October 12, 2017

KPDNKK : Berbelanjalah Mengikut Kemampuan. Ukur Baju Di Badan Sendiri

KPDNKK : Berbelanjalah Mengikut Kemampuan. Ukur Baju Di Badan Sendiri   | Salam. Jujur uzu akui, uzu salah sorang yang berbelanja tak ikut kemampuan.. Berbelanja tidak mengukur badan sendiri hihihihihi .. Biasalah orang muda dan baru je bekerja, mesti semua benda nak beli.. Kalau member tu p travel, kau pun nak p travel juga... Kalau kau beli kereta Honda City, ko pun nak juga tapi gaji takde lah tinggi mana.. Faham faham lah gaji standard degree.. Kalau bab beli barang dapur tu, ya allah, kalau ada RM500 , RM500 juga untuk barang dapur.. Macam-macam nak shopping selagi rasa ada duit.. Rasa pening kepala pula bila fikir sikap uzu yang macam ni.. 

Belum lagi bab rumah sewa, kalau boleh tak nak sewa bilik, bernafsu juga nak sewa rumah sebijik ! Nak duduk sorang sorang kekdahnya.. Semua nak tunjuk diri tu have have banyak duit tapi hakikatnya domplet kosong.. Itu yang sebenarnya banyak terjadi kat diri kita tanpa kita sedar..

Apatah lagi yang lepas ijazah ni, bajet bajet diri wanita atau lelaki bekerjasa, semua benda nak tukar, dari pakai kereta myvi, tengok semua kawan pakai honda, dia pun tukarlah myvi dia ke Honda.. Rumah tu tak nak sewa bilik, nak juga sewa rumah.. Fully furnished, siap wajib nak ada aircon internet.. Nak duduk pulak condo mewah tak nak sewa kat flat.. 

Belum sentuh bab kredit kad.. Uzu jujurnya tak suka pakai kredit kad.. Sebab tak tau lah , macam benda ni hutan tau ! Kalau ada orang bangga guna kredit kad, no komen lah.. Pendapat peribadi uzu kan, kredit kad ni satu hutang yang besar dan membebankan.. Tu baru 1 kad.. Kalau sorang ada 2 kad? Tak ke pitam tu? Ni sebab kadang-kadang ada yang nak jaga muka.. Malu nak mengaku takde duit..  Kat duniaaa ni, perkara biasa lah kita ni takde duit.. Ada masa dalam sebulan tu mesti ada waktu kita pokai.. Tipu lah kalau takde kan? Fuhhh banyak kan org mudah muflis sebab kredit kad? Banyak... Bila dah kena baru nak menyesal dan bertaubat.. So agak agak kenapa ramai yang berbelanja tak ikut kemampuan? Berbelanja tak ukur dulu badan sendiri?

Faktor- Faktor Menyebabkan TIDAK Ukur Baju Di Badan Sendiri

  1. Keterujaan bekerja Di tempat baru menyebabkan ramai anak muda mula mencari pamphlet kereta idaman. Please tangguhkan dahulu.
  2. Keterujaan semakin bertambah apabila ramai pula yang datang approach untuk apply personal loan dan kredit kad sebagai ‘kegunaan’. Please Jangan tergoda Kalau ia bukan keperluan.
  3. Waktu ini kawan-kawan mula Bakar line, Kita nampak lebih bergaya apabila memiliki Kereta mahal + personal loan (sebagai jalan singkat beli pakaian yang mahal, camera DSLR, travel obersea dll) + swipe kredit kad Di depan kawan-kawan. Jangan Lupa ini semua hanya sementara tetapi beban hutang terletak Di bahu kita.

Cara-Cara Mengatasi Masalah TIDAK Ukur Baju Di Badan Sendiri

  1. Waktu mula bekerja beli kereta sederhana/ second hand sebagai keperluan ke tempat kerja. Anda akan mula rasa bebanan apabila perlu keluarkan duit Untuk Minyak + toll + service + road tax . Nampak bergaya bila ada kereta tetapi Jangan lupa Ada banyak belanja perlu di ambil Kira
  2. Jangan mula ambil personal loan sebagai kegunaan ‘reward diri’ katanya. Tetapi adalah perangkap kewangan sendiri apabila perlu tanggung beban hutang bertahun-tahun.
  3. Jangan mula apply kredit kad Jika anda seorang yang goyah iman apabila ternampak barangan idaman dahulu kala kini muncul di depan mata . Tangan mula menggigil bila tak dapat memilikinya . Lihat dahulu simpanan yang ada jika bukan keperluan sekarang, tangguh kan dahulu
  4. Orang kata bila kita penat bekerja, Kita perlu reward diri dengan berbelanja tetapi mestilah kena pada tempatnya. Bukan senantiasa reward diri tetapi terhadkan seperti pergi travel dengan kawan-kawan dari 4 Kali setahun kini jadi 2 Kali setahun .
  5. Tidak terpedaya dengan skim cepat Kaya kerana golongan ini adalah target utama mereka. Jika tidak kena dengan gaya anda akan merana. Dapatkan advise mereka yang berpengalaman dan Jangan terburu-buru serta tamak buat keputusan apabila mereka tunjuk anda akan jadi kaya dalam tempoh yang singkat
  6. Bandingkan harga terlebih dahulu jika ingin membeli barang dapur..
KPDNKK menegaskan bahawa, sentiasa bandingkan harga terlebih dahulu supaya tidak lebih berbelanja dan, install lah apps PAPARAN HARGA dan semak harga sebelum membeli ! Ia salah satu cara mengelak daripada kita lebih berbelanja.. 
Tahniah KPDNKK atas inisiatif daripada KPDNKK untuk membantu kita yang boros berbelanja.. Hihi uzu pon kena wajib download apps ni sebab uzu jenis beli barang dapur secara mingguan.. Keh keh keh tak dinafikan, memang uzu selalu over bajet ! Haaa so lepas ni, sebelum beli barang, uzu kena ukur bajet uzu sebelum beli, uzu badan sendiri sebelum berbelanja, mampukah uzu beli barang ini? Mampukah uzu beli barang itu? Haaaaa so lepas ni insyaAllah uzu akan buangkan sifat tak ukur baju di badan sendiri mulai esok ! Ye esok ! Mana yang tak perlu, tak payah beli.. Beli ikut keperluan bukan kemampuan :D Ok lah salam :)

Untuk Matlumat Lanjut
Share:

2 Sila Komen:

ayie said...

mana duit giveaway ni ek? lama dah kak

housing finance said...

DO YOU NEED A URGENT LOAN BUSINESS LOAN TO SOLVE YOUR PROBLEM EMAIL US NOW WEBSITE: http://www.indbullsfin.com/index.pyc

QUICK LOAN CONTACT US

Are you in need of Urgent Loan Here all problem regarding Loan is solve between a short period of time with a low interest rate of 2% and duration more than 20 years what are you waiting for apply now and solve your problem or start a business with Loan paying of various bills I think you have come to the right place just email us.

housingfinance22@gmail.com
Contact us on whatspp +447513195409
Mr Osman Ibrahim