October 03, 2017

DASHING POCKET EAU DE TOILETTE : Smell Great , Anytime , Anywhere

DASHING POCKET EAU DE TOILETTE : Smell Great , Anytime , Anywhere | Salam.. Dashing ni pun datang dengan tiba-tiba. Tiba-tiba je sampai ruma dapat bungkusan.. Hihi OMGG sekarang ni review produk penuh dengan kejutan. Hahahaha. Ok kali ni kejutan dari DASHING ! Tapi Dashing ni lebih kepada lelaki, tapi kalau perempuan nak pakai pun takde masalah hehe.. Cuma bau lelaki lah kau nanti.. Takpe nanti bagi tunang i pakai DASHING perfume ni..

So uzu dpaat 1 kotak DASHING POCKET EAU DE TOILETTE yang mengandungi 4 jenis pocket perfume.. Wahhh boleh try macam macam ni kan?  So korang boleh tukar tukar bauan lah tiap hari.. hehehe.. Siapa yang suka kumpul perfume tu, haa apa lagi? :D
ACTIVE - Active, khas untuk si jejaka lasak yang amat menggemari kehidupan aktif. Tampil yakin dan bergerak aktif dengan wangian maskulin ini. Didahului dengan semarak haruman FougĂ©re yang digabungkan dengan nota Citrus, Lavender dan Amber. Aroma ini pastinya membangkitkan sisi aktif anda. 
COOL - Cool, haruman maskulin ini merupakan takrifan identity dan daya penarik anda. Haruman menyegarkan ini didahului dengan gabungan menawan. Bergamot dan Galbanum dilapisi dengan wangi Amber dan Kasturi sebagai nota asas. Wangian ini direka khas untuk mencipta sisi maskulin yang “cool” secara semulajadi dari dalam dirimu.
HATTRICK - Hattrick, jaringan kemenangan bagi jejaka Dashing. Wangian Hattrick menyemarakkan semangat dan mendorong individu untuk menang. Gabungan unik kesegaran epal sitrus diadunkan bersama aroma bunga dan calitan amber. 
ULTIMATE KICK - Ultimate Kick, wangian dicipta untuk jaguh, menyerlahkan personaliti dan gaya sebenar jejaka dalam urusan seharian lelaki moden . Ultimate Kick berkonsep ala musim panas yang aktif, menampilkan rumusan dari percikan citrus lemon, dipertingkatkan dengan kesegaran buah pelaga, vanilla dan suntikan haruman kayuan serta rempah.

Harga :
RM7.00 (18ml)

Untuk Pertanyaan & Pembelian
Share:

0 Sila Komen: