October 06, 2017

Percutian Bajet Ke Luang Prabang Laos DAY 2

Percutian Bajet Ke Luang Prabang Laos DAY 2 | Salam. Hai bersambung pulak kisah hari kedua uzu kat Luang Prabang Laos.. Well siapa yang tak baca lagi entry sebelum ni tuk hari pertama, boleh terjah kat sini Luang Prabang Day 1 .

Breakfast di Wat That Restaurant & Hostel
Untuk hari kedua, uzu breakfast kat Wat That Restaurat.. Fuh pagi pagi nak breakfast kena jalan kaki 15 minit dari Guest House.. Gigih tak? Gigih juga lah sebab situ je murah dan dijamin halal 100%.. Lagipun untuk pakej kami ke Kuang Si Waterfall, kami berurusan dengan owner Wat That Restaurant & Hostel.. So tak payah pikir tapi abang ni cas mahal.. Memang mahal.. Korang cari kat tempat lain je lah.. Keh keh ..
Ni uzu try makanan laos.. Dia macam kuew tew sup versi Laos.. Hahaha memang sedap sup dia ni.. Baru lah dapat merasa makanan Lao.. Wuuuu terbaik ahh...

Lao Noodle Soup = 15000kips RM 8
Teh O Ice = 8000kips RM4
Total Breakfast = RM12

Lepas makan, kami order nasi goreng telur 13000 = RM7 untuk lunch kami nak bawak masak Kuang SI Waterfall ni.. Mesti kat sana lapar so makanan halal kat Kuang Si Waterfall takde, better bawak makanan sendiri..

Bayar Tour Kuang Si Waterfall = 60000Kips RM30
Makanan Lunch = 13000kips = RM7
Total = 73000Kips RM37

Town Visit






Luang Prabang National Museum

Temple Visits 



Kuang Si Waterfall
Entrance Fee = 20000kips RM10

Ya allahhh cantiknyaa ya aulohhhh air terjun dia ni kan? Memula memang tak nak datang.. So bila sampai je waterfall ni pergghhh dari tak nak basah, tukar pikiran " ahh lantak lah kalau aku basah" .. Sebab palan memang tak nak mandi.. Baju extra untuk tukar pon tak bawak.. Haha divaaa kan..

Tapi bila sampai ya allahhh memang basahkan diri juuga sampai ke paras baju.. Nak shoot gambar punya pasal kekdahnyaa lah sanggup basah basah.. *Kur kur kur kur bunyi burung terkukukurrr*..

Orang kata kalau tak p Laos tapi tak p Kuang SI Waterfall memanggg rugii.. Bukan senang nak jumpa air terjun semulajadi *bukan air terjun buatan k* yang kaler dia hijauu biruu macam ni. Rasa macam jaukunnn nyaa ya allah diri ini.. Tak sangka Laos ada tempat cantik gini :p

Sebelum p air terjun ni, korang akan lalu kawasan bear.. So better p bear tengok bear kiutt, comel tu, lepas tu baru p Kuang SI Waterfall.. Alaa jarakk tempat beruang ke air terjun 5 minit je.. Memang dekat..

Btw untuk yang nak p Kuang si Waterfall, *sedikit tips nak bagi ni*. sila bawa baju extra.. Sila bawa tuala sendiri.. Sila pakai seliparr.. Jangan pakai kasut.. Hahaha kang rugi kasut mahal mahal rosak.

Kami gerak ke ke Kuang Si Waterfall dari 11pagi.. Perjalanan 1 jam naik van.. Van termasuk harga pakej kuangsi pergi dan balik.. Van akan tunggu sampai jam 3.30 petang.. Haaa mmg lama kat sana.. Jam 5 petang juga sampai bilik..

Sampai bilik.. Mandi sembahyang dan ready ke Night Market..

Night Market

Takde gambar kat night market.. Hihi dua tiga jam juga kami kat night market.. Uzu je tak suka shopping kalau travel.. Dulu-dulu iye lahh.. Kalau dah banyak kalii travel *ewahh macam lah banyak sangat kau travel zu krik krik krik* ..Jenuh juga.. Tak minat dah beli souvenier bagai..Sama je.. Made in China jugak akhirnya hahahahahhahaha...

Air Kelapa = 20000-Kips RM10

Dinner

Dinner uzu order kat Wat That Resturant.. Uzu order green curry.. Memang sedap. Perghhh dia punya green curry tu.. Perghhh tapi tak dan ambik gambar sebabb lapar sangatttt kan.. Kat Night Market lambat sangat.. Sempat minum air kelapa...

Sekian saja hari kedua.. So sambung hari ketiga pulak untuk next entry.. Ok lah salam..

Summary Bajet Day 2
Breakfast = RM12
Temple Fee = 20000Kips RM10
Bayar Tour Kuang Si Waterfall = 60000Kips RM30
Makanan Lunch = 13000kips = RM7
Entrance Fee = 20000kips RM10
Dinner = 45000Kips RM23
Air Kelapa = 10000Kips RM5

TOTAL BUDGET DAY 2 = RM97

Entry Berkaitan
Share:

7 Sila Komen:

aswaleyla said...

waterfall tu ya Allah cantikyaaaaaaa

NURUL AQIDAH AZAHAR said...

cantiknya waterfall tu

Cik Tie said...

Cantiknya..

yui said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Justunique Malaysia said...

Laos memang satu negara yang berbaloi utk pergi melancong walaupun ramai orang akan pilih ke negara lain apabila nak pergi melancong. Tapi jika ada peluang, adalah baik merancangkan satu percutian ke negara ini dan anda akan rasa kagum dengan budaya di sini.

Intan Saffyna said...

New Giveaway lets start! Jom join :)
https://intansaffyna.blogspot.my/2017/10/giveaway-besar-besaran-by-intan-saffyna.html

Faeytynn Zayn said...

sedapnye kuewtiaw tu ..mm