September 23, 2017

, ,

Dapur Emas Putih : Resepi Ketam Masak Telur Masin

Dapur Emas Putih : Resepi Ketam Masak Telur Masin | Salam.. Hai ramai pula yang tanya resepi ketam masak telur masin ni.. Uzu pun first time buat semalam .. Hahaha nasib baik menjadi.. Sedap pulak tu..Dah lama nak try masak ni tapi ketam kat KL ni faham faham je lah noks mahal ketam.. Tu yang baru nak beli semalam.. Uzu ni sekarang rajin masak tapi tak reti masak apa.. Haha tu yang tiap malam mesti fikir, esok nak masak apa? Esok nak try masak ni lah ! Uzu suka masak benda baru.. Maklumlah nak pandai masak semua sebelum kahwin :D harharhar Kalau dapat laki yang jenis tak makan luar, habis lahhhh.. Tu yg standby ni.. Tak tau lagi jodoh dengan sapa...So, just standby je :D

Resepi Ketam Masak Telur Masin ( Hidangan Untuk 5 6 orang )

Bahan-Bahan
5 Ekor Ketam
3 Biji Telur Masin
3 Ulas Bawang Putih
Tepung Jagung
1/2 Susu Cair
3 Sudu Makan Butter
Setangkai Daun Kari
4 Biji Cili Padi
Gula
Garam

Cara-Cara Masak

  1. Potong bawang putih , cili padi 
  2. Rebus telur masin.. Ambik isi kuning je. Hancurkan telur masin.
  3. Bersihkan ketam. Belah dua dan bersihkan segala kekotoran.. Ketuk sepit ketam supaya senang nak makan nanti.
  4. Lepas bersihkan.. Rebus ketam separuh masak.
  5. Lepas rebus ketak half cook, lemurkan ketam dengan tepung jagung + lada hitam + garam
  6. Goreng ketam sehingga tepung jagung tu nampak garing. 
  7. Ambik kuali baru,panaskan kuali, cairkan butter, bawang putih , cili padi, daun kari dan telur masin yang di rebus dan dihancurkan tadi..Letak gula dan garam.
  8. Lepas dah kuning, masukkan susu cair setengah tin.Gaul sehingga kuah pekat.
  9. Bila dah pekat masukkan ketam dan gauh sehingga rata. Siap :)


Share:

11 Sila Komen:

tenku butang said...

nyum2.. menyelerakan!

timm bill said...

sedapnyer, lama xmkn ketam!

Amanda Suria said...

Rajin uzu masak skrg. Bagus sgt..thanks resepinya nanti akak nk cuba..nampak senang

aswaleyla said...

nampak sdap la uzuu. saja buat terliur ni

Siti Nurfauzani said...

Sedapnya..

Akif Imtiyaz said...

Alahai makin pri nampaknya uzu kat dapur..ahkak ni sekali pon tak penah lagi buat ketam telor asin tu hahaha..biasa nak.makan g makan kat kedai jer.. Tahniah Uzu banyak jenis dah pandai masak tuu..nnt blh hidangkan utk bakal suami..kata nak #pikatperutbuncitbakalsuami..

noorhaidaz eyda said...

Tetiba lapar teruk tgk ketam ni

Busyra Bt Takiyudin said...

sedapnyaaa. uzu!

Delimasari said...

x pernah masak camni lg

Mardiah Diana said...

Salam singgah sini dik Uzu...wahhh...nampak menarik dan sedap...

Cik Puan Ena said...

Xpernah try lg nmpak sedap ni