October 05, 2017

Percutian Bajet Ke Luang Prabang Laos DAY 1

Percutian Bajet Ke Luang Prabang Laos DAY 1 | Salam.. Wahhh dah lama teringin nak p Laos. Tercapai juga walaupun takda lah excited mana.. Preparation pon takde. Sehari sebelum fly je baru sibuk nak buat itinerary, check bajet, berapa RM nak tukar.. Tapi bab hotel dah booking awal awal dah..

Untuk flight dari Kuala Lumpur - Luang Prabang = RM270 return/sorang
Hotel 4 Hari 3 Malam Di Soutikone 1 Guesthouse = RM177 / 2 = RM88.50/sorang

Perjalanan mengambil masa 3 jam ye.. Uzu tak sedar 3 jam perjalanan .. Hahahaha sebab dari awal gerak sampai lah tiba kat airport Luang Prabang baru bangun.. Kahkahkah selalu macam tu.. Sebab malas nak tunggu kat dalam kapal tu.. Bosan kott :D

Untuk ke Laos, tak payah guna VISA.. Untuk Malaysia takde VISA ..

Bila dah sampai Laos, benda pertama yang uzu akan cari ialah... INTERNET ! Kauu gila takde internet?! Walaupun takde sapa kontek kau uzu, tetap wajib juga .. Mana tau ada job payment besarr ye dakkk .. *amin*

Internet Unlimited Data Only - Telco Bee Line = 5 USD = RM22.00/ 2 = RM11/sorang

Telco Bee Line ni uzu tak suggest sangat kat korang.. Line tak berapa ok.. Baik korang try lain..

Dari airport kami naik tuk tuk cari Guest House .. 20000kips/sorang = RM10/sorang

Check In Soutikone 1 Guest House Luang Prabang

Bilik queen bed share dua orang



Kedai Makanan Halal Di Luang Parabang

Lepas check in terus cari kedai makanan halal .. Fuh seharian tak makan. Bayangkan jam 4 petang masih perut kosong.. Naik tuk tuk cari kedai makan halal tapi dia turunkan kat tempat lain.. terpaksa lah bukak google maps. Google restoran halal yang ada di Luang Prabang.

Ada 3 Kedai yang ramai orang suggest

1) Wat That Restaurant & Hostel

100% halal sebab owner dia orang Islam Laos yang kawin dengan abe kelantan.. So semua bahan-bahan uzu dah makesure halal.. Ayam guna ayam import thailand yang ada cop halal. Kambing Daging semua abg ni dan peniaga islam sembelih sendiri sebulan sekali.. So tu uzu 100% halal. Ramai makan kat sini dan ramai juga stay hostel kat sini.. Nak ambik pakej pun boleh tapi uzu tak rekemen ambik pakej kat abang ni sebab mahal .. Hee :D Eh btw Restoran ni murah dan makanan sedap..

Makan kat  lunch Kat What That Restoran
Nasi Goreng Telur: 15000 Kips
Teh O Ice : 8000 Kips
 Total : 23000Kips = RM13/sorang

2) Chennai Restaurant

Sangat dekat dengan guesthouse kami.. Dalam 3 minit jalan kaki dah sampai.. Kat sini memang halal .. Takde jual bir tapi mahal yang amat dongg..

3) Nisha Resturant

Arggg ada logo halal tapi ada jual bir.. Sooo better jangan kot .. Uzu pon tak selera nak makan kat sana..

Lepas dah kenyang makan.. Kami jalan kaki dari Wat That Restoran ke Guest House.. Kalau jalan kaki dalam 15-20 minit juga sampai.. memang penat juga lah sebab bahangg yang amat weii kat laos ni.. Panasss.. Lepas tu partner lepak dengan traveller malaysia jugak.. Diorang p tengok view sunset Mount Pousi.. Uzu tak p .. Sebab p hari terakhir nanti.. Nak p malam malam buat apa.. Nak tengok view apa kan? Sia sia naik tapi gelap hahahah :D
Lepas jalan-jalan tu, mandi, sembahayang, rehat dan cari pakej untuk esok hari kedua pulak.. hihi  Partner dah pergi pasar malam.. Uzu lak lepak bilik sebab tak larat nak keluar.. Keluar pun sebab nak lepak kat Chennai Restaurant ni.. Nak tengok dia jual apa.. Fuh tapi mmg tak sedap dan mahal pulak tu.. Taubat ! Hahahahah Memang tak lepak kat sini lagi ...

Dinner kat Chennai Restaurant  
French Fries 
Tea India
Soft Drink 
Total : 80000Kips = RM40+/sorang

So lepas lepak tu korang yang larat boleh lah p Pasar Malam.. tapi uzu decide nak tido.. Hahaha sebab esoknyaaa uzu nak g Kuang Si Water Fall !! OMG !! Air terjun yang sangattttt biruuu dan hijauuuu.. So nak tau apa dia? Nantikan NEXT post uzu mengenai LAOS ye :) Salam..

Summary Budget Day 1
Hotel 4 Hari 3 Malam Di Soutikone 1 Guesthouse = RM177 / 2 = RM88.50/sorang
Internet Unlimited Data Only - Telco Bee Line = 5 USD = RM22.00/ 2 = RM11/sorang
Tuk tuk to Guest House .. 20000kips/sorang = RM10/sorang
Tuk Tuk to Halal Food Restaurant 20000kips/sorang = RM10/sorang
Lunch23000Kips = RM13/sorang
Dinner = 80000Kips = RM40+/sorang

TOTAL BUDGETDAY 1 = RM172.50


Share:

6 Sila Komen:

Siti Nurfauzani said...

wahhh...bestnyaa..murah pulak tu :)

Mrs Pip said...

still affordable rasanya...

qaseh dalia said...

boleh tahan murah , xyah buat visa bagai

aswaleyla said...

murah dah tuu. bila la sy pulak nk ke sana

Cik Tie said...

Murahnya..best la

Syairah Saffaruan said...

wahhh bestnyaaaaaaa!!!