UV yang membahayakan. Kulit akan menjadi lebih lembap, gebu dan cerah berseri. 

Cara penggunaan :
Sapukan pelembap pada muka yang telah disegarkan dengan Shurah Pencerah Penyegar. Urut perlahan pada seluruh wajah dan juga leher.
4. Shurah Pencerah Krim Siang (40g)
Krim muka yang tidak melekit ini dapat mencerah dan melembapkan kulit anda supaya lebih cerah sekata dan berseri. Dengan rumusan SPF30, ia dapat melindungi kulit anda daripada sinaran UV yang merbahayakan.

Cara penggunaan :
Sapukan krim pada wajah dan leher. Boleh digunakan pada waktu siang untuk memelihara dan melindungi kulit anda daripada sinaran UV yang membahayakan. Gunakan selepas Shurah Pencerah Serum. 
5. Shurah Pencerah Krim Malam (40g)
Krim muka yang dirumus khusus untuk merangsang proses pencerahan kulit semasa anda tidur dengan lebih intensif. Pada waktu malam, kulit kita lebih mudah untuk menerima nutrien dan vitamin yang diperlukan untuk memperbaiki kerosakan yang dialami pada waktu siang. Ia diserap ke dalam kulit dengan cepat untuk memelihara kulit anda agar lebih lembut, lembap dan cerah berseri.

Cara penggunaan :
Sapukan krim pada muka dan leher setelah disegarkan dengan Shurah Pencerah Penyegar Digunakan  pada wktu malam untuk merawat dan mencerahkan kulit anda semasa tidur. Gunakan sebelum Shurah Pencerah Serum.
6. Shurah Pencerah Losyen Tangan & Badan ( 140ml & 400ml)
Losyen tangan dan badan yang tidak berminyak ini dirumus dengan Pelindung UV untuk melembap dan melindungi kulit anda daripada sinaran UV yang merbahayakan. Ia dapat diserap dengan pantas ke dalam kuit anda untuk mencerahkan kulit dengna cepat dan berkesan. Gunakan selalu untuk kulit yang lembut dan cerah sekata. 

Cara penggunaan :
Sapukan losyen pada tangan dan badan terutamanya selepas mandi.

So korang, Shurah Pencerah dah pun explain mengenai produk, kebaikan, macam mana nak guna, bila nak guna, so memang info ni sangatlah berguna bagi bakal pengguna Shurah Penyegar nanti. Dari pencuci muka, penyegar, pelembab, krim siang, krim malam dah last sekali losyen tangan dan badan. memanh perfect dari atas ke bawah Shurah Pencerah ni.. Wahh kebaikan yang ada pun not bad kan? Rasa-rasa sempat tak lagi cerah sblm raya? Haaaa insyaAllah sempat ! Sesiapa baca blog ni, boleh cecepat dapaatkan produk Shurah Pencerah di manaa-mana kedai berhaampiran anda.Salam :)

Untuk Maklumat Lanjut :
Facebook Shurah Malaysia : https://www.facebook.com/ShurahMalaysia/
dan follow hashtag #shurahmy #shurahpencerah
Untuk pembelian di dalam talian: http://www.jetaine.com/shop/

0 Sila Komen: