September 07, 2017

My Favourite Syampoo : Shampu Shurah Ariana

My Favourite Syampoo : Shampu Shurah Ariana | Salam. Ya allah tiba-tiba teringat nak review syampoo shurah ariana ni. OMg ya allah lupa.. Actually dah teringat nak buat tapi balik kelantan pula seminggu. Yang ni baru balik haa.. Lepas tu masuk ofis balik kerja malam. Ya ampun maafkan uzu .. Hmmm ok lahh sementara teringat ni gigih lah buat entry jam 3.21 pagi :( 

Well back to the topic, untuk buat masa ni, uzu memang pakai Syampoo Shurah Ariana ni. Shura bagi review 4 jenis syampoo.. Uzu dah pakai keempat empat syampoo.. Haa kerlass terkejut housemate tengok kat bilik air ada macam-macam jenis syampoo surah ariana, macam-macam kaler pula tu tu yang diorangg rasa macam nak curi curi pakai syampoo I :p Sebab tengok tetiba macam kuranggg je kan hahahaha eh sapa pakai syampoo shurah ariana I sesenyap ni eh :p Terlalu best kot tiap hari mesti rasa macam ada yang kurangggg .. Best sangat eh ? :p
Haa gilerr lah tak best kan? Shurah Ariana Shampoo ada 4 jenis, tuk kelemumur, tuk kawalan rambut kering dan rosak, lembut dan licin dann kawalan rambut gugur. Uzu suka semua jenis. Uzu ni syampoo rambut hari-hari so uzu try 1 syampo gilir gilir. Kjeap hijau, kejap pink, kejap kuning , kejap biru... Yangg dah nak habis tuuu shampoo kaler pink. Hahaha sebab uzu minat pink so terpilih kasih sikittt . Apa pun semua best-best . masing-masing ada kelebihan masing-masing.

Syampu Shurah Ariana telah diperkenalkan untuk membantu dalam penjagaan rambut wanita terutamanya wanita berhijab. Ia diperkaya dengan bahan aktif semulajadi DANDRILYS yang mampu mengurangkan kelemumur dan ia lebih efisyen berbanding molekul anti-kelemumur terkenal, Zinc Pyrithione (ZPT). Ia berupaya mengurangkan kerengsaan, ketidakselesaan akibat kegatalan dan mengawal pengeluaran minyak pada kulit kepala. Selain itu, bahan aktif Farnesol dan aroma wangian yang disertakan dengan teknologi pengurangan bau akan membuatkan rambut kekal harum dan segar sepanjang hari. 
Botol Pink - Lembut Dan Bersinar atau Smooth & Silky Hair, dirumuskan dengan pati buah tin dan delima yang membantu melembutkan rambut dan membersihkan kulit kepala dari kesan minyak serta kekotoran. Kandungan bahan antioksidan yang tinggi memelihara kesihatan kulit kepala walaupun berhijab sepanjang hari.
Botol Hijau - Anti Kelemumur atau Anti Dandruff, diformulasi dengan bahan aktif Octopirox dan Menthol dapat mengurangkan masalah kelemumur melalui pengawalan minyak berlebihan, mengoptimumkan tahap sebum serta melindungi dari unsur-unsur luar. Kandungan menthol di dalam syampu ini juga membuatkan kulit kepala dan rambut anda kekal sihat, menawan dan segar sepanjang hari.
Botol Oren/Kuning - Rambut Kering & Rosak atau Dry & Damaged Hair, diadun menggunakan ekstrak minyak Argan, minyak Jojoba, Vitamin A, B5 dan E yang berupaya membekalkan nutrisi mencukupi untuk mengatasi masalah rambut kering, gugur dan bercabang sekaligus menjadikan rambut lebih lembut, subur dan bermaya. Vitamin A memberi kelembapan berkekalan kepada kulit rambut. Vitamin B5 menguatkan akar rambut supaya tidak mudah gugur, membantu mengawal kerosakan rambut akibat terdedah kepada panas dan mengurangkan masalah rambut bercabang. Vitamin E pula mengurangkan kerosakan akibat radikal bebas dan membekalkan nutrisi yang mencukupi bagi mengatasi masalah rambut kering, gugur dan bercabang sekaligus menjadikan rambut anda tampil lebih lembut, subur dan bermaya.
Botol Biru - Kawalan Rambut Gugur atau Hair Fall Control diperkaya dengan protein dan minyak zaitun untuk menguatkan, memperbaiki serta melindungi rambut agar sentiasa lembut dan sihat. Kandungan minyak zaitun membantu mengawal kesan anti radang pada kulit kepala. Bahan anti oksidan pula menyubur dan menguatkan akar rambut serta mengurangkan kelemumur.

So apa lagi kan, jom dapatkan syampu shurah ariana ni. InsyaAllah masalah kulit kepala, rambut yang selesa, rambut yang cantik bila pakai syampoo shurah ariana ni. Tak caya? Sila cuba :D k lah bye Salam.

Harga :
RM12.30 - 330ml
RM7.90 - 170 ml

Untuk maklumat lanjut:
Hashtag #shurahmy #shurahariana #shurahmalaysia  #shurahpencerah
Untuk pembelian di dalam talian: http://www.jetaine.com/shop/
Share:

5 Sila Komen:

Eeca Shyaa said...

kalau echa rasanya sesuai yg warna oren sbb rambut jenis kering sangat huhuhu

Shahida Dzulkafli said...

Macam nak cuba yang botol hijau..

aswaleyla said...

kalau elok boleh try ni. rambut saya gugur terok

Mus said...

sesuai rekabentuk warnanya dengan penggguna perempuan..

NURUL AQIDAH AZAHAR said...

wah..menarik ni. kena try la nnti