September 17, 2017

Tips Jimat Berbelanja | Uzu Yang Bujang Ni Pun Kena Berbelanja Dengan Bijak ! #KPDNKK

Tips Jimat Berbelanja  | Uzu Yang Bujang Ni Pun Kena Berbelanja Dengan Bijak ! #KPDNKK  | Salam... Ternampak gambar dari KPDNKK ni terus rasa ada idea nak tulis blog. So untuk hari ni uzu nak share lah pengalaman uzu sendiri , sebagai orang bujang pun kena berbelanja dengan bijak ! Bukan sahaja family kan kena berjimat tapi orang bujang pun kena berjimat.. 

Terus terang uzu kata, uzu ni sejenis manusia yang sangat boros berbelanja.. Selagi ada duit kat bank, selagi tu tak reti nak stop.. Yes thats me.. So bila waktu time nazak tu, time takde duit, rasa macam oh menyesalnya shopping hari tu.. oh menyesalnya makan tak ingat dunia.. Semua baru nak menyesal.. Kekadang setiap bulan tu mesti ada waktu waktu nazak. Kalau ko takde duit pun kan, mana ada orang nak kisah pun . Even tunang ko pun tak tolong. So ko pun ber huhuhuhu je lah.. 

Bila dah kerja ni, baru dapat gaji pertama, uzu dah kena start menyimpan.. Ye menyimpan untuk time ko nazak.. Sebelum dapat gaji, uzu mesti tulis, ok bulan ni dengan gaji ni nak beli apa? Haaa .. Kadang-kadang komitment lebih tinggi dari gaji so uzu pon terpaksa cut cut cut lagi apa yang tak perlu. Ambik yang perlu.. 

Contoh :

Gaji RM2500

Bilik Sewa : RM500
Touch n Go : RM200
Insurans : RM150
Internet : RM100
Kereta : RM500
Minyak : RM300
Barang Dapur : RM250
Baki Parent : RM500
Baki : 0

Haaa baki gaji pun dah jadi kosong.. Ini contoh ehh.. Uzu yang bujang ni pun banyak komitment.. Banyak benda yang uzu nak bayar ... So uzu tak boleh nak kena kosong gaji.. Mana duit makan nak p kerja lagi kan.. Memang tak cukup kalau kita tak pandai plan nak berbelanja.. So bulan kedua uzu dah terpaksa berbelanja dengan jimat terutama tuk barang-barang dapur. 

Uzu ni dulu tak reti masak.. Tapi terpaksa belajar masak sebab ada banyak sebab. Sebab tunang nak bini dia pandai masak, dan sebab kedua nak berjimat untuk makan. Haa kalau dulu duit makan RM200 semiinggu.. Sekarang ni dah bolehh jimat banyak.. Beli barang dapur seminggu dalam RM50-RM70.. Uzu setiap minggu beli barang.. So memang kongsi berdua dengan member.. RM50 seminggu barang basah boleh masak tuk 2 3 orang.. So uzu nak kongsi tips jimat berbelanja.

Tips Jimat Berbelanja 

1. Sediakan List
Uzu akan sediakan list barang barang dapur, barang barang keperluan uzu yang dah habis.. So tetapkan hati, nak beli ikut list ni je.. Kalau ada barang yang takde dalam list, uzu beli next week.

2. Jangan Berbelanja Ketika Lapar
Hahahahahah tips mengarut tapi berkesan. Kalau beli barang dapur waktu lapar, konfem semua barang kita nak.. Semua nampak sedap. Hahahhaha memang pernah terjadi.. So makan dulu ye k ?

3. Banding Harga Dulu
Yups. Kalau rajin buat perbandingan dengan supermarket lain.. Contoh Giant dan Tesco.. Uzu pulak suka beli kat NSK. NSK memang murah berbanding kat Giant Tesco. NSK kan 24 jam.. So uzu suka ke NSK sebab barang sana nbanyak pilihan dan fresh.. Ikan sayur pun fresh setiap hari..

4. Jangan Bawak Banyak Duit
Hahaha iye betul. Uzu bawak RM50 je . So bila ada RM50 ko nak berbelanja pun memang ikut bajet. So far kalau shopping kat NSK uzu tak perlu risau sebab kat sana murah murah.

5. Bandingkan Harga Barang dengan jenama yang lain
Ini pun benda penting.. Konon konon nak beli barang yang mahal je kan? Ciss jangan perlekehkan barang murah sebab kebanyakan barang murah ni lagi sedap tau :p

6. Rajinkan Diri Tengok OFFER
Macam UBER dengan GRABCAR juga lah.. Nak naik kena tanya member member dulu , hari ni uber dan grab ada promo tak? Haa sama lah macam barang barang dapur. Barang-barang lain.. Nak beli baju , tengok dulu promosi.. Mesti banyak promo punya tuuu.. Pilih yg lebih murah.

7. Berbelanja Ikut Kemampuan
Jangan ingat gaji kau RM4000 ko ni sakan nak beli barang mewah.. Haaa tak kisah pun kalau nak beli, gaji kau.. Siapa kisah kan? Kalau rasa dah puas hidup jadi orang susah, silakan berbelanja tapi sila ingat ingat je lah pesan kak non ni :)

Tu jelahhhh .. Dengan tips ni, uzu pun dah boleh nak berbelanja dengan bijak.. Dari 0 gaji , dah ada baki RM bla bla lepas tolak komitment.. Itu yang uzu nak... Hehehe.. So income blogger boleh simpan tuk kahwin hahahhahahahhaa :D Nak travel pun lega... Ada simpanan.. So dengarlah nasihat KPDNKK tu ye, berbelanja lah dengan jimat !! 

KPDNKK ni tau tak apa? KPDNKK ni Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi Dan Penggunaan Malaysia . Tugas KPDNKK ni noks sebenarnya ..

Tugas-Tugas KPDNKK

  • Menentukan dan memantau harga barang-barang perlu
  • Melesenkan penjualan dan pengedaran barang-barang perlu
  • Melesenkan penjualan dan pengedaran barangan petroleum dan petrokimia
  • Menyelaraskan dasar, peraturan dan aktiviti berkaitan keselamatan industri  petroleum, petrokimia dan gas
  • Melesenkan urusniaga jualan langsung
  • Melaksanakan peraturan timbang dan sukat
  • Menyelaras perkara mengenai perbadanan, syarikat dan perniagaan mengikut akta berkaitan
  • Menggalakkan amalan tadbir urus korporat yang baik
  • Mentadbir dan membangunkan sistem perlindungan harta intelek.

Kepenggunaan :

  • Melaksanakan program pendidikan pengguna
  • Memperkukuhkan program kesedaran pengguna dan perlindungan pengguna
  • Menggalakkan dan membantu gerakan kepenggunaan.
KPDNKK ni macam-macam jenis kempen yang diorang buat tuk memastikan masyaraat ni ke tahap yang memberansangkan... Contohnya KPDNKK secara senyap buat siasatan, menyamar jadi orang biasa semata-mata nak tengok mana-mana pihak naikkan harga secara melampau macam beberapa isu yang famous waktu raya, kenaikan harga gula, harga tepung secara mendadak .. so tugas KPDNKK lah kawal semua barang-barang... Tak nak masyarat kena tipu ke ape kan ke.. Haa...

Dan macam-macam lagi pihak KPDNKK ni buat untuk Malaysia. So harap korang jangan sesuka hati ambik matlumat dari pihak yang salah . Pastikan matlumat betul . Korang tengok info kat bawah ye untuk matlumat yang sahih. So untuk berbelanja dengan jimat, boleh follow tips dari KPDNKK ye . Salam :)

Share:

2 Sila Komen:

Mawardi Yunus said...

tips menarik ni zu. nak nak untuk kita yang tgh nak berjimat cermat ni

Muhd Fateh said...

▶️ Kepada sahabat-sahabat yang masih menanti jodoh, memang benar jodoh dan pertemuan itu sudah tertulis. Namun, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari?

▶️ Mungkin anda sebenarnya buntu di mana haruskah untuk mencari, dan bagaimana. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG DI Jom Dating Malaysia atau www.jomdating.my secara PERCUMA dan sudah ramai juga yang berjaya menemui jodoh.